Rabu, 23 Disember 2009

Penafian bil

Rasanya tak semua orang tahu tentang 'Penafian Bil'

Macam tu jugak aku...bila dah melalui situasinya baru la tahu....ooo..'penafian bil' namanya.

Semuanya gara-gara bil telefon u-mobile yang didaftarkan dan dihantar ke alamat kampung aku sejak disember 2008 lagi..cubalah dibayangkan dah berapa banyak bil dan jumlah tungakannya. Dah pastinya bukan kerja aku la kan..tu yang mulanya terkejut jugak. Ada beberapa kali mak aku call beritahu pasal sampul surat dengan huruf 'u' warna kuning tiap-tiap bulan sampai ke rumah..dan aku tak indahkan la cos ingat cuma 'brosur' promotion ke apa kan..dah memang aku tak pernah pun berurusan dengan syarikat tu.

Bila balik kampung tu..masing-masing jadi lupa pulak..tu yang bil tu tak kantoi-kantoi sampai la aku ternampak sendiri kat dalam bakul atas almari mak aku, masa cuti Raya Aidil Adha yang lepas..esy...saper punya kerja lah ni...sampai sempat mendaftar 4 kali tu...ye lah..bila kena 'blok' cos tak bayar bil jer..daftar baru pulak...yang aku pelik..boleh pulak daftar baru..no. ic kan sama, tak boleh 'detect' ker..bila aku kira ke 4 bil tu, jumlahnya hampir rm4000 jugak lah....adus....!

Teringin jugak aku nak tahu...siapalah punya kerja ye..cubalah gak call tanya kat no penerima panggilan dalam list bil tu..kot2 la diaorang tahu saper punya no tu..hampeh..! semuanya tak hengat....atau...! mereka saling 'cover' meng 'cover'...eeeeee menci lah..!..

Ah..dari buang duit cal sana sini..aku pun call la u-mobile centre nak tahu apa cer...!


yang ni salinan report untuk simpanan pengadu ye..

tu yang diaorang suruh aku buat 'police report' tu. Dari situ la jugak aku tahu tu 'penafian bil' namanya. So..kalau perkara macam ni jadi kat korang...tak yah la panik....buat jer 'penafian bil'..so sekarang ni semua sattle dah..lega....

* jangan korang sajer-sajer buat dajal..report bil yang korang tak nak bayar sudahhh!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan