Isnin, 26 April 2010

Ei....dia nikan..

Kali ni aku nak menulis tentang dia,

Hampir setahun jugak aku mengenali 'dia', seperti sepatutnya..semakin lama, semakin banyak lah yang aku tahu tentang 'dia', Ibu yang 'sukses'..garang..tegas dan cerewet..kalau dah cerewet tu, pendek kata dalam serba serbilah kan..(pandangan aku lah..)..tapi tak peliklah..dengan ciri2 itu..dia dah pun jadi ibu 'sukses'..dalam hati aku selalu kata..'bagus jugak ada sifat macam tu'...coba2 jugak nak tiru..tapi x kemananye...

Umurnya 18 tahun lebih tua dari aku, mistilah aku menghormatinya, kan jauh beno beza umo kami..selain dia aku dah tak ada siapa lagi dalam bilik ni. bila toleh je, nampak dia..Bila angkat muka sikit je tertengok dia. Banyak yang kami kongsikan disini..maklumla semuanya hak milik Kerajaan Malaysia. Kalau milik aku sendiri tu..lain cerita la kan. Aku bukan nak kata aku ni sunggoh budiman ..Dari segi kerja, banyak jugak la yang aku boleh tolong dan telahpun aku tolong. Begitu juga sebaliknya. Senang cerita kami ni saling memerlukan sebenarnya. Komputer ni kan 'kompleks' sikit bagi golongan macam diaorang..lepas tu kerja memang 80% guna komputer pulak tu..Aku ni teror tak le sangat..tapi selagi berkisar tentang rutin kerja harian kami..'insyallah' la..so dengan kuderat..aku bantulah mana yang boleh..bukan susah sangat pon..

Bercakap tentang cerewat..sangat susah sebenarnya nak memahami 'insan' begini...kita pun kena belajar sama jadi teliti..bila manusia jenis yang macam aku dan bertemu manusia jenis seperti dia..faham2 je la kan..kadang tu misti ada 'flip' sana sini..rasanya aku sangat berusaha untuk ber'sabar'..lepas tu makin hari, macam makin serius. Terbaru, tentang Pc bos dia yang dia rasa ada 'somebody' curi2 gunakan. Ada lah tu yang buat dia rasa ada orang lain yang pernah duduk disitu..dan macam yang korang agak, akulah suspek utamanya. ye lah, dah tak ada orang lain lagi dalam bilik ni dan lepas tu pulak, ada la sekali dua aku 'minta izin' untuk gunakan. Sebab musababnya dan kenapa Pc bos dia, tak yah la aku terangkan, kang korang pelik bin pening pulak dengan cerita2 opis aku ni. So bio aku teruskan cita ni..

Dia terlihat sangat curiga, dan tanya pada aku, kononnya terus terang la, dan kerana memang aku x ada gunakan dek kerana sebelum ni pun dah kena sindir2..x termasuk g dia sembunyikan 'token' bos dia masa dia dan bosnya bercuti tu..uhhuk..!(terus terangnya aku...hu hu)aku pun da x berani la nak gunakan. So aku kata la aku x ada guna. Settel..cos aku tengok muka dia percaya dengan pengakuan maha jujur aku tu..Tapi disebaliknya, mana la aku sangka..dia ada la minta tolong somebody untuk tukar passwoard Pc tu, dan yang tak tahan.. alasannya kerana aku selalu je curi2 gunakan Pc bos dia..

FITNAH...!..sekejap je da sampai ketelinga aku yang sensitip ni.... Hadoyyai manusia......Korang bayangkan la perasaan aku ketika ini....dan hingga kesaat ini semuanya masih terbuku cantik dihati ini.....GGGGGGerammmmmnye...!...lebih sakit sebenarnya..bila aku masih terpaksa berhadapan dengannya setiap kali......sedangkan dia, seolah-olah tiada apa yang terjadi....


Berbaur perasan dalam hati ni..geram..sedih...jadi satu..bila terlihat aku seperti tidak dihargai..

3 ulasan:

  1. Ku rasa boleh agak saper dia tu. Mak cik yang selalu angkat phone bila Mommy takde kan? Old school betul...

    BalasPadam
  2. Ingat tak masa kita kat mindef dulu....Ada sorang mak cik serupa gini jugak...mommy rasa dalam hatinya ada perasangka..apa kita buat, ada je x kena..nak ditegur orang tua..dibiar merana jiwa...

    BalasPadam
  3. sabor k.omi, da leh agak sape ni, grop mak datin hehe, baik dlm hati ada taman dr dlm hati ada prasangka haha

    BalasPadam