Selasa, 30 November 2010

Lelaki syaitan

Aku baru je buat N3 'tentang lelaki' tadi..dan lewat petang ini terjadi insiden, juga berkaitan lelaki 'GILA' ditempat ku sendiri.


Putrajaya juga 'BUKAN' bandar selamat..dan sebanarnya bahaya bagi perempuan ada dimana-mana, berhati-hatilah dan sentiasa sensitif tentang siapa yang ada disekeliling kita. Lebih baik berwaspada kerana leka sedikit mungkin membawa bahaya.

Awas dengan lelaki bermotosikal, bergaya penjawat awam, kurus tinggi dan berhelmet merah. Syaitan ini sentiasa melilau mencari mangsa. Dia mungkin ada dimana-mana, dibelakang kereta atau motor kita, mungkin sedang menghampiri anak2 gadis kita.


Jangan berjalan bersendirian atau berada dalam keadaan berisiko


Sama2lah kita menjaga keselamatan diri.



Tentang Lelaki

Kedua2nya bergelar suami..


Kisah kedua2nya terpapar dalam paper hari ni..


Sanggup membunuh


Mohafri Mohamed, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39,Dia dan kekasihnya mengadakan hubungan seks di dalam bilik utama dan pada masa yang sama mayat isterinya berada dalam almari pakaian ...ish..@#$%..*!@&%@..


dan terbunuh...


Helmi Husain, 37, baru sahaja menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.



notakaki: Rambut je sama hitam..tapi hatinya lain-lain...sambil jeling kat orang sebelah..=P

Pagi yang boring..



Customer minta oter baju cos terbesar...macam mana x besar kakak..dah contohnya pun besar...urgggh...dia kata salah bagi baju contoh..bagi balik baju dengan baju contoh yang lain..kecik sikit...

notakaki: aku macam nak nanes.....

Polis buat aku nerves..

Semua gara-gara road tax dah expired 26 Nov lepas...kalau la 'datuk' tu tahan dan tanya road tax aku...x pasal2 kena saman g..dah la ada dua saman tet!!..adeh..peliknya time road tax mati..time tu le rajin pulak polis operasi..

Kat mana la agaknya aku letak gran moto aku nih..kat ofis x de..kat rumah x de..sudahnya kena g JPJ jugak la ni..katanye kena RM20 untuk gran baru..terpaksalah..:(

Isnin, 29 November 2010

Kunjungan Keluarga..

Alhamdulillah seperti yang dirancang, majlis dirumah Kak Long berjalan lancar, cuma Kak Uda Miah dan keluarga je x dapat hadir..x pe lah..kalau la dia kat area N9 atau Melaka, boleh la jugak gagah nak g ambik ke..tapi nak buat macam mana..dah x de rezeki dia nak datang majlis ni..


Nampaknya kali ni Kak Long aku nampak rilex je..dah 2nd time kot..dah ada pengalaman buat kenduri kan. Kalau masa 1st time dulu, nampak risau jerh..apapun mak dah datang seminggu lebih awal dah..so bila mak ada..tenang la sikit hati..mak x perlu buat apa pun..jadi penasihat pun dah memadai..ish..bila bercakap pasal kenduri kawin, banyaknya perkara nak kena fikir...satu hal g..banyaknnnyeee.. 'duit' nak kena guna...hu hu hu..


Selesai majlis petang tu..selesai je berkemas apa yang patut, kami pun balik lah..mak dah balik lebih awal dah..maklum lah tumpang kenderaan saudara mara kan..bapak dengan adik aku 'Yong', dan diorang sempat singgah Putrajaya dan tidur semalam dirumah. Macam tu jugak dengan Kak Ngah Ani dan Famely..seronoknya bila adik beradik datang rumah..bab menyembang paling syok sekali..ni pun Abang aku x sempat nak singgah..kalau ada misti lgi gamat rumah tu..bukan senang dapat berkumpulkan ramai2 macam tu..ni pun puas aku memujuk Bapak ajak bermalam..orang tua kan..risau sangat nak tinggalkan rumah lama2.


Kami tiba di Putrajaya malam cos jalan KL jem sana sini..bawak pun slow2 je...alahai...bila sampai je, ajak la diorang menikmati pemandangan malam sekitar Putrajaya..itu je la yang sempatnya..cos masa yang terhad...


Pagi esoknya lepas breakfast je, Kak Ngan Ani nak bertolak balik dah..tahan dulu Bapak, sekurang2nya makan la tengahari dulu baru bertolak balik..sabooo je orang tua tu tengok gelagat aku nih..hu hu hu..sementara tu aku minta Yin dan Yash bawak sepupu2 diorang mandi kolam kat Kompleks Kejiranan Presint 16, elok je nampak dari beranda rumah aku..diorang dah excited sangat nak g..sian pulak....aku n abby prepare la lunch kat rumah.



Bestnya mandi kolam...Arif x turut serta sebab masih selsema..kang terminum air kolam bagai..lagi la panjang cerita mamat kecik tu..


Nisa dan Akif yang cummil..

Selepas solat zohor diorang bertolak la balik ke JB..Alhamdulillah selamat sampai sebelum Maghrib...lama jugak perjalanan tu..banyak berhenti la tu kot....

Jumaat, 26 November 2010

Mertua Vs Menantu..

Dah seminggu gak rasanya hati aku ni berbuku... kalau nak dikira..dah lama jugalah isu ini..tapi sejak dua menjak ni..ewah..semakin menjadi2 pulak..semakin blink-blink pulak dia..tu x tahan nak membebel tu..

Aku ni ada mertua jugak..cuma menantu je x de lagi..tak tahu pulak nasib nanti dapat menantu macam mana..so x nak lah sebok2 sengat ambil tahu urusan kain dalam orang lain..tapi tu lah..pedih berair mata mak ni...tak cukup dengan tu...sakit hati nengoknya..

Susah nak bercakap pasal golongan2 orang beriman ni..kalau nak diukur aku ni..orang sederhana je..iman pun mungkin x sekuat mana..kesabaran apa lagi..apa yang aku ingin sampaikan ialah..."TAHU LA NASIB KO, KALAU JADI MENANTU AKU..!!"....he he he...itu bila tengok nasib orang lain...aku mohon dengan Allah...permudahkan lah urusan aku dengan bakal menantu aku nanti...aminnnnnnnn...

Bertuahnya punya Ibu mertua sabar...cuba jugak memahami..walau dalam hati puas berkata-kata..puas mencongak..mengapa?..mengapa? dan mengapa?...Alahai anak...hish..susah la aku nak menyusun perkatan bermadah2 ni...cakap terus terang..lebih senang lah...

Wahai anak...aku tahu la ko sayangkan bini...ye la..bini cantik..manja gila ..liuk lentok lagi...aku paham sangat...ko tahu x mak ko tu sayang sangat kat ko..kerana sayang dengan ko..sebab tahu dan faham kelemahan ko..tu yang dia memendam rasa tu...ko jangan lupa...orang tua tu ada perasaan...jangan ko ingat..nak suruh semua orang jaga perasaan ko dengan bini ko je...meluat tau x.. nengok nye...

pelik aku nengok bini ko nih...nak kata banggang..belajau sampai ke U nun...pegang ijazah..lain la macam aku ni..SPM je..tapi masih boleh fikir la apa yang patut..apa x patut..nak kata tak tahu hukum..tak mungkin...mak bapak bukan orang calang2..nak kata buat ceramah, beri nasihat pada orang sampai x cukup tanah kat Malaysia ni...nun tah kemana2 ober si diorang pegi...tapi anak perempuan sorang..yang selalu duduk celah ketiak..tak pulak diceramah...pelik lah....hish...

Ye lah..ko kan orang beriman....bini kau pun kan...?...tapi kau x perasan ke...dalam baik bini ko tu...dalam lembut dia...dalam baik mak bapak mertua ko tu..diorang robek hati suci mak ko???...sejak dari mula nak kawin lagi tau..ke ko buat2 x tau...ko ingat benda tu semua boleh disimpul dengan redha dan sabar je ke....pekong bini ko tu boleh ditutup dengan maaf mak dia je ke.??haduyyai....kesiannye mak ko.....sampai bila????..nak tunggu bini ko matang???..kalau umo macam sekarang x matang lagi...nak tunggu 50 tahun ke baru nak matang???..

Ko tu kan lelaki...(ye ke???)..sebagai lelaki beriman ko pun lebih tahu 'hukum' kan...buktikan le ko tu lelaki...kalau pun x dapat jadi menantu sempurna..ye la mana ada orang sempurna kan...jadi la apa yang boleh orang kata 'patut' sebagai menantu...ingat sikit, kita ni kawin bukan dengan 'lelaki' tu je...misti la dengan keluarganya sekali...kalau ko x nak orang pandang bini ko macam perempuan simpanan la kan....:P..


Aku ni..sayang tau kat ko...sebab tu aku bising nih.....



Hurrrrrrrmmmmm...leganya aku dapat membebelllll....:)

Ahad, 21 November 2010

Hati bersatu di Alor Setar

Hari ni, Jumaat 19 Nov..konvoi kami bermula selepas solat jumaat menuju ke Utara. First time trip ke Alor setar. Asalnya nak berkumpul dirumah Kak Long dulu..tapi memandangkan abby aku tiba dari Lumut lewat, janji bertemu di hentian Tapah sekali berhenti untuk solat Asar..Sepanjang perjalanan diiring hujan lebat dan angin kuat... kalau reda pun sekejap2 je..tengok tempat..so memang x bleh drive laju lah..jeling kat meter keta.. x sampai 80 km/j pun..huh..bila la nak sampai kan..300++km lagi tu....


Bila cerita suasana dalam kereta, maklum je la bila dah lebih dari 4 jam..hanya aman bila Arif tido je..kalau x..ha ha ha...stress je ayah dia..tapi nak buat macam mana kan..sabarr je la..Malam tu kami tidur di Gurun..dirumah kawan Kak Long yang bersungguh2 nak tumpangkan kami bermalam dirumah sebelum ke Alor Setar esoknya. Jarak dari Gurun Ke Alor Setar x sampai sejam pun. Esoknya seawal 9.30 pg. kami bergerak ke Alor Setar untuk majlis Nikah.


Sawah bendang luas terbentang...banyak Banglo di tepi sawah kat sini...

Berhenti di Kompleks Al-Bukhari

Sementara menunggu dijemput ahli keluarga pihak perempuan, daripada sesat.. lebih baik minta tolong diorang jemput je kan...

Ayah dan Yin

Aku dengan Kak Long

Majlis akad Nikah

Acara membatalkan Air Sembahyang


Kami da kawin!!!

Dina yang sangat cantik...

acara makan beradap

Khamis, 18 November 2010

Sepetang Aidil Adha di PD

Sementara menunggu abby aku selesai gotong royong melapah Lembu korban, kami dirumah prepare la apa yang patut untuk dibawa berkelah kat pantai PD..lamanya x kesana..sejak ada Arif la..walaupun cuaca mendung, sekali sekala berselang hujan dan gerimis, semua tu x mematahkan semangat kami yang dah memang bab2 jalan tu sentiasa bersemangat..ahe he he..

masa ni on t way ye...

anak2 yang memang x reti diam bila dalam keta...pelik mak..kadang tu hangggggin je..

Arif dah pandai 'buat muka'..time ni baru je sampai..x tahu apa dia x puas hati dengan yin...ahe he he..

rilex jap..cos masih gerimis...

x yah la bentang2 tikar bagai ye..lagipun masih gerimis dan lagi tikarnya pun terlupa nak bawak.. dalam but keta pun ok gak..(berkemas bukan main..tertinggal jugak sudahnye..)

hujan2 dengan ice cream...dah namanye budak..

arif...x boleh miss..

bila gerimis reda..apa lagi..semua berlari ke pantai la...

arif yang excited..1st time g pantai..memang tak takut paper dak tecik ni..

bila kena paksa dengan yin untuk bergambar sesama....he he

yin n yash..yang eppi...

apa lagi la budak2 ni...

arif syok baling2 pasir, batu dan apa je yang ada kat situ kelaut..

enjoy je arif..

tengok tu..comotnya arif...


ayah pun x ketinggalan..

i love you...4 all followers n friends...

mandi untuk bersihkan pasir kat kepala..dan baju


boleh terjumpa botol pulak...sambung main air lagi..


Yin n ibunye..sempat lagi sebelum bertolak balik...

Salam Aidil Adha~

Dikesempatan ini 3D ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua followers2 3D, kawan2 dan semua pembaca Islam keseluruhannya. Semoga kehadirannya akan membuka lembaran baru dalam hidup kita semua, diberkati setiap pengorbanan yang telah kita lakukan selain beroleh rahmat kesejahteraan hidup di dunia dan ikhirat, insyallah dengan izinnya.

Seperti yang menjadi lumrah, bila tiba saja Aidil Adha, dimana2 saja ada lah lembu yang bakal dikorbankan, kadang tu bukan setakat seekor dua, Alhamdulillah sekarang ini lebih ramai yang berkemampuan, apa yang lebih baik..lebih ramai yang sanggup berkorban..

Dalam ertikata lain, pengorbanan itu bukanlah setakat wang ringgit saja, tapi 'skop' pengorbanan tu lebih luas sebenarnya. Lebih2 lagi dalam mencapai cita2 kita sebagai pencinta keamanan dan keharmonian dalam negara. Dalam mencapai wawasan gagasan 1Malaysia, dalam mencipta sebuah perpaduan, semuanya takkan tercapai tanpa 'Pengorbanan' dari semua masyarakat negara ini yang jelasnya berbilang bangsa dan fahaman selain mempuanyai agenda dan kepentingan masing2. Namun, demi perpaduan dan keharmonian, masing2 tetap sanggup berkorban untuk turut sama menjaga kepentingan pihak yang lain juga. Insyallah.. pengorbanan itu pasti kan berbaloi.. berbaloi kerana apa yang kita nikmati kini, belum tentu mampu dinikmati negara lain. Pastinya kita sangat bersyukur...

Ye...adakah aku sedang menulis 'speech'...???:P
Apapun, aku sengguh serius tentang 'Pengorbanan' ye..

Macam kat tempat aku ni, tahun ni 3 ekor Lembu yang dikorbankan..tempatnya dibawah blok aku je....Arif pun x yah susah2 turun kebawah untuk tengok..memang boleh nampak dari beranda rumah. so..aku cuma hantar 'yash' je untuk jadi kameraman kat bawah..

ini ialah Lembu no. 2..:P..bukan senang nak jatuhkannya..nampak je x berapa besar..tapi memandangkan mungkin dia tahu nak di sembelih..berusaha sedaya upayalah dia untuk ..lariiiii...ye la kan..kalo korang nak????

apa yang aku dapat rasakan..waktu ini dia sudah 'pasrah'..

lebih 'redha'

semuanya bermula..dan berakhir disini...Alhamdulillah...dan dia terus ke syrga Allah...

sessi melapah..

selepas ni, daging2 ditimbang dan seterusnya proses membahagi2 kepada penduduk..

Dimana2 juga ada kekurangan...kerana manusia itu tak kesemuanya ada yang sanggup berkorban..lebih2 lagi soal 'nafsu'...Dalam soal pembahagian daging korban ni...sangat sedih sebenarnya bila ada desas desus ujud ketidakadilan disitu.. kepada yang dipertanggungjawabkan..bukankah itu amanah??..bila bercakap tentang amanah..buakankah ada yang terbeban dibahu mu??...dan kalau kau ingin tahu..bebanan itu sebenarnya sangat berat..bukankah kita semua menyedari?? selainnya hanya Allah maha mengetahwi...namun bagi aku...andai itu menjadi hak ku...dan kau terambilnya...maka akan ku halalkan....janganlah kau bimbang..tapi orang lain macam mana ye????...

Selasa, 16 November 2010

Haduyaii Manusia...

Bila menyentuh tentang manusia, rasanya perkara yang paling hampir dan kerap melekat pada diri ialah sikap malas. Selain dari x faham2 bahasa, anggap diri itu 'diva' dan banyak lagilah perkara sebenarnya kalau tidak dihadapi dengan rasa kesabaran yang tahap gaban tingginya, akan membuat perasaan manusia lain mendidih dan meledak. Rasa mual dan meluat itu lumrah..umpama manusia sungguh suci, aku belajar untuk tidak banyak berfikir tentang manusia lain demi menjaga keamanan dunia ini. Tapi sampai bila, kerana aku ini bukanlah tunggul kayu, mahupun batu bata tidak bernyawa.

Lihatlah ke mata aku ini...air muka yang tidak mampu kau baca dan terjemahkan tentang siapa aku yang sebenar. Disebalik senyum dan tawa, disebalik yang sering terpamir kelambutan (kot??)..rasanya telah menutup perhatianmu tetang keupayaan aku untuk...bertukar!!!!..:P

Adakah aku ini hipokrit..atau kerana tahap kesabaran itu ada batasnya. Adakalanya aku masih keliru..haduyai manusia..dan juga perempuan..ditanganmu itu bukan harus mengengam pensil dan keyboard komputer saja..jangan asik berfikir untuk kelihatan cantik saja..kerana semua pun tahu, kau tepeklah segala macam bedak dan gincu yang ada..kau akan kelihatan begitu juga. kerana sikapmu itu telah menutup sedikit seri dari wajah yang memang tak berapa jelita.

Huiiii...jangan la lupa..kita ini 'pecacai' kerajaan saja..janganlah berlagak dan mahu berangan seakan PTD gayanya..mataku ini kian berair pedih melihat keletah mu itu. Lakukan apa yang menjadi tanggungjawab mu..biarkan mereka lakukan apa yang menjadi tanggungjawab mereka pula..kerana mereka bukanlah 'pecacai' kita. Agung sangatkah duit kau itu..banyak sangatkah RM yang kau bayar...kalaulah benar. Pasti mereka tidak pernah keberatan dan tiada pula keraguan .

Wai....simpolah binti Simpolan...sedarkah kau...aku dah semakin meluat...jangan biarkan hati ini memupuk perasaan benci...kerana sebolehnya aku ingin menjadi manusia suci, yang memaafkan dan redha dengan ketentuan sikap manusia lain.. wassalam.

Isnin, 15 November 2010

Siapa kah kou...

Dari aku mula duduk sampai kesudah..x berhenti2 membebel...penat tul nengoknye..


Time gini (8.15 pm.) aku masih d food cort..balik keja lewat ari ni..biasa la tuh..tengah tunggu order. Nasi Gorg. kampung feberet anak2..mamat ni dr td asik menemuramah aku..ramah pelik..siap suruh orang kedai cepat2 masakkn untuk aku g..tanya anak aku yang kecik sekali tu berapa tahun dah..uih....dia kenal aku ke?..cara macam frend2 gitu..sabo je mak..memandangkn dia dgn gf n anak buah kot..x pe la..layannn.....




*25 Nov-aku jumpa budak ni kat lobi..lohh..driver kat TPM rupanye...patut kenal aku..aku
pulak..x cam langsung..saboo jerh...