Selasa, 9 Ogos 2011

KuihMakCikGayahRonggeng

Mak cik Gayah Ronggeng memang la terkenal dengan kaki bisnesnya, orang peramah la katakan, kenalan pun ramai, orang besou2 pulak tu..pendek kata, kalau membeli dengan Mak Cik Gayah ni, tak la sikit2, pakai pukal2 gitu, dan untung Mak Cik Gayah pun tuh!, boleh tahan banyaknya, agaknya lah..sebab selalunya Mak Cik nih asik cerita sana sini dia x ambik banyak untung, sikit2 aje.. kalau aku pulak, kalau untung sikit, macam malas je nak buat..ye la, kalau boleh tuh biar la berbaloi2, kalau x berbaloi, penat seh...

Dah namanya orang nak meniaga, promot kena rajin, kesana berbunyi, kesini menyanyi..lumrahlah..cuma tu lah, tak semua yang suka..jadi ramai pulak yang semakin x selesa dengan Gayah ni.. lagi2 time sekarang nih... nak Raya kan.. peromot kuih raya la, apa lagi.

Lela Lengang dah dekat belasan tahun jugaklah kerja dengan orang beso2...agaknya memang gaya orang kerja dengan orang beso2 ni kena peramah kot..rata2 aku tengok semuanya macam sama je..selain bergaya, permah dan mesra juga..dek kerana tu Lela Lenggang memang la ramai kontek, kalau dia nak la, setakat nak bisnes kuih raya ni, petik jari je, senang2 je dia nak meniaga. tapi tu lah..dah x berminat kan..nak kata apa lagi.

Gayah Ronggeng pulak anggap tu satu kerugian besar..kalaulah Lela Lengang berminat bersekongkol menjual kuihnya, mistilah dia boleh untung besar..dek keran tu Gayah Ronggeng asik2 merengek dengan Lela Lengang untuk melobikan kuihnya tu..Lela Lenggang semakin benggang, bila jumpa je asik cerita benda yang sama, lain la dia bagi komesyen pada dia, ini tidak..penat melobi sesaja..sapa yang nak..?..dah beberapa hari x nampak kelibat Lela Lenggang..rupa2nya saja nak mengasingkan diri...x nak dengar Gayah Ronggeng melobi kuih lagi...yang Gayah pulak fikir Lela dah kecik hati bila terdengar dia bercakap belakang perihal Lela dibulan puasa ni...padahal, Lela x dengar pun..tu la..cakap siang pandang2...puasa2 ni...jadinya sekarang sama2 diam...:)

Dua tiga hari ni Gayah Ronggeng happy2 aje..maklum la dah ada orang besar berminat nak meniaga kuih dia, siap serah pada orang tu nak jual berapa..pergh!!!..kalau cakap macam tu dengan Lela Lenggang kan bagus..baru la teruja dia nak meniaga..kan...

Gayah Ronggeng pakar meniaga, pandai cari peluang dan ruang..sekali tu pernah dia tanya pada Sa'diah Lebo, siapa pembuat kuih yang dibawa Sa'diah hari tu..sedap bebano katanya..boleh la kalau nak jual.. Ting!!..Sa'diah tetiba ada idea, tetiba gumbira gitu..ye la..kot2 Gayah Ronggeng nak ajak dia meniaga sama. Dapat la Sa'diah untung sikit2...tumpang tuah Gayah kan..Sadiah pun teruja sangat2 dengan kesungguhan Gayah tu...menelefon sana sana sini..maklum le no. telefon pembuatnya x ada..kuih orang bagi kan...x de la nak ambil nombor telefon bagai..akhirnya jumpa juga..gembiranya Sa'diah tuhan aje yang tahu..bukan senang Gayah nak kata satu2 kuih tu 'SEDAP' tau..kuih cikai2 x main la..nak yang sedap2, cantik2 lepas tu murah...boleh!

Bila bercerita dengan pembuat kuih, misti seronok sangat la dia...siap kira2 pasal harga..Bila tanya persetujuan Gayah, dia kat x apa..nanti dia jual lah dengan harga sekian-sekian...wah..banyak tu gayah amek untung...kata sikit2..he he he

Kata setuju macam dah dibuat, Sa'diah siap belikan kuih sebagai contoh untuk dirasa dan ditengok Gayah...selang beberapa hari barulah kuih tu sampai..entah macam mana Sa'diah boleh tertinggal pulak kat rumah...Bila terjumpa Gayah, Sa'diah kata dia dah terima dah kuih tu, tapi tertinggal pulak kat rumah, dan dan tu la Gayah kata...x apalah...kuih tu sebenarnya untuk makan dia sendiri je..kalau nak jual pun dah x sempat dah...tahun depan boleh la kot..selamba jek muka Gayah...

Sa'diah dah matang sangat dengan perangai orang macam Gayah ni...suka hati lah...kuih tu x pe pun kalau Sa'diah abiskan sendiri..buat Raya pun boleh...bukan banyak mana pun..lepas dari hari tu bila bercakap dengan Sa'diah..Gayah suka kaitkan dengan kuih tu...mungkin nak ingatkan Sa'diah dia belum bagi kuih tu pada Gayah kot..tapi Sa'diah buat2 tak faham je..macam x de papa...boleh gitu...he he he...

Gayah..Gayah...



senyum sket...

4 ulasan:

  1. oiii gayah ronggeng... nk meniaga pun agak2 lh.. sokmo kate untung ckit2... padahal... mcmlh kiah pekasam ni tak tau org meniaga nk untung ckit ke untung byk tu mcmane...

    harharharhar...

    BalasPadam
  2. ye ye...kita orang meniaga gak kan..kan..kan...

    BalasPadam
  3. jgn sampai joyah sport n kiah perkasam bergabung plak... kang haru di buatny... ngeh3x..

    BalasPadam