Khamis, 2 Jun 2011

OutstationS'pore

1 JUN 2011 bermulalah harinya, seawal 2.30 pm aku da sampai KLIA untuk flight 4.30 pm. Normal la tuh, memang better check in tiket awal ye, kalau2 lah ada masalah..sempat la nak cari solution.

selepas check in tiket dan menunggu dibalai berlepas..ngantuknye mak ai..

sebaiknya sebelum g tu tukar matawang dulu, untuk kemudahan urusan disana nanti.

sambil2 menunggu tu, mula la macam2 peel...hu hu..

Dari rumah lagi cuaca dah mendung dan hujan turun sepanjang perjalanan. Bergegar2 kapal meredah awan mendung, bila sampai je diruang angkasa Singapura, terpaksa pulak berlegar2 ada la dalam 10 minit kerana kesesakan lalulintas di Changi Airport dan aku yang duduk ditepi tingkap, asik tengok kebawah...lepas tu fikiran pun melayang macam budak2...macam mana la besi ni boleh terbang begitu tinggi...haduyyyai....-_-'

masa ni kat imegresen, tu dio...mana kaunternye?..nun! lama jugak la kena Q.

datang 3 hari kesini, memang betul2 memanuhi tuntutan asalnya, 'datang untuk kerja'..x sempat pun g jalan-jalan kerana selain faktor cuaca yang hujan..keadaan juga..kalau round2 bandaraya tu sempatlah..tapi nak g snap2 gambo tu...x dapek la pulak...-__-'..x pe..x de rezeki setakat ni..next time kena lebih bijak mengatur rencana..kena pandai curi2 masa untuk dapatkan peluang tu..apapun bersyukur sangat2, trip ni berjalan lancar. kerja semua beres, kalau ada pun kekurangan sana-sini, lumrah lah..yang penting bukan kesilapan kita, teknikal problem berlaku dimana2 kan...

Bandaraya Singapura ialah sangat bersih, semua bangunan pun seperti dicat baru, tiada satu pun yang berlumut2 bagai..bangunan pencakar langit juga tersergam indah dengan rekabentuk begitu menakjubkan..yang terlihat seperti bahtera Nabi Nuh terletak dipuncak gunung juga ada..pendek kata, teserlah lah imejnya sebagai negara maju tu.

Namun begitu, 1 yang kurang tetang Singapura, Melayu adalah terpinggir disini, melukut ditepi gantang di Negara sendiri..sangat menyedihkan..wahai rakyat Malaysia ingatlah..Melayu misti bersatu, kerana bangsa mereka ini hanya menunggu peluang untuk bangun dengan mengambil kesempatan diatas kelemahan yang kita sendiri ciptakan. Andai mereka berjaya menguasai negara dan bangsa kita, sepertinya kita x kan ada peluang lagi untuk bangun. Sama2 lah kita memperkasakan Bangsa, mempertahankan hak untuk memastikan negara ini sentiasa menjadi milik kita dan milik Bangsa kita...Hiduppppppp Melayuuuuu!!!..wahh..tetiba aku jadi begitu petriotik kan...x lain kerana aku 'MELAYU'..dan Melayu yang x kan layu...

Wokehh..suite ini terlihat begitu selesa kan??...mungkin kerana terlalu selesa dan bersendirian, aku x dapat nak tidur lena, bangun seawal 3-4 pagi, dan sudah ada diofis seawal 6 pg..wahhh! semua pun mau story...hu hu..hu..makanan pun kebanyakannya tidak halal disini, Shangri-La Singapura memang tidak di iktiraf halal ye.. so bila nak makan tu kena la sangat berhati2.

Ini ialah ofis secretariat, memandangkan kebanyakan masa dihabiskan disini ..hanya suasana ofis je la yang dapat aku kongsikan disini..:)

Zaidi..pun ado...

untuk kenangan, semasa nak balik, di Changi Airport..ini ialah hasil sentuhan Cik Umi Hani .. masa balik flight delay sampai 1 1/2 jam juga gara2 kesibukan trafic..tapi kali ni x la boring sangan cos Cik umi ada..so kami habiskan la masa dgn berwindow shopping kat situ...:)

8 ulasan:

  1. lor mu g S'pore x de geng la ye...aduhai boring giler..pape pun dpt pengalaman baru dan keja bereh..tu yang penting.

    BalasPadam
  2. tau x pe kak, sape2 g trip pun memang x de geng, kalau nasib baik je la baru ada..geng je la dengan officer..he he..betul!! yang penting kerja misti beres..

    BalasPadam
  3. Bestnya! imah tak pernah lagi sampai ke Singapore tu..huhuhuhu.Waduh2 akak, semangat patriotik betul bila bercakap pasal org melayu! hehehehe...bagus2

    BalasPadam
  4. Imah, memang best kalau dapat g..lebih2 g kalo bercuti..he he..biasalah tu, bila terdengar dan melihat bangsa teraniaya..jiwa pun rasa membara..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, langkah pertama telah berjaya... so, bersedia pula untuk mengatur langkah seterusnya...

    BalasPadam
  6. Le'a..insyallah..ibarat duduk disampan dan dayung ditangan..wah!!he he

    BalasPadam
  7. wah!!! dh mcm karam singh walia dh ni... ahaksss!!

    BalasPadam
  8. Le'a: Bukan 'Karam' da..tapi 'Karim' wei..

    BalasPadam