Selasa, 12 Jun 2012

CerminKecilpunMemadai~

Bila datang suatu ujian..selalunya tertanya2...mengapa diri yang harus melalui semuanya, selalu saja melabel seolah haya diri yang sering diberi dugaan..lelah berdepan masalah..mungkin kerana sikap selalu suka mendongak..jarang2 pula nak menunduk dan melihat kebawah..sesekali perlu melihatlah kanan dan kiri dalam mensetabilkan hidup, perlu juga sensitif dengan dunia sekeliling..mencari pedoman untuk tindakan dan pemikiran lebih matang dalam membuat keputusan.

Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza..menjadikan diri insaf..biarpun dugaan dirasa berat, tidak lah seberat ditanggung mereka..mula mencermin diri..terlalu banyakkah permintaan?..disebalik sedikit dugaan, tidak pula melihat limpahan kelebihan disisi..adakah itu bererti diri tidak bersyukur?..dalam usia yang sentiasa meningkat..seharusnya kematangan meneraju fikiran.

Bila difikirkan semula..tiada siapa didunia tahu tentang siapa jodoh mereka..tahu tentang siapa bakal pasangan diri sebenarnya..itu adalah ketentuan tuhan. Menempuh dunia perkahwinan adalah untuk bahagia..membina keluarga dan menikmati keindahan seperti yang diharapkan. Namun sesetengahnya perkahwinan hanya umpama mengundang cubaan dalam hidup. Tabahlah..semoga Allah merahmatimu.

Memang langit tidak selalu cerah dan mendung pasti berlalu..itulah rencah kebahagiaan. Rupanya dugaan sedemikian hanya sedikit..apa yang selama ini dirasa seperti tidak tertanggung..itu cuma biasa-biasa saja..melihat ketabahan mereka menjadikan diri kerdil..dan seharusnya bersyukur dengan dugaan yang secebis itu...

Allah s.w.t. memberikan dugaan itu kerana kita mampu melaluinya..bukankah setiap dugaan itu menghapus dosa..sesungguhnya sangat bersyukur dengan ketentuan yang ada.


*x perlu tunggu cermin yg besar untuk mencermin diri..memadai dengan yang kecik aje..:)


4 ulasan:

  1. slmt kembali bersiaran...

    Ayat luahan dh semakin mantap... ni mesti kesan byk wat speech transformasi, ETP, GTP, Wasatiyah dan seangkatan dengannya... ngeh3x...

    BalasPadam
  2. ahe he he...

    tetap x lawan cik Le'a yang bijak berpantun bagai..pantun untuk orang beso2 lak tu..x cikai2 tu...he he

    BalasPadam
  3. kehkehkeh...

    org yg wat pantun mmg dh sedia beso... yg bc pantun tu pun blh tahan beso nya... ngeh3x...

    BalasPadam
  4. ha ah kan..cam blumba-lumba plak ye 2 tu..he he

    BalasPadam