Isnin, 10 Januari 2011

Jampi Serapah:

Hurmmmm...

Misti korang biasa dengar tentang jampi serapah kan.. dan aku memang percaya dengan keupayaan jampi2 ni..cumanya x mengamalkan..sebab bagi aku, apa pun yang terjadi tu, biarlah semuanya terpulang pada takdir, dan biasanya aku terus minta direct je pada Allah s.w.t secara berdoa setiap kali selepas solat.

Secara jujurnya, aku bukanlah jenis yang kesana kemari, minta tolong orang sana sini jampi untuk capai sesuatu niat.. entahlah, sebenarnya terpulang pada diri masing2..mungkin keadaan yang x memerlukan aku sampai ketahap tu..tapi yang pasti, dalam usia ini..pastinya aku dah menempuh macam2 cabaran dan dugaan hidup, itu memang aku akui..dan alhamdulillah semuanya aku serah pada ketentuan Allah s.w.t je..kerana aku percaya..setiap yang diberi pada aku..itulah yang terbaik untuk ku..

Seperti orang lain, ada juga orang dikeliling aku yang sangat taksub dengan jampi2 ni..walaupun dia x pernah mencadang, usul atau menyarankan aku untuk ikut jejak langkahnya..aku ni suka sangat memerhati sebenarnya..dan apa yang buat aku tertarik ialah..bila aku nampak dia rasa puas bila impiannya tercapai...bagaimanapun aku bersyukur, kerana setakat ini tujuannya adalah kepada perkara yang baik saja..yang aku tahu lah..dan harap2..dan bila aku tengok dia..rasa macam banyak rasia dalam fikiran dan hatinya...kadang tu macam sereeem je..

Dia pernah juga cerita dengan aku..jampi2 yang diminta, biasanya dibuat pada gula pasir, garam atau beras..dan kemudiannya dicampur pada minuman dan makanan pada seorang yang dihajatkan tu...fuh..memang sereem lah...entah macam mana perasaan orang2 yang termakan benda2 berjampi tu...misti terus je berubah seperti yang dia hajatkan...hermmm..takut juga..ya Allah jauhkan lah aku dari orang2 ini dan termakan benda2 macam ni..

Insiden baru2 ini buat bulu tengkuk aku meremang...syukur pada Allah yang maha besar dan maha mengetahwi..lagi memberi petunjuk bagi mereka yang sentiasa memohon petunjuknya.. cuma apa yang berlegar dalam fikiran aku sekarang ini ialah..mengapa dia memperlakukan aku begitu..apa kesalahan yang aku dah buat? apakah tindakan aku yang sumbang dimata dia?..dah apa yang aku nak sangat tahu ialah..niat dia buat tu..untuk apa????...

Dia x dapat apa2 pun dari aku...kerana dalam hati aku ini cuma tinggal sangsi dan waspada ..jangan diharap lagi kepercayaan..kerana itu pilihan kau kan???

Aku selalu mengelakkan diri dari dibenci dan membenci..bila dah terasa tak sehaluan dan tak ada keserasian tu, bukankah seloknya menjauhkan diri??....kalaulah suatu masa nanti kau terasa kita jauh..sebaiknya cuba2lah memahami..

Menjadi tanggungjawab sesama manusia untuk menghormati dan memaafkan..mungkin akan menjadi lebih senang bila kita anggap setiap keburukan itu cuma satu kelamahan..dan tak payahlah nak berusaha sangat nak setiap orang ikut kehendak kita..nanti x pasal2 hilang saudara..hilang kawan..ada fahaaaam!!!


2 ulasan:

  1. mmg ada org mcm ni...aku pnh jupe...org mcm ni mula2 mungkin niat dia betul tp lama2 akan terpesong kerana dia akan rasa dia lebih berkuasa dr Allah swt...

    BalasPadam