Khamis, 7 April 2011

Kisah hari ini.

Sebagai seorang tukang jahit dah semistilah macam2 ragam customer aku jumpa..ada yang cerewat..ada yang jenis x kisah..biasa lah tu kalau cerewet..kita bayo kan..walaupun ada yang tak kisah, tak bermakna hasil kerjanya cincai2 je...apapun semuanya misti aku buat sehabis baik..


cerita hari ini ialah..sebelum ini dah beberapa helai pun aku jahitkan baju hamba allah sorang ni..dengan ukuran yang sama..dan fesyen yang sama..tapi setiap kali baju tu ada je la yang x kena..itu biasa lah...salah aku jugak la tuh..lagi pun perkara kecik jerh..nak oter pun tak la amek masa sangat pun...lagipun dia ni sentiasa bagi aku peluang dan ruang..tak de la bila dah ada yang x kena tu...sekali tu je..lepas tu x tempah2 baju dah dengan aku..makin hantar banyak lagi ada la...ye la..mungkin kerana harga terendah dipasaran kot...:)


tapi kali ni aku rasa dia dah bagi aku bengang...sebelum ni dia kata baju2 yang dulu labuh dan kali ni minta aku pendekkan seinci..tapi bila baju tu dah siap..dia kata tak cantik pulak..dan tanya ada x lebihan kain untuk sambung..supaya nampak labuh sikit..maknanya dia minta aku buka balik..dan sambung lahkan...lepas tu siap kata..ukuran yang dulu tu sebenarnya dah ok..cuma dia yang gatal2 mintak pendekkan...so minta tolong aku oterkan baju yang ni...patut x dia buat macam ni...hurrrgghh...aku nak nangis lah....!


-out-


3 ulasan:

  1. kuang ajor betul!!! ni mangkuk yg kat blok barat tu ke???

    BalasPadam
  2. Sabor ajer ler. Next time tak payah ler ambik jahit baju dia lagi. Akak customer yang tak cerewet macam si dia tu kan????

    BalasPadam
  3. Le'a: itu bukan suspeknye...he he

    Sue:customer cerewet tu biasa la..tapi u'lls memang ok..baik la sangat2..hu hu hu

    BalasPadam