Jumaat, 29 Januari 2010

Akukah yang bersalah..

Entah...selalunya aku memang macam ni lah..bila direnungkan, mungkin ada pendekatan yang lebih baik. Tapi situasi selalu membuatkan aku susah untuk berfikir lebih wajar. Mungkin tekanan buat aku jadi macam tu..tapi bila difikirkan semula..macam lah aku sorang dalam dunia ni yang ada masalah ...rilex la kan...

Macam semalam lah...gara2 surat 'urgent'. Time tu jugalah orang yang sepatutnya dirujuk kebetulan ada taklimat bagai..as usual la offis ni..banyak sangat taklimat..beck up pulak aduhai...tak tahu kenapa, orangnya memang la lembut je..sedap pulak mata memandang..tapi cara dia beri 'respond' tu..

aku sebenarnya tak kisah sangat soal 'lembab'..maksudnya 'melakukan sesuatu perkara itu dengan perlahan'..kerana aku memang faham sangat sesetengah orang memang jenis macam tu..tapi bila 'lambab' tu ditambah dengan 'lewa'...dengan bonus kuat 'berkhayal' lagi...tu yang buat aku tak tahan tu..untuk sesiapa yang sama bidang dengan aku ni..memang selalulah kena berurusan dengan hamba allah ni..tapi aku tak tahulah..mereka ada masalah yang sama atau tidak...atau, mereka dah biasa...ye la..aku kan baru je kenal dia...dan yang ni dah 2nd time aku terkena..

Masa aku masuk je dalam bilik tu semalam..macam biasa lah, tetamu x diundang kan..so minta lah tolong...
aku:bla..bla..bla..cari surat..bla.bla..
dia:computer depan tu..dia x der..pergi taklimat..er...password macam dulu jugak..

aku start la terpinga2...pasward macam dulu..??eh..bila pulak aku duduk sini..dan bila pulak aku kena ambik tahu pasal PC tu..ok lah..aku cuba lah jugak godeh PC tu..

aku:password apa eh..(aku dah gabra nak cepat..hati pun dah start berasap)
dia:bla..bla..bla..

aku pun godeh lagi..error jugak..darah aku dah start naik ke kepala

aku: eh..boleh tolong cepat sikit x...saya tengah urgent ni tau...

ha...kan ...'hangin'..aku dah datang...time tu la..dia baru mula bagi respond yang sepatutnya jadi 'responsibility'nya..masih dalam keadaan 'tenang' dan 'perlahan' juga...

'Allah HuAkbarrrrrr'...(dalam hati aku)..

Bila insiden tu berlalu...persoalan bertalu-talu datang dalam fikiran ni...KETERLALUAN KAH AKU..?...dan....perlukah aku minta maaf..???....urrrrggghhhh!..


Selasa, 26 Januari 2010

MMR untuk Miqhail


Hari ni appointment Miqhail di Klinik Kesihatan Kanak-Kanak Bandar Tun Razak.

Seawal 7.15 pagi kami dah sampai dah..dapat no. 5 tu, oklah..macammana pun 7.30 pagi baru pintu dibuka, so sementara tu beramai-ramai la tunggu diluar.

Qail yang encem...

Suasana ok je pagi ni...lebih2 lagi mood dak kecik nih...masa datang sebelum ni , belum pandai jalan lagi kan..so hari ni bebas la tinjau sana sini...

Sebelum tu kena timbang berat dan ukur ketinggian

Sila buka kasut dan pampers anda ye..

Qail sementara menunggu.. em..ramainya baby ari ni...

naper x senyum ni..

Adik ni Rasif namanya..hyper sungguh budak ni..baru 2 tahun lebih jer..tapi kuat macam budak besar..bagi dia mungkin nak berkawan la kot dengan Qail...tapi terkasar la pulak..

Tengok, bila tiba-tiba je dia datang dan tarik Qail...lepas tu peluk dan cium sekuat hati...aku pun terkejut...apalagi Qail....menangis la dia...

Lepas dari tu aku dukung je Qail...memang tak boleh letak..misti Rasif datang pada dia..ada tu dia tarik tangan Qail masa dalam dukungan aku..sekuat hati sampai nak terlepas dari pegangan...hushhhhhh!....bio betul budak ni...dah satu klinik bergema suara Qail menangis ...lepas dari tu mak dia tak lepaskan dah...menangis pulak meronta-rota..adeh...bukan aku jer...tapi semua yang ada kat situ tertumpu pada dia je...lasak betul..!

Tak lama tu tibalah turn Qail..nurse ni baik sangat..semua ok, berat badan naik pun ok, ari ni Qail kena inject MMR ye..untuk dos ni, lepas seminggu baru demam tau..masa tu baru beri ubat.

masa tunggu giliran untuk injection..

mana nurse ni..Qail dah merengek nak tidur dah ni...

Tiba juga giliran Qail untuk inject...belum cucuk lagi dah menangis dah cos memang kena pegang tangan dia kuat sikit..maklum la jarum kan...takut dia meronta kang..patah pulak...menjerit jugak Qail masa inject tu..tapi sekejap je la..bila dah nak keluar tu siap bye2 lagi kat nurs ...bye...thanks ye...!

Isnin, 25 Januari 2010

Bidai oh bidai

Tetiba jadi excited nak beli pulak, bila terjumpa bidai masa beli barang dapur kat Carefour minggu sudah.

Yes...hanya kerana 'hijau'....

Asalnya, memang tak ada dalam senarai benda yang nak dibeli pun..itulah...pentingnya bila masuk ke pasaraya dan terus tuju je ketempat yang perlu...tak payah nak round2 dulu..bila dah ternampak itu ini, ha....dah jadi lain pulak ceritanya..tak kisah sangat dengan warna lain yang ada kat situ..tapi bila ternampak 'hijau' je..tak fikir dua kali dah...terus je dapatkan ukuran sesuai untuk tingkap dapur aku tu..

Sampai je kat rumah..bidai tu juga la yang dibuka dulu..'hijau' memang cantik sangat dimata aku ni..'nak pasang hari ni jugak'...abby memang saboo tul bab melayan aku yang tak reti nak bersaboo nih...he he

Sayang sangat..entah macam mana boleh tak perasan tersangkut pada kepala paip sink...sensitif sangat rupanya 'slice' bidai nih, buat daripada apa tah, aluminium ker...??.terus je bengkok..puas dah gosok2..urut2 nak bagi lurus, tapi tetap macam tu jugak...urgggh..!tensennye..buat macam mana pun tetap jugak nampak regangnya...bila tutup baru nampak ok sikit..tapi tak ada maknanya la kalau asik tutup je kan..

Ei...buat sakit mata je..

Bila tutup, baru nampak ok sikit..

Em..oleh kerana nak rasa berbaloi membeli, aku usahakan la jugak baiki bidai ni. Turunkan semula dan leraikan. Buangkan 'slice' yang bengkok tu dan tukarkan dengan slice baru yang aku ambil dari bahagian bawah sekali bidai tu..Bunyinya macam senang je kan..tapi rumit la jugak nak siapkan..Aku ni memang pentingkan kesempurnaan...akhirnya berjaya juga..


Ha..tengok la hasilnya..cantik je bila dibuka..

Cantik juga bila ditutup semula..hem..barulah boleh senyum..hu hu hu

ni slice yang aku buang tu ye..

Jumaat, 22 Januari 2010

Insurans

9.30 pagi tadi ada taklimat Insurans oleh Cuepacs di ofis aku .
via Great Eastern ye.

Cuepecs lancarkan khas skim insurans ni untuk kakitangan awam, cos kami memang tak di cover 'socso' kan. Ok n aku apply jugak walau dah ada 'prudential' cover. Ahli keluarga pun boleh memohon, suaratnya ibu atau ayah mistilah ahli dan yang pasti kakitangan awam. Yash dan Yin abby aku dah applykan insurans 'aviva' dari Cimb, so sekarang aku apply untuk dia dan Qail je lah.

Bulanannya berpatutan n boleh pilih mengikut kemampuan . Bagi aku lebih sebagai persediaan dari sebarang kebarangkalian, dan untuk simpanan jangka panjang. Bila difikirkan, untuk kemudahan kita sendiri juga kalau terjadi perkara x dijangka..biarpun aku selalu doa pada allah, moga2 lah.... dijauhkan...

u'olls dah aply ke..???

Khamis, 21 Januari 2010

Terkurung..??

Kisah ku semalam..

Pernahkan korang laluinya..???
Semuanya terjadi bila kelmarin yash kehilangan kuncinya di rumah..masa nak g sekolah tu, baru kecoh2 cari kunci yash mana...ibu nampak tak kunci yash....

Bila pagi2 baru nak kalang kabut, aku mula la..kalau dilayan ni..nanti jadi motivasi pagi bersambung dengan kualiah subuh pulak..jadi tak nak kecoh2 punya pasal, x per balik nanti baru cari, nanti ibu tinggalkan kunci Ibu kat rumah cik mai (mak pengasuh Qail).hari tu berlalu baik2 je..dan malam tu yash dah jumpa semula pun kuncinya.

Punca kes semalam bila kami sama2 lupa, aku terlupa dah beri kunci pada yash, dan yash pun lupa beri balik kunci pada aku...maknanya yash pergi sekolah dengan bawak sekali kunci aku..siap manga dari luar lagi..(macam kebiasaannya)..pagi tu aku bersiap macam biasa..siap dukung Qail bagai, sampai depan pintu jer..raba2 kunci dalam beg tak ada...tinggggggg! baru teringat, kunci aku pada yash...itulah ceritanya..hu hu hu...dan tak pasal2 aku amek EL semalam.

Seharian aku habiskan masa dalam tahanan dirumah dengan melayan Qail yang sekarang ni semakin lasak ya amat..asik nak main je dan dah kurang tidur pulak....kalau tidur pun sekejap jer..dan masa tu juga lah nak sattlekan semua kerja....sempat jugak jait kain sikit2..sampai la ke pukul 2.30 petang..Yash pun sampai rumah...

EH......IBU TAK KERJA KE...????....(hangin je aku....hi hi)

Isnin, 18 Januari 2010

Suspense je..

Suspense jerh..
Hari ni xtvt aku banyak diluar...berpeluh juga ke sana sini urus perihal 3 permata hati aku tu...Mula2 urukan taska untuk Qail..lepas tu ke Pejabat Pendidikan Putrajaya follow up borang2 pertukaran sekolah yang dihantar sejak jumaat lagi...itu pun kena tunggu lagi...tak siap2 jugak..adeh..tensen.....

sebab tak kuasa menunggu, dan malas la nak gesa2 orang supaya cepat, cepat n cepat..aku buat la keputusan balik ofis jerh dulu...elok jerh aku sampai kat lift ofis, diaorang pun call..

PPP: anak puan bla..bla..bla..
aku:ye...
PPP: dua beradik ye puan, permohonan arrin nur diyanah diluluskan ye, tapi muhammad arasy daniel tidak berjaya kerana kelas dah penuh untuk tahun 6.
aku: (adus!)....ye ker..tak pe, nanti sampai ofis saya call u semula
PPP:ok, terima kasih..

Aku apa lagi, time tu juga ke sana-sini tanya pendapat member, apa gaya surat aku nak buat untuk rayuan....dah sah, diaorang akan suggest sekolah jauh dari rumah. fikiran aku dah meligan macam mana gaya aku nak mengulang menghantar yash pagi ,sedangkan malamnya aku di KL untuk Qail. Qail pulak kena tunggu penempatan siap mungkin pertengahan februari..maksudnya, masa tu lah baru aku pindah dari rumah tu sepenuhnya..eee..pening lah....

Bila siap je draf surat , aku pun balik la semula ke Pej. Pendidikan Putrajaya untuk dapatkan borang kelulusan pertukaran...dan peliknya, aku kena tunggu lagi...la, dah call pun tak siap2 lagi..rasa tak dapat nak sorok 'jengkel' dalam hati aku ni...tapi nak buat macam mana..kita dalam jabatan orang kan...kena sabbbarrrr aje lah...

Jam tepat pukul 5.00 petang, staf kat kaunter tu pun nampak dah mula berkemas...dah tak ada sapa lagi dah kat situ..kaki semakin kuat aku goyang...ada makna tu...tengah cuba sabar........tak lama tu datang sorang staf hantar dua borang ke kaunter...dan terus pada aku...

PPP: maaf lambat ye puan..
aku: tak apa lah...(cover)
PPP: yang ni..bla..bla..bla...
aku: eh...berjaya jugak..!
PPP: kenapa puan..? berjaya lah..
aku: tadi ada orang call, kata tak berjaya..
PPP: tak puan, semua ok..
aku: alhamdulillah..terima kasih sangat..

lepas tu..aku balik lah dengan leganya................... berkat bersabar agaknya kan..??? he he

Selasa, 12 Januari 2010

Kesedihan..

Jam sekarang ni baru free..

Jalan2 ke blog sana sini..ikin call suruh aku tengok satu blog ni..cerita sedih pasal kehilangan 'permata hati'..aku tengok juga sekejap..tapi tak sampai hati lah nak baca..aku ni takut dengan kesedihan...aku save je cerita tuh...esok2 nak baca jugak..

Kat ofis ni, ada dua orang kawan aku, anak kena tahan kat hospital....anak orang yang masuk wad..hati aku pun ikut sama berdebar2...sorang tu dalam ICU..ya tuhan...kalau aku datang ziarah pun, mungkin jumpa dengan parents dia jerh...memang tak sampai hati lah nak tengok keadaan budak dengan wire berselirat sana sini....

Bila tengok gambo anak2 aku..rasa bersyukur sangat diaorang sihat walafiat..semoga allah sentiasa melindungi mereka dari bebanan kepayahan....amin...


Rabu, 6 Januari 2010

Jeat Hing Home Furniture

Kisah semalam..

Aku ikut Lea dengan ikin survey dan beli perabut....pergh..! Le'a bersemangat betul, maklum la baru dapat Kuarters baru. Sambil tu aku pun tinjau2 lah sama, bagi sikit2 idea dan pandangan..dah macam pakar dekorasi pulak..hu hu hu

Konsep nya moden, gabungan warna gray, hitam dan putih...memang cantik..barang pun berkualiti tu..(ehem..tengok la harga eh..) tapi aku tak snap gambo pun...leka dan lupa langsung..apa taknya mata dah rambang dengan perabut cantik sana sini...

Sekarangni, diaorang hias rumah ada konsep2..cerita pasal konsep..rasa nak gelak jer bila ingat konsep kat umah aku..konsepnye 'Carca Merba' ha ha ha...aku ni senang jerh...tengok cantik harga mampu...pendek kata 'berbaloi' baru beli.....

Tengok orang lain memilih dan membeli, aku pulak yang tumpang seronok, siap ada konsep2 g...hemmmmmm..memang best lah...cap 'jempol' untuk Le'a ye..complete satu rumah tu.

Selasa, 5 Januari 2010

Qail yang gayat

Kelako betul tengok Qail...budak kecik pun tahu gayat gak kan...
Memang la sebelum ni rumah kami, walaupun tinggi tapi tak ada balkoni..tak boleh la nak keluar, tengok2 bawah ke..Mula tu aku x perasan g..tapi mula sedo bila dia tak keluar pun walau 'sliding door' dibuka luas..setakat situ je dia pusing2..lepas tu berdiri lama pegang gril..tak jejak pun ke balkoni...yin la yang perasan dulu, 'adik takut ke'...

Saja nak test dia..

Tengok, cuak tul bila aku lepaskan

Cepat2 dia lari dapatkan gril pintu..

Fuh...selamat...

Mana 'bungi api' nye...

Ha ha ha.....wa kena beb...!

Sebelum tu aku lupa pulak nak wish kat u'ols semua......'HAPPY NEW YEAR' ye...bangaimana dengan azam tahun2 lalu...dah terlaksana ke....dan macam mana pulak azam 2010 ni ???..setiap kita memang kuat berazam, tapi itulah..nama pun azam, nak laksanakan tu bukan suatu yang mudah...tak pe aku faham..:P

Bila 'NEW YEAR' je, misti ada 'count down'... memang seronok la..bunga api tu yang buat meriah tu..'gebbbbbbabbbbbommm'....dengan berbagai warna dan variasi jugak...anak-anak la yang excited...ye ke...aku ni kot yang lebih......wa ha ha..

Plan asal memang la kami nak jugak tengok bunga api tu..tak kira la kat mana lokasi..tapi nak tengok dari dekat gitu...tak nak dari jauh..barulah puas hati kan....macam mana pun ayah awal2 lagi kata tak nak area KL..'JEM..!' katanye....jadi aku pun usul lah

aku: apa kata kita tengok kat PICC je..boleh singgah tengok rumah sekali..
abby: owh, kat sana ada ke...ok lah..
aku: ada...boleh tengok dari dekat lagi...

anak-anak eppyy je...

So, kami singah la rumah kejap sebelum keluar tuju ke PICC dalam 11:45 macam tu..jalan ok je..clear...sampaila ke Banguna Perdana Putra..'stop' terus, x gerak. Polis trafik ada sana sini..kereta banyak ya amat..nak tengok bunga api kan...kami pun park la keta kat tepi jalan je sebelum menapak ke jambatan..ramai tu yang datang...suasana meriah gitu.....

Tak lama lepas tu 'gebbbbabooooommm' bunyi bunga api dari KL..dengar bunyi je, tapi tak nampak apa pun..owh dah tepat kul 12:00 rupanya..'Eppy New Year semua'.....ceh..sambil dok tunggu jugak bunga api dari PICC tak muncul2 ..15 minit berlalu, satu demi satu kereta beredar..satu bung api pun tak meletup lagi.....20 minit berlalu....

lorh...conferm x ada ke nih....

Abby aku dah gelak-gelak dah....

Ei..Nyamppah tul .....

Jem sepanjang jalan.

Perdana Putra ditelan gelam malam..(betul ke ayat ni..)

tengok ah tu..gelak-gelak..gerrrrrammmmmm...

'Side mirror' bikin hati panas

Grrr.....geramnya bila pagi ni tengok2, 'side mirror' WQA aku lesap g...pelik sungguh budak-budak kat sini tau..kalau bab 'sebat' harta benda orang lain..memang dah jadi 'habit'..cuba la korang bayangkan..belum sampai seminggu tau aku beli baru...cuma bezanya kali ni..ambik sebelah je..mujolah sebelah kiri..kalau kanan..susah la..

Akibatnya pagi ni, aku naik motor dengan sebelah cermin je. Sudah..rasa pelik pulak..dah tu mata ni mulalah, asik2 melilau pada motosikal lain yang pintas aku ..'er..side mirror korang ada dua2 ke'..dalam erti kata lah..

memang pun..sepanjang perjalanan aku sampai ke ofis..aku jumpa tiga motosikal dengan keadaan sama....misti senasib dengan aku ah tu....
ei..menci lah..

Setup rumah baru

Weekend lepas kitaorang datang la setup rumah..cuci2, angkat barang2 sikit , pasang lansir..seronok tu, masuk rumah baru kan...hu hu

Pemandangan dari rumah kami

Yash pun kena tolong jugak, bab cucuk besi kat lengsir ni..aku memang x berapa gemo...

Yin kena susun pinggan mangkuk

Langsir satu rumah ko...tak siap-siap...

Abby aku yang rajeeeeeeen...hu hu

Tak caya, masa ni aku dah rilex2 dah ni..

Yash tengah melayan Qail..