Rabu, 8 April 2009

Pedoman

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak

Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.Rasulullah s.a.w bersabda:"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun.

Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?


*Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum.


*Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri.


*Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.


*Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran.


*Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan.


*Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan.


Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.

Isnin, 6 April 2009

Happy Birthday Bu...!



Happy Birthday Ibu.....!

Ucapan untuk diri sendiri ah tu..huhu..

Pendek kata tak yah nak buat 'reminder' ah..anak-anak memang ingat sangat bab-bab cam ni...As Usual...bila b'day je memang wajib ada kek.."Memandangkan ayah tak ada time ni...cukup lah dengan kek jer eh....tak yah ah ibu nak prepair menda-menda bagai..kita tunggu nanti bila ayah balik KL weekend ni ok"....(Dah siap dah 'mengapi' anak-anak demand ayah 'celebrate' b'day nih....paling koman pun belanja makan kan...huhuhu)


Tengok la dia orang ni....

Kek perisa 'Strawbery' tu..nyam..nyam..

Yang empunya b'day..kalau nak bubuh lilin atas kek tu pun tak cukup ruang..banyak tak banyak la lilin nak kena guna.. huhuhu..jadi, tak yah bubuh ah kan...so, tak de la adengan tiup meniup lilinyerrr.....

Nyam..nyam.....bab 'makan'..bagi je kat diaorang...

Selagi tak 'clear' lah.....huhuhu

Yang ni kita simpan untuk ayah eh..(bleh caya ke budak-budak ni..hehe)


Rabu, 1 April 2009

Beloon udara panas katanyer...

Aduhai...

Berkobar-kobar rasa bila tengok promosi belon udara panas tu...kat TV..paper..banner kat tepi jalan tu jangan katalah....macam best jer...Apa taknyer...first time kan ada kat sini...biasanya tengok kat TV jer..Siap boleh naik tuh..setakat rm 10 seorang..'perghhh!...misti orang berlumba-lumba nak merasa terapung diawan nan biru....dah boleh bayang dah...macam kat 'funfair' kot..beratur panjang-panjang gitu..Apa lagi..semangatnyer nak pegi hari tu..siap gi 'servay' tuh...cik le'a la punya idea....yang sama-sama 'excited' gaban bila dengar cerita member-member yang duduk quarters sekitar Putrajaya nih...best sesangat...macam-macam bentuk katanyer...dalam fikiran ni dah berlegar-legar je dok bayang 'ghrupanyer' dan dapat bayang dah bila dapat bawak budak-budak kat umah tu gi tengok..'bestnyer bu..'memang conferm ah...

Peliknya, bila sampai sana..tak nampak pun sebarang bentuk belon terapung...belon 'orenge' tu ada la..(merujuk pada belon bola yang sememangnya 24 jam terapung-apung) yang ada cuma gerai manjang..cuaca panas lak tu...mana gi belonnyer eh..?.so tak ape, kata cik le'a..apa-apa hal nanti kita call 'perbadanan' dulu...kot ada time-timenyer diaorang buat show...sungguh rupanye...pagi start jam 7.00am-8.30am.Petang 5.30pm-7.30pm katanyer...So apa lagi...esoknya kitaorg gi petang je ah kan....

Jam sekarang ni dah pukul 5.00 dah...Jalan jem jangan katalah..tutup sana, tutup sini..tak apa,perkara macam ni memang dah diagak dah..Cuaca memang maintain panaslah macam semalam...mujo lah ada econ dalam keta ni..kalau tidak...tak kan sanggup rasanyer...kereta ni bergerak macam siput rasanye...bila lah agaknye nak sampai ni...masa ni mula teringat teka teki...kenapa siput babi jalan lambat..?huhuhu..(lu fikirlah sendiri..!.)Lama tak lama la dalam kereta..budak-budak kat belakang sempat terlelap...lenanyer lah....

Akhirnya..!

Sampai juga tempat dituju...ramainya orang kat sini...semuanya datang dengan tujuan sama...dan sama-sama terfikir agaknye...'MANA BELOONN NYE..EH.'?..apa taknye..jam dah pukul 6.15 ptg nih...

Em..bab parking ....memang faham je ah kan..lastnyer..lalu je kat tapak carnival tuh..sambil-sambil dok tinjau..kat mana lah diaorang tiup belon tuh..tak nampak-nampak...Baby Qail dah mula 'boring' dah..serba tak kena gayanya...rasa dah habis idea nak pujuk macam mana...so..kitaorang pun terus keluar je dari tapak carnival tu....Fuh..! lega..lapang rasa bila dapat melepaskan diri dari kesesakan...Untuk bagi 'mood' pada Qail kita orang berhenti lepak kat dataran PJH..angin sepoi-sepoi sempoi je masa tuh...redap pulak tuh..maklum je ah..lewat petang kan..Qail nampak ok je bila keluar dari kereta...dapat la 'snap' gambar sket..ok gak lah..walau tak der beloonnyer...huhu..


Tengok la Qail tu...



Permata hatiku..

Senyum la sket Qail...


Rasanye adalah hampir 20 minit kita orang rilex kat situ...tengok pemandangan lewat petang ditasik Putrajaya cantik ya amat...selalu ada kat sini..tapi buat pertama kalinya berpeluang menikmati panorama indah, gitu..Kalau boleh janganlah melampaui waktu maghrib ,kami pun buat keputusan balik saja..Hah..! time tu lah kami dapat lihat BELOON pertama...terbang membelah langit biru...memang nampak menarik sangat...diikuti beloon kedua...ketiga dan tak muncul-muncul lagi....huhu...kalau nak di tunggu kesemuanya..rasanya kena sembayang maghrib kat dataran PJH ni la agaknye...so tak pe lah....apa pun tengok budak-budak nampak puas hati sangat...tak lah balik dengan rasa hampa kan...maklum je la....apapun macam yang dah dijangka... "Eiii..bestnyer bu'.......huhu..kan, dah kata dah..




Macam cari benda tersembunyi...dapat gak amek gambar beloon tuh...huhuhu

Shummmil oh.! Shummmill

Kenapa Shummmill eh..!

Comel sebenarnya...Kerana Miqhail lah ni...geram tengok dia..'comel' pun boleh 'shummil' jadinya..Yang best tu Qail pun tahu dah, dengar je 'shummmill' dia la tu...mula la tersenggih-sengih dengan buih yang tak lekang keluar dari mulutnya...Nampak macam permah je mamat kecik nih..suka menyapa sesiapa je dikelilingnya......

Wajah-wajah Miqhail ketika beberapa minggu dilahirkan.
dan lagi.....................

Sedihnyer lah..........

Urrrrrrrrgggh...!..asik tido jer kejanyer.....

Piwwwwwwwwit...rock tu....

Dah pernah jadi 'cover' majalah ko....

Yang OK..

dan Yang TAK OK...huhuhuhu....