Masa hantar kerumah pengasuh tadi dia nampak dah ok..badan pun da x panas..tapi pesan juga dengan mak pengasuh, bagi juga ubat pada masanya..td aku call..dan alhamdulillah semua ok.
Selasa, 28 September 2010
Mata ngantok~
Masa hantar kerumah pengasuh tadi dia nampak dah ok..badan pun da x panas..tapi pesan juga dengan mak pengasuh, bagi juga ubat pada masanya..td aku call..dan alhamdulillah semua ok.
Selamat Hari Raya Aidilfitri~Ku Pohon Maaf Zahir Dan Batin
Hari ni ialah Syawal yang ke 19..apa yang ingin aku katakan ialah....aku baru nak hap date cita pasal Raya..he he he..x apa..masih rasa meriah lagi Raya Aidilfitri nih..open house sana sini...macam tu juga rumah aku ..'open' je.....datang lah beraya...walaupun aku x de buat pengumuman 'Open House' secara rasmi.
Tahun ni memang puas beraya kt Kg. dari 9hb sampailah ke 16hb barulah balik ke Putrajaya, start keja 20 hb lagik..he he..cutinya memang boleh tahan lama..tapi tak la pergi beraya sakan..kat Kg pun jadi penyambut tetamu rumah mak je..ye itulah yang aku suka...mungkin lebih selesa dari kalut bersiap2 bagai..tapi nama pun raya kan..masa untuk saling berziarah, bermaaf-maafan...aku gagahi juga...ada la juga saudara-mara yang dikunjungi...mana2 yang pernah kita rasa ada berdosa padanya...Wah!!!.. x la...sian mak kat rumah..kalau semuanya pergi beraya..siapa pulak yang nak idang makan minum tetamu... maklum je la rumah orang tua kan....memang ramai....! reason baik punya....he he he..:P
Arief..
Ahad, 19 September 2010
Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Yang menyentuh ..dan aku yang tersentuh...
SELAMAT TINGGAL PELANGI...
wah...
x de saper tahu...nape lah tetiba aku jadi feeling2 gitu..lagu nih memang best pun..dan bagi aku ia jadi lebih menarik bila aku terbaca kenyataan Roslan Shah dalam paper yang menurutnya lagu ni memang dekat dengan emosi allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya. Jadi sekarang ni..lagu ni mengingatkan aku dengan aruah pulak dah jadinya...sedih memang menyentuh jiwa..rasa seperti ada yang terpendam tapi tak terluah..Alfatehah...semoga roh aruah ditempatkan bersama orang2 yang dikasihi Allah s.w.t amin...
Isnin, 6 September 2010
Biskut Raya~
Sabtu, 4 September 2010
Weekend~
Arief yang semakin aktif dan maha rajin, aku di ruang tamu dia ke dapur..bila aku masuk dapur dia keluar ke ruang tamu pulak..rasanya sesi berkemas tak sudah2, tu belum g masuk kebilik tolong susun2 baju dia dalam almari tu..he he he..
Rabu, 1 September 2010
Kad Raya:
he..he..
Baju Raya untuk Staf~
Cutenya kak Sutee~
Geng masa kat sekolah dulu,semalam add aku dalam fb. Siap tinggal mesg. excited tol dia dapat jumpa aku semula. Aku pun sama macam tu jugak, bila dapat jumapa semula geng masa sekolah dulu, ingat semula perangai2 bengong kitaorang, memang best untuk dikenang. Dari kak sutee aku dapat cerita tentang beberapa geng kitaorg yang lain, macam2 cita yang pasti smuanya dah beranak pinak, begitu produktif..he he he
Dari cerita aku tengok dia banyak berubah, entah kemana perangai gila2nya..sikap ala-ala tomboy tu pun dah bertukar jadi perempuan melayu terakhir gayanya. Sapa sangka kak sutee jadi suri rumahtangga sepenuh masa sekarang. Mengurus anak2nya yang tiga orang tu dan suami dirumah..he he...bila cerita pun bab anak2 je...ye la, masa berubah, jadi lebih matang mengikut usia..macam aku jugak.
Setiap manusia dah tertulis takdirnya, serius aku bersyukur dengan segala takdir dan anugerah allah pada aku. Kesian dengan salah sorang geng kami, kata kak sutee sekarang dia membesarkan anak2 sendiri bila ditinggalkan suami tanpa kabar berita. Antara kami berlima, dia la yang kawin dulu..aku ingat lagi, habis je sekolah dia terus je kawin, dan masa tu hampir semua rakan sekelas hadir majlis kawin tu. Memang x sangka, secepat tu dia kawin. Kami semua rasa macam main pengantin2 pulak..he he..lepas dari tu,semua bawa haluan masing2..dan ini berita terbaru aku dengar tentang dia..tak berkerja, cuma ambil upah menjahit menyara persekolahan anak2..kesiannya...semoga allah murahkan rezeki dan limpahkan kasih sayang padanya.. amin.
Aku tengok gambar kak sutee dalam fb. Masih comel macam dulu jugak..bezanya sekarang bertudung. Masih berkawan baik lagi dengan kak zila, antara kami berlima dia paling ngam dengan kak zila, rakan sebaya kan. sama2 'return' cos masa tu diorang x pas SRP. Ingat lagi dulu..tak pas SRP kena 'return' pulak. Itupun kalau layak..ramai juga kawan yang tak layak dan habiskan sekolah sampai tahap tu je..sayang sangat. Nasib baik la sekarang dimansuhkan, kalau tidak, berapa ramai lagi anak Melayu yang ketinggalan dalam pelajaran.
Semalam aku sempat jugak 'chat' dengan kak sutee, siap amek no fon lagik nak calling2. Harap dapat jejak lagi kawan2 kitaorg..yang lelaki lebih2 g..kawan 'gaduh' kan...he he..bukan main dajal lagi..aku ingat lagi 'SHIDEE'.....