Jumaat, 29 April 2011

JalanCariMakan~

Dari semlam lagi suda planning dengan Che Sue tengahari ni nak meronda jalan2 cari makan di Alamanda.. itulah tempat terhebat yang boleh kami pergi memandangkan kedua2nya pun minah 'rempit' je..kalau salah sorang dari kami ada kereta..mungkin boleh la nak melangkah jauh sikit dari Putrajaya ni ye...


Setakat ni conferm lagi nak makan kat mana, tapi semalam Che Sue ada sebut pasal 'Ayamas'..itupun kalau dia x berubah fikiran..hu hu..kalau aku senang je..janji boleh makan dan kenyang ..


So hari ni sesubuh sepiee aku dah bangun untuk sediakan lunch untuk anak2 balik sekolah nanti...pendek cerita, dah siap masak untuk lunch ..so tengahari x payah balik rumah cos nak melaram dengan Che Sue..:)


*sesekali...bagi la chance kat maknye pulak...hu hu hu

Selasa, 26 April 2011

:(

Bila semuanya terungkai..semangat ini seperti dibawa pergi..yang tinggal hanya keluh kesah dan kehibaan..akan ku mulakannya semula..meraih kekuatan dari hikmah takdir..


Ini adalah ketantuan..

Rabu, 20 April 2011

333YangCantik&AkuYangBertuah:)

Salam perkenalan untuk Nurul




Baru balik dari jalan2 di blog cik chubby ni..katanya masih baru dalam dunia blog tapi kretif je adik ni..lebih menarik aku merupakan follower ke 333nya ye..he he..memang cantik sangat2 nombo tu..dan nombor bertuah pulak..siap nak bagi someting tu...apa la agaknye ye ..:P




so ambil masa anda untuk jalan2 di blog adik ni ye..:)

Biar menjadi lilin


Biarku menjadi lilin, Memberikan cahaya, Terangi sekeliling dengan diri terbakar, Tak siapa yang sedar, Disaat kegelapan, rela aku berkorban, Demi satu harapan..

Biar masa berlari , Dan kau terus mendaki, Aku tenang disini dengan sabar menanti , Tanpa dendam dan benci , Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur , Kurawat biar sembuh..

Aku tak kan bertanya , Apakah nanti balasannya , Setiap pengorbanan setiap pemberian , Demi satu ikatan ,Keikhlasan dihati ,Walaupun kau ragui ,Pada suatu masa dan suatu ketika Akan ketara jua..

Biarku menjadi lilin ,Memberikan cahaya , Saat kau kesepian, saat kau kegelapan
Kurela menerangkan , Aku senang begini, dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri..


Selasa, 19 April 2011

Online banking

Sebenarnya aku memang lebih suka atau lebih menggalakkan semua para customer membuat pembayaran tempahan baju secara online ye..x kira lah maybank2u ke..cimb cliks ke..dua2 akaun pun aku ada..yang penting bank in gitu..apapun bagi yang ada la..x la sampai menyusahkan orang guna atm pulak kan..tapi zaman sekarang ni, setiap orang dah sepatutnya ada lah....dah ada kemudahan..gunakan je la..


Ini ialah bagi memudahkan aku menabung..bagus x..ini ialah cara dapatkan galakkan dari kawan2 untuk aku menabung...maklum je la, duit banyak mana pun x pernahnya cukup..lagi2 kalau ada dalam tangan..maka seperti air lah gamaknya..ada je benda yang nak dibeli..lain halnya kalau dalam bank kan...kira betul2 sesak baru g cocok...


Sekurang2nya dapatla gak aku merekodkan pendapatan sampingan bulanan aku dari hasil menjahit tu...selain dari tu..bila sampai masanya ada gunanya gak tu ...kot2 nak tunjuk statement kat bank la yang aku ada bisnes sendiri kan...bila sendiri tengok pun...fuh..semangat gitu nak berherja keras dan berhempas pulas..rasa berbaloi gitu tak tido malam ko...hu hu hu..tak le duit tu dapat ..dan terus habis disitu...x dapat dikesan terus...kan...


so kepada semua customer yang kukasihi...kerjasama kalian sangat2 ku hargai..lepas ni kita guna online banking je yooo...:)


Isnin, 18 April 2011

Sarapan Hari ini..


Hari ni pagi2 suda sampai ke Presint 15, ke Easy RHB print statement KWSP, terus ke Istana Kehakiman untuk dapatkan cop Pesuruh Jaya Sumpah..sebelum tu sempat singgah McD untuk beli sarapan..untuk aku dan jiran tetangga sekali...maklum le supplier sarapan tengah bercuti..selalunya standby atas meja dah..kali ni kena keluar p beli plk...:)


Khamis, 14 April 2011

Menengani 'STRESS'


Mengatasi 'Tekanan Perasaan' Mengikut Cara Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, tapi tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Takanan dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Tip Mengurangkan Tekanan

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-


Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.


Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


Cintai diri sendiri


"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

hha...macamni...oo..lo lo lo..cumill...

Khamis, 7 April 2011

Kisah hari ini.

Sebagai seorang tukang jahit dah semistilah macam2 ragam customer aku jumpa..ada yang cerewat..ada yang jenis x kisah..biasa lah tu kalau cerewet..kita bayo kan..walaupun ada yang tak kisah, tak bermakna hasil kerjanya cincai2 je...apapun semuanya misti aku buat sehabis baik..


cerita hari ini ialah..sebelum ini dah beberapa helai pun aku jahitkan baju hamba allah sorang ni..dengan ukuran yang sama..dan fesyen yang sama..tapi setiap kali baju tu ada je la yang x kena..itu biasa lah...salah aku jugak la tuh..lagi pun perkara kecik jerh..nak oter pun tak la amek masa sangat pun...lagipun dia ni sentiasa bagi aku peluang dan ruang..tak de la bila dah ada yang x kena tu...sekali tu je..lepas tu x tempah2 baju dah dengan aku..makin hantar banyak lagi ada la...ye la..mungkin kerana harga terendah dipasaran kot...:)


tapi kali ni aku rasa dia dah bagi aku bengang...sebelum ni dia kata baju2 yang dulu labuh dan kali ni minta aku pendekkan seinci..tapi bila baju tu dah siap..dia kata tak cantik pulak..dan tanya ada x lebihan kain untuk sambung..supaya nampak labuh sikit..maknanya dia minta aku buka balik..dan sambung lahkan...lepas tu siap kata..ukuran yang dulu tu sebenarnya dah ok..cuma dia yang gatal2 mintak pendekkan...so minta tolong aku oterkan baju yang ni...patut x dia buat macam ni...hurrrgghh...aku nak nangis lah....!


-out-


Rabu, 6 April 2011

Happy birthday..umi

Alhamdulillah..Selamat Hari lahir Umi..bersyukur kerana Allah s.w.t mengizinkan kau terus bernafas, menikmati hidup ini dengan tubuh yang sihat..bahagia ditemani suami dan anak2, mak bapak keluarga, dan teman-teman yang menyayangi mu..sentiasa mempermudahkan rezeki dan tidak sekali membiarkan kau dalam kesempitan..melapangkan dada dan tidak membiarkan kau tinggal dengan keresahan dalam tempoh yang panjang.



Alhamdulillah...... sesungguhnya aku bersyukur ya Allah.. didalam usha memenuhui kewajibanku sebagai hambamu.. dibalik tidak kesempurnaan dan kealpaan ..namun kau tidak pernah menjauh ya Allah...sesungguhnya aku terlalu yakin kau selalu mendengar...sesungguhnya aku semakin yakin kau mengetahwi segala isi hati..sesungguhnya aku sangat yakin dengan hikhmah disetiap ketentuanmu..kau ampunilah dosa2 kami ya Allah..Dosa2 ibu bapa kami..kau berikan lah rahmat dan petunjukmu kepada kami ..kau jauhkanlah kami dari kemungkaran..kau letakkanlah kami dilandasan yang benar..kau murahkanlah rezeki kami demi anak-anak kami, ibu bapa kami dan orang-orang disekeliling kami, kau jadikan anak2 kami insan cemerlang..kau jauhilah keluarga kami dari musibah dan keresahan..kau lindungilah kami dari hasad dengki dan iri hati dan kau letakkan kami dikalangan orang2 yang kau kasihi ya Allah...amin..amin yarabbal'alamin...



Jumaat, 1 April 2011

Bikin tensen...

Dah seminggu aku diganggu dengan bendaalah ni....bikin hangin je..dan dalam masa semingu ni gak budak2 IT usaha bantu aku selesaikan prob ni..tapi sampai la ni..bendaalah ni keluar juga..cuma sebelum ni lebih teruk penangannya..x bleh excess internet langsung dan kejap2 keluar menu ni...lepas tu komputer terus 'hang'..nak buat kerja pun susah..strategi bisnes yang menyusahkan orang..nak paksa2 beli antivirus dia pulak....ciss!