Bila menyentuh tentang manusia, rasanya perkara yang paling hampir dan kerap melekat pada diri ialah sikap malas. Selain dari x faham2 bahasa, anggap diri itu 'diva' dan banyak lagilah perkara sebenarnya kalau tidak dihadapi dengan rasa kesabaran yang tahap gaban tingginya, akan membuat perasaan manusia lain mendidih dan meledak. Rasa mual dan meluat itu lumrah..umpama manusia sungguh suci, aku belajar untuk tidak banyak berfikir tentang manusia lain demi menjaga keamanan dunia ini. Tapi sampai bila, kerana aku ini bukanlah tunggul kayu, mahupun batu bata tidak bernyawa.
Lihatlah ke mata aku ini...air muka yang tidak mampu kau baca dan terjemahkan tentang siapa aku yang sebenar. Disebalik senyum dan tawa, disebalik yang sering terpamir kelambutan (kot??)..rasanya telah menutup perhatianmu tetang keupayaan aku untuk...bertukar!!!!..:P
Adakah aku ini hipokrit..atau kerana tahap kesabaran itu ada batasnya. Adakalanya aku masih keliru..haduyai manusia..dan juga perempuan..ditanganmu itu bukan harus mengengam pensil dan keyboard komputer saja..jangan asik berfikir untuk kelihatan cantik saja..kerana semua pun tahu, kau tepeklah segala macam bedak dan gincu yang ada..kau akan kelihatan begitu juga. kerana sikapmu itu telah menutup sedikit seri dari wajah yang memang tak berapa jelita.
Huiiii...jangan la lupa..kita ini 'pecacai' kerajaan saja..janganlah berlagak dan mahu berangan seakan PTD gayanya..mataku ini kian berair pedih melihat keletah mu itu. Lakukan apa yang menjadi tanggungjawab mu..biarkan mereka lakukan apa yang menjadi tanggungjawab mereka pula..kerana mereka bukanlah 'pecacai' kita. Agung sangatkah duit kau itu..banyak sangatkah RM yang kau bayar...kalaulah benar. Pasti mereka tidak pernah keberatan dan tiada pula keraguan .
Wai....simpolah binti Simpolan...sedarkah kau...aku dah semakin meluat...jangan biarkan hati ini memupuk perasaan benci...kerana sebolehnya aku ingin menjadi manusia suci, yang memaafkan dan redha dengan ketentuan sikap manusia lain.. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan