Selasa, 14 Februari 2012

HatiTersentuh

1st time akak baca artikel ni dalam FB..rasa tersentuh sangat, sebab masa mula2 dia pakai purdah dulu ada gak yang kata, muka cantik dia dah jadi hodoh kerana kesan dari produk kecantikan dia sendiri. Ada hati tu nak copy artikel ni dari FB, tapi tak pandai la pulak..hu hu..

so akak google je la..hambek dari blog sapa tah..tengok dia pun copy paste jugak ni..ayat sama je macam akak baca kat FB..:)

akak N3 kan artikel ni untuk renungan dan iktibar akak sendiri dan kita semua...

Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

*Semoga Allah S.W.T sentiasa memberikan hidayahnya juga pada kita semua, aminn..


Rabu, 8 Februari 2012

Jalan2Bukit Tinggi

Inisiatif sempena cuti yang agak panjang untuk anak2..tarikhnya 6Feb-isnin ye..
Macam besh je tengok orang g jalan2 kat Bukit Tinggi kan..

JOM KITA G ...!!

Masa ni baru sampai di Gate utama, Q untuk beli tiket masuk eh..

Ini dia- RM12 untuk dewasa, kanak2 4 tahun keatas RM8
boleh simpan terus ye tiket ni.. sbb x digunakan pun lepas tu.

Kami sampai lebih kurang dalam jam 10.30 pg. macam tu..terus ke Japanese Village dulu..cadangan akak kalau nak pegi, better sampai pagi sekit, jam 10 pg. ok dah..dan tuju ke Colmar Tropicale dulu..sebab pagi x panas sangat..datang ke Japanese Village ni tengahari pun x pe sebab kawasan hutan dan sejuk nyaman je..akak ni sudah salah perkiraan sebab ke Japanese Village dulu ok..so bila sampai Colmar tengah panas nyenteng-nyenteng...tebako kulit akak yang mulus gebu ni eh...:)

Masa ni kat Botani Garden..


Menapak ke Japanese Village...jauh gak mendaki..berpeluh2 ye..

So..sepanjang bejalan tu.. nanti jumpa la Tayami Spa ni...

Ha..ni le Japanese Village tu..ada sungai mengalir cantik..akak sekarang ada diatas bukit...ada rumah juga kat situ...siap ada orang pakai kimono bagai..nak pakai kimono pun boleh..amek2 gambo semua...tapi akak x snap gamba pulak..tah paper la...

Boleh masuk dalam rumah tu ye..duduk2 rileks sekejap...tengok ikan kap berenang2 kat sungai tu..ada air terjun mini...besh jugak la...





Selasai round kat Japanese Village..baru menuju ke Colmar Tropicale...

Shuttle disediakan, sebab parking keta jauh..kena la sabar sikit bab menungu shuttle ni..maklum la time cuti..orang pun ramai..

Turun terus je gambo2...:)



Gerai souvenir...biasalah kawasan pendalaman..semua barang pun jadi mahal...air tin je RM 6 ok..

Melayan Arif, nampak keta merah ni terus je ajak singgah...1 token RM2...kalau kat Alamanda 2 token ialah RM1 ye...he he..asik compare2 harga je kerjanya...

Salah satu daya penarik kat sini..

Jinak angsa ni..hulur je tangan..cepat je dia patuk..harap orang bagi makanan la tu kan..hu hu, kalau nak bagi makan pun, semua ada dijual disitu ye..

versi hitam pun ada..yang ni lagi garang...




Muka ayah tu ialah bukti cuaca memang panas hari tu...:)

Jom balik...masa ni tengah tunggu shuttle...

Alhamdulillah...selesai agenda di Bukit Tinggi...dapat gak jejak kaki kat sini..orang kata, dapat bermalam baru best..tengok pemandangan malam yang sangat cantik...katanye....
ok, kita kira bajet dulu...sediakan ongkos secukupnya ya...:)