Isnin, 29 Mac 2010

Jinak Merpati


Kebiasaannya bila menjelang siang je, berterbanganlah semua burung2 Merpati turun ketanah... berkumpul menunggu sorang Pak Cik ni yang dah menjadi rutinnya setiap pagi menabur dedak atas court badminton..Biasanya..x dan Pak Cik tu sampai pun, burung2 tu dah standby dah..elok je orang tua tu turun tangga, maka semua berterbangan lah mengiringginya sampai la ke bawah..jinaknya Merpati ni..nampak jelas ikatan antara mereka..

Andai aku Pak Cik tu..terasa sangat burung tu menghargai dan berterima kasih dengan keikhlasannya, tak perlu meminta pun..tak perlu membayar jugak, bersedekah bukan terikat atas sesama manusia saja..binatang juga hamba allah yang dikasihi..pasti sangat besar ganjarannya keatas mereka2 yang berbelas kasihan.

Dan jadi rutin pada tiap pagi weakend jugak untuk Qail menjadi penontonnya..seronok betul dia bila tengok burung2 tu..boleh g dekat..tapi x boleh di sentuh...comel sangat..ee....geramnya...

Pagi semalam..Qail berpeluang untuk rasa sendiri di kelilingi Merpati dengan lebih dekat..Dedak kami x de..so roti pun 'jadik'..memang seronok la..Yin dan Yash tak naik ikut..so kami bertiga je..

Qail x takun pun bu..

Comel la yang ni bu...


Tengok tu....banyaknya burung...

Sabtu, 27 Mac 2010

Menangis malam

Petang semalam abby aku sampai awal , so sebaik je aku balik dari keja, kitaorang pun bersiapla keluar g jalan2, as usual sekali g makan2 lah...lepas tu, lepak2 la kat dataran Masjid Putra. Qail la paling enjoy sekali..siap bawak bola semua kan, apa tak nya..

Lebih kurang pukul 11.00 mlm. baru kitaorang sampai rumah..masa tu Qail dah ngantok sangat2, sampai rumah je, bagi susu n terus terlena. Memang silap aku jugak..sepatutnya memangla kena lap2 kan dulu badan dia ke, tak pun tuko la baju tu..tapi aku cuma tuko pampers dan seluar je...ni, kalo cerita kat mak aku ni...conferm kena bebel ni..sian Qail..

Lebih kurang pukul 3.00 pagi..dia terjaga dan menangis macam tak bersebab..dan tak boleh dipujuk..aku memang panik, takut ada rasa sakit dan aku tak tahu apa yang sakit...tengok perut x de kembung pun...tapi terus je menangis...meronta2..aku jadi takut pulak..

Apa lagi aku nak buat ni...buka semua baju dia, lap2 kan badan..dan sapu2 jugak minyak pada perut, tapak kaki dan pelipat..mulut aku ni dari tadi memang la terkomat-kumit baca ayat kursi , surah 3 kul...dan segala bagai yang terlintas...tapi Qail still menangis jugak..aku memang dah abis akal dah..cos susu, air masak pun tak nak..asik menangis je..

Ada x de pun, abby aku la dukung dia kehulu hilir, sambil tepuk2.. pujuk dia...sampai la akhirnya dia terlena dalam dukungan...lama la jugak dak tunggu dia terlena tu..dah penat menangis kot..sian sangat..Elok dia lena barulah letak atas tilam..sesekali tu dia sedar jugak lagi dan menangis..aku tepuk2 la...dan lega sangat cos dah nak minum susu, lepas tu lena lah semula..Sampai la kepagi..

Mungkin sebab penat sangat kot..buat pertama kalinya, sejak dia lahir menangis teruk macam tu...pengajaran buat aku jugak...beringat bila bawak dia jalan2 tu..balik tu kenalah bersihkan badan dulu, sebelum tidur..tah dari mana2..terus je bawak ke bilik tidur...ingat sikit lah pesanan orang tua2...jangan pakai 'bedal' semacam je.....

Insyallah...aku akan terus beringat..

Khamis, 25 Mac 2010

Miqhail lagik..

Perihal dak tecik yang tak reti duduk diam..


Malam tadi masa kitaorang tengah layan slot Samarinda. Qail memang tak duduk diam langsung..kejap tu tolak kerusi...dah bunyi bergema satu rumah dibuatnya...tu tak ambik kira orang tingkat bawah g..so cepat2 la suruh Yash ambik semula kerusi.

Lepas tu tuju ke bilik air pulak...kelentang kelentung, bunyi gayung, sebab ke memang tak de air tadahan..so tak le nak bimbang sangat...bila panggil je nama dia dua tiga kali...muncul la dia.

Tak abis kat situ, tuju ke dapur pulak...mengemas kabinet la...tahu dah, masa aku kat dapur pun..kabinet tu la yang dia tuju...dah.. macam2 bunyi keluar dari dapur pulak..memang tak ada barang kaca pun yang aku simpan di kabinet bawah, tu yang tak kisah sangat...tiba2 tu dia muncul..dan buat kami semua ketawa besau...hu hu hu


Apa taknya..tengok tu..mangkuk 'mixer' aku dah jadi topi dah...lawak tul Qail ni...

Dia boleh wat dek..je...Qail..Qail...

Jangan mara...

Jangan mara ye YB.

Keja offis mate aku la..call sorang VIP ni..caller ringtone lagu Broery Marantika..bukan main mendayu2 lagi...sayang tak tahu tajuk apa..selama ni tak amek tahu sangat pun pasal Broery ni..yang aku tahu, dudanya Anita Sarawak je..hu hu hu..pernah la jugak dengo lagu2 dia..memang sedap ..tapi dengo gitu2 je la..

Oleh kerana VIP ni tak angkat call..maka sampai habis la kitaorang dengo lagu tu....memang 'feel' la nak cita ni...oleh kerana x puas mendengo...kitaorang pun call la sampai berkali2....he he ..akak tu siap cakap 'sory tok, sedap la caller ringtone u'....Sure la bila dia check fon nanti...'no Putrajaya ni..apa yang 'urgent' eh'....

'tu la, kenapa x angkat fon tu..'...
Aku siap search kat you tube g...tak dapat gak...lagu yang mana satu tah la....

Birthday ke 39 tahun

Happy Birthday to my beloved Hubby!!

Dah PJJ ni..Anto sms n call jer loh...seawal 12.00 am lagik...seronok jer abby aku..saja tunggu orang wish la tu...hu hu...

"Doa dari isteri dan anak2mu yang tiada putusnya, Semoga sentiasa diberkati Allah s.w.t dengan dipanjangkan umur, sentiasa sihat..dimurahkan rezekimu..sentiasa berada dibawah perlindungannya dan beroleh rahmat berpanjangan, selain dapat terus membimbing kami ke jalan yang diredai dan kita sekeluarga akan sentiasa kekal bahagia berpanjangan...amin...kasih sayang kami buat 'ayah' yang tiada batasnya.." sayang dari anak2 dan isterimu yang tersenta ini...

* Yah..Kenny Rogers tau! hu hu hu

Selasa, 23 Mac 2010

Cerita Miqhail

Tentang anakku yang demam semalam..

Seperti yang dijanjikan, lunch time aku datang la ke Permata, tengok keadaan Qail macam mana. Siap balik rumah dulu amek payung bagai..maklum la..cuaca panasnya ya amat..sampai sana Qail tengah lena, kata cikgu tak lama lepas makan ubat tu, dia terlena..tengok keadaan budak2 dalam tu...elok je, tidur ditempat masing2..sangat selesa nampaknya. Sementara cikgu, masing2 tengah sibuk melayan 'Adviser' dari Kementerian Pendidikan yang datang buat tinjauan. 'Puan' tu siap datang g kat Qail...'its ok la'....katanya pada cikgu kat situ...dah makan ubat kan..suhu bada pun dah turun...dah ok la..Tak lama tu bila dengar suara aku je..dia terjaga..macam mimpi agaknya, celik2 mata je, ibu ada pulak..seyum2, terus je la mintak riba..sambil2 minum air masak dalam botol dia tu.

Qail ni nakal gak..bila ada kat riba aku je, semacam je dia tengok cikgu tu..siap buat2 mata g...kelako tul...

cikgu: amboi Qail...cikgu ni la yang jaga kao tau...(ayat selamba cikgu)
aku: Napa ni adik...kan cikgu tu...sayang cikgu...tak baik tau..
cikgu:Qail ni kak, suka lagu..denga lagu je, joget2...kalau buat satu perkara tu..cepat bosan, kalau main pun macam tu...

Aku pun perasan gak...kat rumah pun macam tu..sebab tu semua benda pun dia nak jadikan mainan..kalau beli mainan baru pun..sekejap je dia main, lepas tu...cari benda yang lain pulak.

Walaupun qail dah nampak ok, oleh kerana aku memang dah niat nak bawa dia balik, aku ambik la jugak..

cikgu: Tak apa ke kak..
aku: Tak apa la cikgu..nanti bila kakak dia balik dari sekolah, saya masuk la ofis semula..
cikgu:Tadi memang badan dia panas, kita dah lap2 kan badan dia...bagi makan ubat..sekarang dah ok dah, betul nak bawak balik ni..
aku:saya bawak balik la cikgu..tapi esok saya hantar ye..
cikgu: ok..ok..

Sampai je dirumah mood Qail ok je..boleh pulak main sendiri..dan aku dengan Qail petang tu, sampai la abang dan kakaknya balik dari sekolah...siap 'excuse' dengan bos..masuk lewat sikit..'ok..no problem' katanya...lega tul hati aku.....


Qail memulakan xtvtnya.

Jom tengok tv bu..

sambil makan 'chips more' ee...comot nya dia..

Leka cuba masuk duit dalam tabung..

comel je jari2 Qail bila pegang duit syiling tu.. he he

satu persatu...sampaila selesai semuanya...

pandainya Qail...sayang ibu sikit...he he

Isnin, 22 Mac 2010

Miqhail Demam lg.

Sekarang ni aku ada macam2 rasa..

Permata baru je call aku, minta jemput Miqhail..suhu bandan 38'c..sangat susah hati kerana cikgu nampak panik..Aku pulak tengah bz..kejap2 bos panggil.....aku tunggu sampai lunch...pas tu terpaksalah balik gak...sian adik...first time berdepan masalah macam ni...dulu masa mak dia jaga, kalau demam pun, semua nampak 'under control' je..yang penting jangan la panik..beri ubat ikut masa dan sukatannya..

Macam mana dengan esok lusa????..

Sabtu, 20 Mac 2010

Terlebey rajin

Masa ni tenet sungguh slow..
Dan buat pertamakalinya aku buat N3 online dari rumah. Selalunya time free kat opis je ah. Macam mana lah aku boleh sabar mununggu plk ari ni..selalunya off line terus la kn..

Time ni Qail tengah guling2 nak tido..sementara teman Qail la ni, tetup semua lampu, online dlm gelap g..he he..dah mengantuk sangat la tu..sampai kan tengok note book kat sebelah ni pun tak berminat dah..Abby aku plk, g 'ngayoh biskal' dengan member2 dia..so, tak de sesiapa lah kaco aku sekarang ni...tu sebab la kot....ho ho

Baru sebentar je tadi, bunga api berdas2 meletus dari Presint 2, sekarang ni kan tengah ada carnival belon udara panas kat situ, nampak jelas dari balkoni rumah aku ni, elok la tu..tengok dari rumah je la ye anak2 ku...he he..Ingat lagi N3 aku masa count down tahun baru ari tu...yok2 o..jerh beramai2 menunggu kat jembatan memalam bute, jangankan bunga api..satu bunga pun tak dek...ha ha

Macam tu jugak petang tadi..nampak la berterbangan belon2 dari rumah aku ni...aku pulak yang terlabey seronok dari budak2 tu...hu hu..x senonoh tul.... teringat plk masa carnival lepas..masa tu first time kan diaorang buat kat sini... kitaorang ni bersesak2 le ke tapak carnival tu...fuh..! katanya nak tengok 'belon udara panas' kan...sanggup tu...cukup la sekali merasa..sekarang ni kita tengok dari balkoni je ye....


Sana tu area Presint 2 eh..



terbang menghampiri kawasan perumahan..



kebanyakannya terbang rendah je..so saper yang duduk tingkat tinggi, dapat la nampak dengan lebih jelasnya..

Jumaat, 19 Mac 2010

Bateri kereta 'kong'

HHHadoooyaiii....

Kisah aku semalam petang...Keluar ofis awal sket lah...cos nak jemput Qail kat permata dulu, rutin aku sekarang ni..petang amik Qail dulu, hantar balik rumah dan masuk ofis semula, biasanya kul 7.00 ke 7.30 baru keja aku selesai.

So semalam seperti kebiasaannya. Sementara abby aku ada kat sini ni, kena la bawak keta g keja, cos dia nak berulang ke KL tu, tak tahan dengan jem pulak. Bukan tu je...minyak degan tol lagi..dah le kadang tu kena berkejar ke Klang pulak bila perlu.

Sampai kat keta je, aku tekan2 'alarm'..senyap je..ape hal plk...aku tekan g..x bley gak...siap pusing2 kat keta g..kot2 x ley 'detect' la..x bley gak...adoi...

Jam dah pukul 5, aku call la Yin minta tolong jemput Qail ari ni..kalau nak tunggu aku, takut lewat pulak..sian cikgu tu..balik lambat semata2 jaga anak aku je. Lepas tu call Abby aku plk..mujo la masa tu dah kat Maiden persint 14, beli barang apa tah..so menunggu la kejap. Tak lama tu Yin pulak call, budak dibawah umur tak boleh jemput kanak2 di Permata, misti 18 tahun dan keatas...adus..!...nak wat macam mana cikgu, kena la tunggu masalah ni sattle dulu eh...

Apa yang lecehnya, kereta ni kat Perdana Putra, so nak masuk kena amek pas bagai..lama gak la aku kena tunggu....sampai2 je dia check sana sini...

abby: 'bateri' kong la ni...ada bukak lampu ke td??..hon pun x bunyi dah ha..
aku: Lorh, siang2 naper nak bukak lampu plk..
abby:mana la tau..biasa jd macam ni..lupa tutup lampu le..
aku:cam ne ni..
abby:kena beli baru lah..memang dah sampai masa kena tuko pun...dah nak masuk dua tahun dah..

Cepat 2 aku call Le'a..cos dia park keta sebelah keta aku jer..mujolah dia x balik g..kalo x dengan sapa pulak aku nak pinjam keta g sana sini. First, misti jemput Qail dulu, lepas tu baru boleh sattle perkara lain..itu ini, begitu begini dekat pukul 7.00 baru semuanya selesai,

abby: kan dah kata, betul kan tadi bukak lampu..
aku: eh..ye ke..bila masa pulak...
abby:'ter' bukak la tu...

Nak buatmacam mana g..wat2 x bersalah je ah..hu hu hu..lepas dari tu, abby aku balik dan aku masuk ofis semula sattlekan keja pulak...penat tul ari ni....!

7.30 baru aku sampai rumah....sayang tul kat abby aku...dah siap masak lagi...hu hu hu

Pertandingan Boling Mesra Puncak Niaga, Syabas dan PPM

06 Mac 2010,

Sekali lagi Kami bertemu dengan Syabas dan Puncak Niaga untuk tournament Boling. Fuh!..kali ni diaorang bergabung pulak...strategi bijak...memang kasi 'cantas' abis..diorang x bergabung pun, kami menang paras2 idong je, ni kan pulak bergabung..terus lemas..hu hu hu
X pe lah..setakat lawan untuk suka2 kan.....(ayat x bleh bla...! ha ha ha) dah kalah terok...nak kata apa g.....

gelagat pemain profesional...hu hu hu..ni team aku eh..mengadap kamera, En. Asrol..oficer aku..leh tahan gak dia main..first time satu team ngan dia, ensem pun encem...aceh..kesitu plk g nya....wa ha ha ha...

Kisah Qail..tak sporting tul...nanes2 je...Yash la jadi mangsa..memang aku bawak Yash untuk mengasuh pun..hu hu hu..mujolah kat depan ARL ni ada 'pusat permainan video'...dengan macam2 mainan bagai...boleh la nak pujuk2 dia...yash pun tak la 'stress' sangatkan....

seronok nya Qail

Bila bosan kat sana..bawa masuk semula dalam ARL..macam tu la sampai ke sudah..hu hu hu

masa mood baik eh..

bersama pengasuhnya...

lunch time...

Qail sementara aku ada game

besh bu....
Lebih kurang pukul 4.00 petang, baru la selesai..best player perempuan PPM pun no 5 je..lagikan aku..tah ke berapa belas..hu hu hu...macam mana pun, seperti tournament2 yang lepas...aku bertuah lagi dalam 'lucky drow'...alhamdulillah....kerna masih 'bertuah'....dapat la lampu tido IKEA ni....

comey jek kan...cam aku gak..he he ...grrr.. gediqqqs nye....

Khamis, 18 Mac 2010

Mak, Bapak dan Cik Man datang ke Putrajaya...

Kita singkap lagi album,

Mak, Bapak dan Cik Man sampai jugak ke Putrajaya.

Sebenarnya masa kami di CH lagi, famely aku dari Kg dah sampai pun dirumah Kak Long di Rawang. Memandangkan kali ni diorang lama kat KL, so tak kisah la kalau kami ke CH dulu kan..elok dalam perjalan balik tu, kami singgah terus dirumah Kak Long tanya-tanya kabar..dan tak sangka pulak lepas buat 'famely meeting' sket...Diorang buat keputusan nak g jalan-jalan kat Putrajaya dulu, so Kak Long aku anta la diorang ke rumah aku malam tu jugak..kena la anta kan...keta aku x muat...dua tiga malam jugak la diorang kat sini...beshnya bila mak ada, bole la 'tayang2 manje' dengan bebudak tu....aku pun ada 'mak' gak......he he he

Mak, Bapak dan Cik Man...di perkarangan Masjid Putra, dah lewat petang baru sampai sini..sebenarnya sebelum tu cuaca panas ya amat, dan bapak pun tak berapa sihat..so tunggu lah redup sikit..bila redup, terus nak maghrib pulak....so tak la lama kat situ, bila masuk waktu je kami pun sembahyang maghrib la kat sini..

Cik Man dan Mak..

didepan Masjid Putra, aku x de gak...

Cik Man...berlatar belakangkan Perdana Putra

em...aku je x dek...
bonda tercinta..


camera ni buat perangai....tensen je aku....
aduhai kamera....tunggu la ,aku beli yang baru..!

Rabu, 17 Mac 2010

Air terjun Latar Iskandar

Time Free ni kita singkap album eh..

Masa turun dari Cameroh Highlands ari tu, singgah la di Latar Iskandar. Rata2 sesiapa yang lalu sini, singgah la sekejap. Macam aku memang wajib singgah la, tau je la perjalanan dari atas tu..rasa nak terkeluar segala isi perut yang ada..hu hu hu

Macam 2 ada kat sini...barang2 kraf le banyak..dengan keadaan kami masa tu..apa yang diorang jual jadi x penting lagi, yang lebih penting dapatkan rasa nyaman air terjun tu je. Lega sangat, hilang rasa pening, loya bagai. Dalam 10 minit duduk situ, baru lega kepala aku ni. Baru boleh fikir nak makan ke apa, so aku beli la kopok lekor, goreng pisang, bukan main wangi lagi bau cempedak goreng..tapi RM1 sebiji...mak ai...'terkedu' aku sekejap..baka "%@^%$£ apa tah...ye kan je la..belinya tidak...em..memang menyelerakan la makan dibawah air terjun tu kan....

sejuk nya air ni....

ofer gak kat yash..nak mandi2 ke...x nak plk...

lepas ni kita ada 1/2 perjalan lagi sebelum sampai ke highway tau...adus.....

yin...lepak tul dia...

Khamis, 11 Mac 2010

Miqhail Demam

Sian si shummil ku sorang tu..

Miqhail cuti hari ni..demam pulak dah..petang semalam masa ambik dia di taska badan dah panas dah..cikgu pun ada beritahu, ada sekali dia muntah..cuak gak, setakat ni kalau demam pun tak de la sampai muntah...macam tu jugak malam tadi..tak de la merengek sangat..cuma 2 kali bangun dan muntah...badan memang hangat lah...selesai je lap2 kan badan dia, bagi la ubat dan tidurkan semula..

Pagi ni abby aku kata adik cuti je la hari ni..sian pulak nak anta kat taska, misti cikgu pun x dapat nak bagi perhatian sangat kat dia..so abby akulah yang cuti ari ni..bila aku tinggal pagi tadi Qail tengah tidur lena lagi..so ari ni call la dari masa kesemasa nak tahu keadaan dia kan..harap2 semakin ok lah.

Rabu, 10 Mac 2010

Sunblock BML

Adehhh la...sebenarnya aku baru je balik dari 'Butik Cindai Ayu' di Persint 9, gara2 cari stok sunblok BML ni...(sssyyy...bos meeting kan...aku larik2 la kejap...balik kang lagi x dan...hu hu )Mula asal cerita kat Anjung pun ada..tapi aku biasa guna yang 'Natural' color..habis stok pulak..tinggal yang pink je..x pe lah..aku g percint 9 ah..kat sana ada kot..stokis kan..misti banyak stok..

Aku g la persint 9..first time g sesorang la ni..biasanya orang bawak..Le'a ke Kaka Tip ke kan...as usual aku..asik berangan je time ikut orang..bukan nak tengok bebetol jalan tu....ni gara2 x cam sangat jalan le ni..gagah gak g ni cos memang aku dah tak de stok langsung, abis teros..pagi tadi pun dan 'ngoreti' hu hu hu...macam ingat..macam x....g je le....sign board kan ada..gara2 berpandukan sign board la aku sesat ari ni..dengan cuaca panasnya..baru la aku perasan, banyaknya la trafic light kat Putrajaya nih..lama pulak tu bila berhenti..dalam banyak2 lampu yang aku lalu tadi..tak de jumpa yang 'hijau' pun..(cam tak caya...)tapi itu fakta...bebuku je ati aku ni...

Puas berpusing2..masuk ke taman perumahan bagai...sampai juga aku ketempat dituju..sampai je sana stok 'Natural' tak de gak...tinggal yang 'pink' juga, lebih teruk g..ni la tinggal sebotol....aku yang tak de pilihan...beli jugak la yang pink ni...kalo aku tahu baik aku beli je yang kat anjung tadi...selamat dah aku dari segala 'kepenatan' ini...hisssssh......

Selasa, 9 Mac 2010

woops..

ah ha...background blog ini bertukar lagi...

Tidak mengambarkan aku yang x tetap pendirian ye...tapi hanya kerana experiment ku yang tak menjadi..dan aku tak jumpa cari semula background asal yang dah hilang tu...hu hu hu..itulah ceritanya..so yang ni menarik jugak...aku ameklah yang ni...biasalah...kan ke 'budak'...eceh...mak budak da...'baru belajar' kan...ni bukan 'kalau salah' tolong tunjukkan...tapi 'asik salah jer'...cam ne tu????.............

Rabu, 3 Mac 2010

1st Day Miqhail di PERMATA

PERMATA Miqhail...

Akhirnya pada 2 Mac '10 Qail mendaftar di Permata Negara. Ibu dia la yang paling lega sekali cos x yah la nak berulang alik dari KL lagi kan..hu hu...memang lega sesangat..Ditempat dan suasana yang baru ...maklum je la..bab nanes2 tu..ehem2 la..tapi tak le ditahap membimbangkan sampai mengusutkan keadaan..mungkin kerana Qail masih kecil lagi..dan mudah nak dipujuk atau dialih perhatiannya dengan barang2 pendidikan bercorak mainan yang ada. Kalau nak dibanding dengan budak2 lain yang lebih umurnya dari dia...memang 'gamat' taska tu dibuatnya...ada seorang dua budak tu yang emaknya terpaksa ambil cuti kerana menangis x berhenti, meronta2 jangan ceritalah..ye la kalau aku pun, kita nak buat kerja pun x senang bila teringatkan anak je..baik cuti je kan..

Bagi Qail, hari pertama, ialah hari menyesuaikan diri disitu...so cikgu2 pun belajar la pengenal perangai anak2 didik mereka..hari pertama aku jemput Qail petang tu memang la banyak komplen..kita faham la, bukan senang nak mengasuh bebudak..'dengo' aje la..hu hu hu..

Komen untuk Qail ye:

1-Tak mau pegang botol sendiri-dia boleh sebenarnya, manja je lebih..mak pengasuh dulu pun
manjakan dia juga..dah dia jaga Qail sorang je kan..so x peliklah..esok lusa misti ok..

2-Tak nak berjalan..asik2 nak dukung jer-Sama gak alasannya, Qail satu2nya anak yang mak
dia jaga, anak dia pun dah bujang2..suka sangat ada adik kecik kat rumah tu..sampai rumah
pun sama juga, kakak dan abangnya pun dah besar..memang besh la, kalau nak dukung
je..conferm ramai yang 'volunteer'..

3-Bila nak sesuatu tu, dan tak dapat atau ada sesiapa je ambil/rebut dari dia, conferm jatuhkan
badan, nanes2 dan guling2...-Dah budak biasa dimanjakan..tak de sesiapa ganggu selama
ni..faham2 je lah.

Aku pun kena la 'explain' pada cikgu apa yang patut..tak leh la wat bodo je...sian cikgu tu..yok yok o...je dia mengadu kan....macammanapun untuk tempoh seminggu ni, banyak dah perubahan..Qail dah pandai berdikari, pandai berkawan..yang kelako..dah pandai 'mengecek'..pantang nampak kawan dia bawak mekanan ke apa..cepat2 dia g dekat...sukaaaa sangat tengok dia...hu hu hu..bila anta waku pagi, dah x de nangis2 dah...terus je g playground...ramai kawan kan..aku pun tinggal je la...semuanya semakin mudah...alhamdulillah..


Permata 2, Presint 16 Putrajaya, pangsapuri dibelakang tu blok rumah kami ye..sebelah jer..

Permata dari pandangan sisi

Tempat Qail makan

Qail yang x reti duduk diam..

Leka di play ground

Tengok tu..

Masa ni dalam kelas ye..ibu intai je dari luar, x leh ganggu Qil tengah belajar..

Ummi yang sangat penyabar dan penyayang..

Qail suka yang ni...

Biar Qail tunjuk Ibu yang ni...

Syok main gelung ni tau...

Bila tengok Qail happy je kat situ...tentulah aku lah yang paling lega sekali..tak ada perkara yang lebih melapangkan dada bila dapat pastikan anak kita berada ditempat yang selesa dan selamat bila kita keluar berkerja...Semoga anak2 disini sentasa berada dibawah perlindungan Allah s.w.t, membesar dengan sihat dan selamat selain mendapat pendidikan sempurna..aminnn...