Jumaat, 30 April 2010

Eppy Beday 2u..Eppy Beday 2u...

Bila Jabatan nak buat Birthday stafnya, op cos la stail pukal2 kan, cam kat opis aku jugak la..Hari ni diadakan Sambutan Hari Lahir untuk staf Opis ni yang lahir pada Januari hinggalah April. Sapa2 yang Lahir pada bulan tersebut, boleh keluar potong kek ye.. yang lainnya tunggulah giliran korang nanti. Walaupun majlisnya sangat simple, tapi sangat meriah kerana dihadiri Ketua Jabatan sendiri yang menyambut Birthdaynya bulan ini jugak. 'Happy birthday tok'..itu ler ucapan kami tadi...nampak kembang kempis idongnya kerana kemalu-maluan..hhu hu hu

Khamis, 29 April 2010

Saper nak sponsor JC

Sponsor JC untuk Team PPM Net Ball

Ceritanya team kitaorang kena usha sendiri la ni, untuk dapatkan penaja JC. Kalau nak harapkan duit tabung je ..teruk la kan..kalo setakat T-shirt Pagoda x pe gak..hu hu hu...Team bola pun macam tu jugak, bezanya kami ni baru kan, so banyak la kelengkapan yang nak dibeli.

Rabu, 28 April 2010

Bertemu seseorang..

Misti la aku terkejut, Kira datang hantar kad kawin dia hari ni..(Sakira= member baik masa di Pejabat Menteri Mindef) memang tahu pun dia da nak kawin..member2 la bagi tau, dia pun x de call2 aku cakap pasal perkara tu, tetiba je pagi td, datang ofis anta kad. Datang dengan ehem-ehem pulak tu...'baby' lagi ko panggilnye.......mommy sukek..!..hu hu hu

Jejaka Hangat Dipasaran

Nak gelak tergulig aku baca n3 di blog gengbaik 'Aku Dan Sesuatu',

Itulah..memang susah bila kita bercakap pasal hati dan perasaang ini..kadang tu sampai lupa nak cover tah kemana2 rasa malunya..Hadoyyai perempuan..aku pun perempuan jugak..aku faham perasaan korang, tapi jangan le wat benda2 memalukan kaum sejenis minah oi...yang ko bertumbuk dalam FB berebutkan laki orang tu buat hape..??..ko terlupe ke kawan tu dah bebini..yang jadi penonton kawan2 kita jugek...baik orang x tau..dah jadi fofular pulak dah, kalo dengan cerita dan perkara baik tak apa, boleh la aku ikut sama banggge...ini.....

Selasa, 27 April 2010

Ujan la pulak..

Minggu ni fist day aku nak turun training nett ball, Ni untuk berdepan Pejabat MB Perak 14&15hb depan ye..diorang dari semlam lagi da start dah. Nak g ke x, cos macam dan bau ujan je..ceh..ujan ada bau gak ke..heh heh..ok lah, g je cos kalo ujan, aku terus je g ofis, keja memang x sattle g lah ni..separuh perjalanan dah start gerimis.. elok je aku sampai depan padang, gerimis da jadi lebat da..so x jadi la jawabnya.bergegas aku masuk opis.

Sakit ati tul aku dengan cara sorang hamba allah ni bawak kereta, ko dah tahu nak belok, sabar je la dulu, beriyanya nak memotong aku, lepastu terus je belok ..menjajar2 kaki aku mencari brek. Pakai lesen terebang ke hape??..orang lain pun bayar road tax jugak bang oi....hiss..!tah paper...

(eh.. moto kena bayar road tax ke..x kan..??hu hu hu)

Isnin, 26 April 2010

Ei....dia nikan..

Kali ni aku nak menulis tentang dia,

Hampir setahun jugak aku mengenali 'dia', seperti sepatutnya..semakin lama, semakin banyak lah yang aku tahu tentang 'dia', Ibu yang 'sukses'..garang..tegas dan cerewet..kalau dah cerewet tu, pendek kata dalam serba serbilah kan..(pandangan aku lah..)..tapi tak peliklah..dengan ciri2 itu..dia dah pun jadi ibu 'sukses'..dalam hati aku selalu kata..'bagus jugak ada sifat macam tu'...coba2 jugak nak tiru..tapi x kemananye...

Rabu, 21 April 2010

Saya tertidur dengannya.

Astarfirullah.....

Kisah ini aku petik dari pengalaman peristiwa orang sekeliling sepanjang pengalaman kehidupan 35 tahun ku.

Bukan dari majalah mahupun kisah benar dalam tv, tapi apa yang kulihat dan dengar dari telinga asliku sendiri.  Dalam melalui susur jalur kehidupan, mungkin ada yang dapat kita jadikan iktibar dibalik kehilafan itu,  dan apakah itu yang dikatakan hikmah, yang tidak dapat kita lihat apa sebenarnya baginya tapi begitu jelas untuk renungan kita bersama.

Isnin, 19 April 2010

Darul Khusus Story

Tajuk N3 kan maen g kan..
Kisah kunjungan kami ke Negeri Sembilan untuk memenuhi jumputan pejabat MB. Tak ada yang yang menarik nak diceritaklan sebenarnya...Perggh..! wo ha ha....Tak peliklah kami jadi pasukan belasahankan..Pejabat MB N9 ni bukanlah satu 'bahagian' yang besar. So kakitangan pun, khususnya perempuan tak ramai, yang ada pun sebahagiannya dan vateran. 'Message' yang aku ingin sampaikan ialah....Diorang panggil pemain 'import' la ni...dah le tu 'pro' pulak...memang tak de masalah besar la nak berdepan pasukan 'hingusan' macam kitaorang ni...itulah ceritanya..Pasukan Bola sepak pun menerima nasib sama, bezanya tak bolehla disebut 'belasahan' kos tewas tipis je, ha..yang tu kita kita boleh panggil 'adat permainan' he he he..

Malamnya sebelum tournament bowling kami dijemput untuk 'dinner' di Pejabat MB. Tapi..sebelum tu diorang sediakan bilik ye, untuk kami berehat dan bersiap sebelum Majlis malamnya. Cantik banget Allson Klana Resort ni, tah perapa RM semalam, mulanya ingat Dinner kat situ le kan..memang 'grand' siot. Tapi mungkin x dek rezeki, kami dibawa naik bas semula untuk ke Dewan makan Pejabat MB.. hu hu, Jangan gelak eh...kelas tu 'menu' nya..masakan ala2 kampung g. Tak ketinggalan Masak lemak 'cili padi' daging , memang 'kelas'..kami yang memang tengah lapo gile ni..memang ibarat 'tak cukup telapak tangan'...stadium 'paroi' ditadahkan ..wi he he..alhamdulillah...Terima kasih untuk MB kita ye.

Lebih kurang 9.30 PM baru 'bowling bermula, sangat meletihkan, bukan aku je tapi semua team PPM. Ditambah 'perot kenyang' lagik la..x de mood tul, rasa nak teros balik tito jerh. Lagipun tak semua staf terlibat. Selainnya jadi penyokong. Memang berbaloi pun ada ramai penyokong. Kami menang jugak akhirnya...jadik la...kalo x, dapat penat je la ari tu.

11.30 pm, kami bertolak balik. Rasanya tak sampai 10 minit aku duduk dalam bas tu..tetiba sampai da di Putrajaya..hu hu hu..'sedap tol aku tido'...sebenarnya banyak kenangan yang rasa nak ditinggalkan je kat sana..dan kami nak bawak balik yang manis2 je..apapun dah adat, harap2 semuanya tak berulang waktu kunjungan balas nanti..bila eh....x yah la kot...hu hu hu (jahat tul aku..hihik)

Sekadar hiasan...hu hu hu

Jumaat, 16 April 2010

2 Perkara menarik hari ni.

Ehherrrm...

2 perkara yang begitu menarik hari ni:

Pertama-

Aku yang down sangat dua tiga ari ni cos x dpt main 'nett ball'..akhirnya akan ke Seremban jugak tengahari nanti untuk berdepan dengan Pejabat MB Negeri Sembilan..sebenanya kaki ni sakit gi...tapi aku kan, tau je la..semangat yang melebey2...hu u hu..malam nanti ada bowling and dinner plk...em..macam besh je...

Kedua-

Hari ni boss aku dah sampai ke Tokyo da untuk seminggu..harap jangan call2 ye boss...masa yang sangat sesuai untuk aku amek cuti juga untuk anak2 ...dan masa yang biasanya kami2 amek kat opis untuk ber fb dsb. selain melapangkan fikiran..maklum le, kerja pun kurang..apa g x de sapa ganggu kan..(harap2 x de le sape skodeng..!hu hu hu..)

So..nanti 2.30 pm, semua berkumpul kat opis semula ye...kita naik bas...

Mahu rasmi 3D Watermark.

WWWihu....kini Duniaku Diyana Daniel sudah ada watermark eh..cantik..bagi aku sungguh cantik..cos aku kan memang sukek munga-munga gitu..hu hu hu..so kalo ada yang berminat, ada banyak pilihan lagi. Jom gi intai blog adik ni..http://eybizzonline.blogspot.com.

Baik sangat orangnya tau....

* Siap promote gi..he he he

Khamis, 15 April 2010

DERA sampai mati

Paper ari ni,

Disebalik detik bahagia dan kegembiraan pasangan berseri Pengantin Baru Tan Sri Isa Samad dan Puan Sri Bibi Sharliza..

Terselit pulak cerita sedih kes dera kanak2 lagi...tumpuan aku terus je la beralih kesitu, kadang aku mengaku..sengaja x nak tengok dan baca paper bila pepagi sepiee g, sampai opis je semua orang dah mengulas kes dera . Aku dah penat...dah penat nak mengomen tentang sikap mausia yang menyerupai 'iblis' itu...suara aku ni pelan je...tak mengubah apa2 pun...tapi jauh di sudut ati aku ni....rasa tak boleh dah nak sembunyik rasa sebak..fikiran pun asik merewang je fikir macam mana keadaan tubuh kecil tu sebelum tiba saat kematiannya...ingat lagi masa kes adik Nurin Jazlin dulu...aku sampai sesah nak tido malam bila otak aku ni rasa tak boleh berhenti berfikir, asik teringat2 je.

Tak tahu lah aku, dalam apa2 kes jugak..semua macam bermusim2 pulak..bila terjadi satu kes...terus berturut2 kejadiannya..tu kira dapat 'ilham' nak buat benda sama ke hape???..bab2 buat keja 'setan' tu..walau dah tahu dah akibatnya...tetap ada je yang mengikut. Nape agaknya eh..

Bila tengok budak2 tu.. apa agaknya yang dia rasa..??..tak de rasa sayang ke?..x rasa kesian..?..pendek kata..'tak tercapai akal ku' lah...membelasah budak kecik tanpa belas kasihan...semakin dia lemah..semakin naik seikh ko ye...memang ko 'iblis'!!

Selalu sangat kita dengar luahan..'kalo x nak budak tu, bagi je la kat orang lain'....fikir la sikit..kalo ko rasa tengok dia pun ko dah menyampah...dari ko 'buat' dia..ko suruh la orang lain yang sayang kan dia jaga..tak semua orang ada perangai 'iblis' macam ko...kita pun dapat tengok sendiri, bila dah jadi macam ni..ramai pulak yang nanges2...misti diorang pun tak terfikir, boleh terjadi sampai macam tu...mereka pun misti sayang pada dia juga....

Tapi sifat menusia memang pelik..penderaan bukan setakat oleh penjaga saja..sebab tu aku kata 'tak tercapai dek akal'...janganlah jadi sampai tak terbendung...sekarang ni pun dah macam2 perkara x sepatutnya terjadi..yang dulu jarang2..sekarang ni makin kerap..orang dah tak takut undang2..dah tak takut risiko..takut nanti jadi macam kat 'PADANG'..macam mana tu??...bila semuanya tertimbus dan tak de apa dah yang tinggal.....baru semua masalah selesai...janganlah pengakhirnya begitu..sebagai insan..aku sering mengingatkan diri..dan kita semua..dalam apa je perkara yang dilakukan..'janganlah sekali2 melampaui batas'..kerana balasannya amat berat, bukan kata aku..itu amaran dari yang esa pada setiap hambanya.

Rabu, 14 April 2010

Hadoyyaiii kaki...

Hari ini..aku g training lagi...dengan keadaan kaki ni..coach tengok pun...hadoyai umi...kalo x bleh, cakap eh....mulanya macam ok lg..boleh la nak main...aku coba gak..cos ati dah meronta2 nak beraksi la kununya...tapi bila game start, aku da rasa down da..x bleh nak layan..geng pun x nak pasing bola kat aku..jadi sedih pulak..walau sekadar lawan tuk belatih je..tapi kesensitipan aku ni melampaui segalanya...(tah paper...)..aku cuba gak layan..x la sampai memaksa kaki ni...tapi sekurang2nya jangan la main sekerat jalan..tak nafikan la..banyak bola miss..kebetulan ari ni ramai g staf lelain datang..ramai g yang teror2...so aku dah tau da kedudukan aku. Coach siap kata..dah bleh nampak sape bleh main..sapa x bleh...untuk barisan depan, memang x mungkin la...

Bila balik je, tak dan sampai umah g, rasa makin sakit plak kaki ni..tadi macam dah ok sket..aku rasa kena g 'ngurut' la baru bleh baik kot..aku dah mula rasa da..tak yah ah la aku g Seremban Jumaat ni...walau pun ok je untuk datang jadi penyokong..tapi aku macam keciwaa sangat cos x bley nak beraksi...bak kata pepatah: tak de makneeeeeeenya....baik aku dok umah je...(kununnya down sangat ah tu..hu hu hu) melihat orang beraksi kat padang tu..buat aku terkilan pulak cos tak dapat join.....begitu serius kah..????

Umi..umi...


PPM vs Seranta FELDA

Berlangsungnya tournament ni ialah pada Ahad 11hb yang lalu, Enjoy sangat game kali ni. selain dari semua team yang menang sampai la yang kalah dapat hadiah, ada banyak kategori jugak. Pemain harapan, Pemain mengegar, dan Pemain bergaya . Cabutan bertuah pun ada. Apa x behnye.... Namanya pun bowling 'mesra' kan...targetnya lebih kepada untuk memesra2 kan staf kedua2 jabatan la ni.

Selalunya orang kata x kesah la menang kalah, tapi jauh dilubuk ati tu, mistila kita nak menang kan..hu hu hu, jadiknya lawan tetap lawan. Bermati2an lah ni....dan aku....mainannya tetap gitu gak...urrrgh..!.tak mengegar langsong..hu hu hu..apapun tumpang gumbira jugak...Jabatan aku menang beb..! besau tu adiahnya...Bapak segala 'pin', bubuh dalam kotak kaca gi..x kuat tu nak angkat sesorang...aa..ha ha

Ha..akak ni la best player pempoan ari tu..dengan jatuhan 458 pin, dan dapat naib juara berkumpulan gak..siap dapat pemain paling bergaya gik....banyak tu adiah dia dapat...siap ada orang tolong bawak ko..


Ha tengok yang sorang ni...gaya kan main g...tapi x dapat2 strike...dah le tu tak teror buat spare pulak...cam ne tu..??.

Yang ni geng aku eh...bab bergambo je no.1 ..ei hi hi hi

Selasa, 13 April 2010

Terdencot-dencot..

Hem....sejak beberapa ari ni, bukan x der cerita, tapi masa tu yang terhad..cam ne la aku menatap blog ni lelama...sampaikan sekarng ni, orang tengah sebok2 ngan 'ben azhaari' pun aku x dan g nak jengok kat sana..kalo terer tu x pe la...leh la masuk n join je..ni..siap nak study2 dulu bagai...makan masa tuh...

Adeh...sakit kaki aku ni...jalan terdencot2 plk dah skrg ni...tah tetiba leh terjebak dengan game 'bola jaring' pulak..dah lama dah diorang dok ajak2 aku join. Tahu la aku kan...kalo x ye ye..baik aku dok umah je, mengulik si Qail...tapi aku ni kan pantang dipujuk...ehem..!...so g la sekali latihan...coba2 pegang bola tu...coba2 baling, tangkap...baling lagik...tangkap.....tetiba jadi syok pulak...pas tu temakan puji...ada pulak mulut celupar kata, aku main ok....hem..aku apa gi...siap2 nak beli kasut bagai le...hu hu hu

Hari ini, hari kedua aku g latihan...ari ni bos aku ada, siap bleh mintak 'excuse' g...dia pun tak tanya banyak...sementara big boss tak de bleh la...esok dia balik....kalo nak keluar g main gak...pas tu kena masuk opis semula le jawabnya...

Sakit kaki aku ni sejak semalam sebenanya...hari ni rasa lebih kritikal sket...cos, sampai dencot-dencot...ni jumaat nak 'lawan' ni...bio betul..leh harap ke.??..ok, cita pasal posisi..tadi first time kitaorang lawan sesaja ngan JPA, cos diorang pun buat latihan sekali kat situ.. n aku jadi 'GD'..tu je yang aku pandai..defend2 je...tang gol2 ni.. memang hampeh la....hu hu hu.......tu dia, kena belasa 9-4..x per..untuk team yang baru sebulan...ok kot...ahak...tu pun, aku dah sempot gila ..tah macam mana kalo lawan sungohan..jangan pengsan2 suda.

Balik td, Yin la jadi mangsa urut kaki aku...Yin, tangan dia memang power..tang urut2 memang sampai ketulang aku rasa..sebab tu la aku tak kasik dia coba2 naik tangan kat sesapa....nampak je x kuat, tapi memang perit gila..sebab dah rasa la aku cakap ni...tu 'penangan' time gurau tu...kalo tengah marah..coba bayang.....

Sekarang ni rasa dah kurang sket..macammana pun training sampai hari khamis..harap2 aku boleh main lagi bagus, tak le asik ke 'wisel' je...baru duo kali main kan...bab undang2 ni masih 'fail' g..hu hu hu..

Khamis, 8 April 2010

Habis la Hp aku..

Kenapa????

Apa aku dah buat...W90i aku dah 'kondem' kot..susahnya x de hp..petang tadi la..dari kat opis g, bateri dan 'weak' dah..bunyi2 je..charger kat umah plk..

Hari ni sebelum balik singgah petronas, beli la roti dsb tuk sarapan Qail esok..so sebelum amek Qail tu balik la rumah anta dulu barang2 tu..kalau bawak kang...kalut dengan beg Qail..ubat2 lagi..urggh!..hp walau dah kong bateri, kena bawak gak...penting sangat la kononnye kan..

Nak jadikan sebab, aku masukkan la sekali hp dalam beg Qail tu..elok je sampai rumah, ingat nak charge la hp tu..tengok2 semua dah basah dan...hadoi...susu Qail tumpah la pulak....nampak macam x la serius sgt..aku lap2 je la...pas tu x fikir panjang...terus je charge..

Cita selanjutnya macam dah tau je kan...lampu idop kejap dan 'mati'..aku dah debo..baru la ingat segala yang sepatutnya...bila bukak bateri je, tu dia..rupanya memang basah belaka..apa aku dah buat ni????start le nak 'kondem' diri sendiri...nak nanes pun ada...

Aku bukak semua part yang boleh bukak..nak tengok..bila kering nanti..mesik boleh on ke x...kalau x..memang nasib la...semantara ni guna dulu fon Yin..bila call je abby aku, maka kena la ceramah panjang..rasa nak je off fon..tau la, aku salah kan....waa................

*ei......rasa2 hp aku leh repair x eh...$%%^@#@!&**(...@
ni pun...hadiah ari jadi ker....??naper la eh..

Selasa, 6 April 2010

Yang terkesan diharijadiku

Yang terkesan diharijadiku..

Peristiwa 1 :

Hari ini 'Name card' bos aku yang ditempah hari tu dah pun siap..Rasa dah 'perfect' masa aku check ari tu..tup-tup tu dia...salah jugek...macam tak perasan je kalo aku tak bagi tahu..tapi sebagai PA yang sungguh jujur lagi lurus..UUUHUKK!..aku berterus terang saja....

Sebagai seorang lelaki yang sungguh 'maco'...dia tetap cover rasa marahnya..tak ada apa pun nak marah sangat..tapi kerena sikap 'perfectionist'nya...nampak juga riak 'sinis' dari ekor matanya...dan aku sungguh tersinggung....(sensitif la katakan)..hu hu hu...aku dah 'volunteer' nak ganti dah...duit bukan apa sangat kalo nak dibanding kecuaian aku tu..tapi as a 'gentleman'..takkan nak bio aku baya kan..he he he..sakit gak tu..lepas la 2x lunch kat shangri-la..hancus tul PA ni..sory la bos...andai dapat ku ulang semula masa..hadddoyyyai..sampai begitu kah??????

Peristiwa 2:

Hari ni aku keluar lunch awal..bos ada meeting n aku excuse tuk g CIMB dulu.....sattle ngan CIMB, balik kerumah anta lauk untuk lunch anak2..apapun agenda sebenarnya adalah untuk ke Parkson di Alamanda..ada la benda penting yang aku nak beli...(x kan nak tahu jugak...hu hu hu) as usual park la moto kat tepi jalan...cuma hari ni je la nasib x baik nampaknya..kena saman pulak....tak tulis pulak berapa RM....moga2 tak la banyak...sia2 je keluar duit bayar saman...yang tu juga kerana kecuaian..dan kali ni tak de sesiapa nampaknya nak tunjuk 'macho' kat aku untuk bayarkan saman...urrrgggh...

Kesimpulannya.. mengapa itu semua terjadi padaku......???
dan lagi...mengapa hari ini...??

Inikah hadiah hari jadi ku.....owwh tidakkk..........!


p/s: Bos aku baru je keluar..flight to Singapore..says good bye n..siap senyum2 g..(nampak sunguh ikhlas..he he he)...rasanya dia sudah pun melupakan kesilapan aku tadi......owwwh.. sungguh syukur dan terharu..!!!! hu hu hu..

Happy birthday..umi

Hari yang besar ertinya bagiku....

Apo x besarnya..umo dah semakin bertambah..ho ho ho..seawal 12.00 am tadi..aku dah terima ucapan dari orang2 tersayang...macam tu juga bila sampai diofis pagi ni...talipon yang x berhenti berdering..he he..sangat2 bermakna, lebih2 lagi bila datangnya dari orang yang tak kita sangka2...sebak juga dada ni...terima kasih kerana menghargaiku....

wahai umi...semoga pemikiran dan keperibadianmu, menjadi lebih matang seiring usiamu...doa untuk diriku sendiri...he he he..Terima kasih kepada mereka yang begitu hampir dengan ku..Yang dikasihi suami dan anak2 ku..teman2..yang begitu memahami..yang begitu bersabar...aku akan menjadi yang setia, setia memahimu, setia mendengar, setia bersabar..kerana itulah kunci sebenar kebahagiaan ku selama ini.

Mencecah usia 35 tahun hari ini...bagiku bermula lah fasa 'dunia wanita matang'..he he..aku yang sangat takut dengan perkataan 'tua' sebenar dengan perlahan2 dan penuh kesedaran 'redha' melaluinya...merenung diri di 'cermin' hari..begitu menginsafkan...astarfirullah...insyallah, aku akan menjadi isteri, ibu, teman dan insan yang lebih baik setiap kali....

Mengejar impian menjadi wanita cemerlang...pastinya terlalu besar cabarannya..tapi dengan semangatmu...kasih sayangmu..segala pengorbananmu...dan sifatmu yang begitu memahami...aku akan dapat laluinya dengan segala kekuatan itu...untuk Suamiku ..dan anak2 yang dikasihi..terima kasin..Ibu terlalu sayang...dan sangat2 menghargainya...mUUUahhh!

Isnin, 5 April 2010

Yin terima tauliah

Pagi ni, Yin nampak segak sangat dengan 'blazer' Pengawasnya. Dalam perhimpunan pagi ni semua Pengawas baru sekolah Men. Keb Peresint 16(1) akan ditauliahkan. So hari yang sangat mengumbbirakan anak gadisku ini...Apa yang tak sempat dikecapi masa di sekolah lamanya..akhirnya dapat juga disekolah baru ni.....dah rezeki, orang kata kan...Harapan ku sebagi ibu, mistilah semoga ianya akan jadi motivasi pada Yin untuk maintain prestasi..dalam pelajaran lebih2 lagi...Selain dari tu...akan jadikan dia insan yang bertanggungjawab..lebih matang dan dapat terus belajar dari pengalaman yang dilalui.

sempat 'pose' sebelum ke sekolah

semoga menjadi insan berwibawa


sempat lagi tu...