Khamis, 31 Disember 2009

Redahh ajewwwww..


Kisah si comel berbakat besar. Ramai sebenarnya peminat NADIA nih...tak ketinggalan aku ni ha..dan...aku tak perlukan sebarang sebab untuk minat kat 'dia'..dari sejak zaman kat AF lagi..macam-macam tomahan yang dilemparkan kat si comel nih..yang paling popular..'GEDIK'..masa tu aku ikuti hampir setiap hari diary AF, dan aku rasa, normal la budak sebaya dia kalau macam tu....gedik buat dia lagi comel apa...
ho ho ho (jangan mara)..gedik dia tu,
tak jadi kudis pun bagi aku...

Sekarang ni walau pun jarang keluar TV, dia tetap jugak aktif menyanyi..dengarnya tawaran show pun tak putus. Alhamdulillah.. Ramai lagi sebenarnya orang lain yang menghargai bakatnya. Aku dengar lagi dia nak sambung study. Harap cepat-cepat sambung ye.

Doa dari akkkkak untuk mu...wah..!

AKU VS WQA

Diam tak diam dah dekat tiga tahun tau aku jadi 'owner' motosikal YAMAHA 'Ego' ni...pendek kata jasanya pada aku ni tak boleh dipertikaikan lagi dah....76 km sehari tuh...tak ke berjasa...Nampak je kecik nih...pick up leh tahan gak..penah la test sekali atas highway...120km/j tak de masalah...tak la melayang-layang...cuma syaratnye, untuk 'test power' jer la kan..kalau betul aku bawak laju tuh...silap-silap aku yang melayang..huhuhu


Dari masa amek kat kedai sampai la sekarang ni...tak ada la ubah suai..macam ni la 'ghupanyer' walau pun kadang tu...macam-macam yang aku 'imegin' nak buat pada moto ni (masa baru beli dulu lah..).....termasuk lah 'mencuci'...sekali sekala je buat..apa tak nye..semuanya nak harapkan abby aku ..nak buat sendiri..? huh, asik terbayang je...buruknye lah, bila aku join together-gether ngan mamat kat bawah tu basuh moto...tertonggeng-tonggeg..owh..tidak. Nak anta 'car wash'..fikir pulak nak menunggu..sampai rumah pun maghrib dah..tu yang tunggu weakend..esh..abby ada pulak..tu yang dia jadi mangsa tuh..ha ha


Seusia ini..untuk maintain, anta 'servis' bila tiba masanya..biarpun dah dua kali 'jatuh'.. tak la memudaratkan..alhamdulillah aku rasa allah sayang sangat kat aku....

Tak tahulah..sesiapa je terdengar aku naik motor berkilometer jauh setiap hari..naik 'seriau'..macam-macam perkara diaorang cucuk masuk ke telinga ni..tapi tu lah..peliknya, aku rasa 'ok' jer..mungkin memang aku 'suka' dengan kelajuan....semuanya tak dapat aku luahkan dalam cerita..semakin kuat aku pulas minyak tu , semakin 'lega' jiwa..semakin lapang fikiran ni. Mungkin kerana tu...tak ada sebab aku nak bersungut...Itu belum lagi cerita bila tersua dengan moto beratus cc tuh...perghh..! tak de benda lain la dalam kepala nih...melainkan bila la agaknya aku berpeluang bawak motor besar tu...tuhan aje la yang tahu apa dalam fikiran ni...wah..gitu!

Bila sebut tentang moto..biasanya aku suka tengok 'tayar'nya dulu..pada aku..bila tayar tu besar dan bulat, nampak 'sexy' je ...macam susah pulak nak 'jatuh'...lepas tuh baru fikir 'body'nye...cc tu x yah citer lah kan....mistilah lebih besar dari 'WQA' aku nih.....Aku ada jumpa satu motor kat highway...memang lawo ...cuba dah search kat internet..tapi sampai sekarang tak jumpa lagi ....bran apa tah....tapi yang aku pasti..bukan 'valentino rossi' punya lah kan..bukan bran motor GP eh...huhuhu

*tak leh nak bayang aku dengan baju kurung ni vs moto350cc, heh heh heh..adehhh, sadis sungguh..!

Rabu, 30 Disember 2009

A-ha...semua dah berehhh..

Baru je sebut tadi mungkin dapat kunci Kuaters pertengahan Januari, masa tu jugak BPH call minta aku datang ambik kunci, sekali dengan sattlekan semua deposit bayaran bil-bil. Thanks untuk 'ana' yang tumpangkan aku ke Syabas nun di Salak Tinggi . Siap bawak aku jalan-jalan g..uhhhuk..!!..:P-Tak lupa juge 'sue' yang menemani.. biarpun korang tak tahu betapa 'lokos'nya aku dek kerana hujan lebat tadi..he he..Semua dah bereh, esok tinggal ke BPH dan collect kunci...

'KINI AKULAH PENGHUNI RUMAH ITU..!'...

semua sekali RM 433 ye..(up: abby aku le ni...hu hu)

"Hwoo..RaSai KeHanGatan AkU, CanTik SePerti Ku"

Yang menarik dengan slot 'LESTARY' di TV3 kali ni...
"TARI TIRANA"


Episod yang aku ikuti sejak awal lagi...sejak tengok 'opening montage' g..memang aku rasa menarik sangat..aku kan suka tengok budak tergedik-gedik menari..walau diri sendiri tak berbakat. Jalan ceritanya pun best. Diselitkan lawak-lawak sikit. Kebolehan pengarah bermain dengan perasaan. Cara dia menyentuh hati penonton, juga tidak membelakangkan logikal. Kebolehan mengarap cerita hingga tak boleh dibaca fikiran kita, yang sering disogok dengan jalan cerita sama, cuma olahan je berlainan..kan tak best, cerita tak habis lagi..tapi macam dah tahu jer 'ending'nya..betul kan..?..selalu sangat macam tu..

*Paling menarik tentang kisah CIKA- bagaimana dia terperangkap dengan 'ilustrasi'nya..sampai kita pun asik berdebo jerh masa menonton..ye ke x..sungguh ke x ni...macam tu juga dengan episod malam tadi..

*Sentuhan ASH, yang meruntunkan hati sang pecinta..wa ha....

*Macam mana TIRA bermain degan ilusi perasaannya. Perbezaan luahan rasa antara hati dan fikiran..semua memang menusuk tepat kehati penonton..

*NEO.......oh Neo..yang menjadikan TIRA semakin delema antara cinta dan kasihan.

Bukan mudah menghasilkan cerita yang punya 'jiwa'..tahniah buat pengarah berbakat Shahrulezad Mohamedin.


vote: TIRA biarlah menjadi milik ASH ye...ho ho ho...NEO dengan CIKA la...sian CIKA, dia tak ada sesiapa dah..dah la mak dia 'mental', perangai ayah macam tu pulak..
(vote aku untuk episod setakat ni tau..! hihik:P)

Bermulanya Operasi

Sebenarnya dah hampir seminggu kami memulakan opersi 'packing' barang untuk berpindah dari rumah tu..sikit-sikit lah kan..tak lah kalut bila sampai masa nanti..sekarang ni dah 50% siap, so tinggal setengah lagi..kemungkinan besar pertengahan Januari baru dapat kunci, rasanya..masa tu dah siaplah semuanya..

Pembahagian tugas mudah aje, Setiap orang pack barang masing-masing dan bubuh 'taging'..sementara diaorang tengah cuti ni kan, kerja pun jadi mudah.Time aku g kerja ni, sebelum pergi tu siap-siap la tinggal pesan..mana-mana kena pack dulu dsb..wa ha....

'ibu balik ni, semua misti dah berrrrehhhhhh ye..
ada fahammmmmmmm..! '

sebahagian yang dah siap

yang paling ringan tulang...

bukan setakat ni je..

tengok tu..banyak lagi kerja dia nak buat

Selasa, 29 Disember 2009

Majlis Kawin Le'a dirumah E'eng

26 disember'09 ialah tarikh majlis kawin Le'a dibelah suaminya. Aku yang tak dapat datang masa hari sabtu, jadi usaha jugaklah datang malam sebelumnya..ada majlis berinai lagi...temanya hijau putih ye..Sayangnya aku tak dapat nak gambarkan 'Kejuuulitaaann' si Le'a malam tu kerana 'kamera' buat hal pulak....entahlah salah 'setting' ke apa....puas di edjust dah..tak boleh jugak... sedeyyyyy ngat..:(

So..untuk tidak mengecewakan yang ingin menatap L'ea malam itu, tataplah gambo-gambo disebalik 'kekaburan' ni ye....

Kalau clear ni....cantik nye...


Masa potong kek

Yang sangat manje-menje...siyess...

pelamin pun catik..sangat..

tapi...cam ne gambo aku bley ok pulak eh.....apa maknanyeeeeee...??? hihik..


Isnin, 28 Disember 2009

Aku yang kesorangan..

Yang kesorangan

Bukan la dalam 'erti kata sebenar'...
Gara-gara 'team' aku cuti hari ni la...
wah-wah...macam berpakat pulak korang ye...
Bila tak de sape ni mula lah...tak de la orang ajak g breakfast ke, lunch ke, senyap sunyi je...
esy..perut dah keroncong dah..tak boleh jadi ni, makan tetap kena makan.....

sorang pun jadik........

*Syabbbbas..untuk kakak-kakak kat ofis ni yang rajin sungguh berpuasa..
...aku...???..eeeerr....

Rabu, 23 Disember 2009

TQ 4 Nasik Lemak..


Alhamdulillah.......


Selaunya macam tu lah.....Pagi hening g dah ke cafe..breakfast la kan....siap secawan nescafe bagai.....balik je..bila dah kenyang 'terbolah' dah..(aku pinjam ayat kak tip nih..)...ada pulak orang bermurah hari belanja staf offis makan sarapan ....

Hari ni Nasik Lemak telor 'mata kebabooo'..

hemmmmmm..semerbak je bau, walau dah kenyang pun....ngeh..ngeh..ngeh..

Penafian bil

Rasanya tak semua orang tahu tentang 'Penafian Bil'

Macam tu jugak aku...bila dah melalui situasinya baru la tahu....ooo..'penafian bil' namanya.

Semuanya gara-gara bil telefon u-mobile yang didaftarkan dan dihantar ke alamat kampung aku sejak disember 2008 lagi..cubalah dibayangkan dah berapa banyak bil dan jumlah tungakannya. Dah pastinya bukan kerja aku la kan..tu yang mulanya terkejut jugak. Ada beberapa kali mak aku call beritahu pasal sampul surat dengan huruf 'u' warna kuning tiap-tiap bulan sampai ke rumah..dan aku tak indahkan la cos ingat cuma 'brosur' promotion ke apa kan..dah memang aku tak pernah pun berurusan dengan syarikat tu.

Bila balik kampung tu..masing-masing jadi lupa pulak..tu yang bil tu tak kantoi-kantoi sampai la aku ternampak sendiri kat dalam bakul atas almari mak aku, masa cuti Raya Aidil Adha yang lepas..esy...saper punya kerja lah ni...sampai sempat mendaftar 4 kali tu...ye lah..bila kena 'blok' cos tak bayar bil jer..daftar baru pulak...yang aku pelik..boleh pulak daftar baru..no. ic kan sama, tak boleh 'detect' ker..bila aku kira ke 4 bil tu, jumlahnya hampir rm4000 jugak lah....adus....!

Teringin jugak aku nak tahu...siapalah punya kerja ye..cubalah gak call tanya kat no penerima panggilan dalam list bil tu..kot2 la diaorang tahu saper punya no tu..hampeh..! semuanya tak hengat....atau...! mereka saling 'cover' meng 'cover'...eeeeee menci lah..!..

Ah..dari buang duit cal sana sini..aku pun call la u-mobile centre nak tahu apa cer...!


yang ni salinan report untuk simpanan pengadu ye..

tu yang diaorang suruh aku buat 'police report' tu. Dari situ la jugak aku tahu tu 'penafian bil' namanya. So..kalau perkara macam ni jadi kat korang...tak yah la panik....buat jer 'penafian bil'..so sekarang ni semua sattle dah..lega....

* jangan korang sajer-sajer buat dajal..report bil yang korang tak nak bayar sudahhh!..

Selasa, 22 Disember 2009

Awak ingat saya nak mengorat awak ker..???

menci...menci..menci...

wwwaccha...! rasa nak 'bagi' jerh kat mamat trafic tuh.....
wah...!
Dah buat salah tu..nak merungut pulak...hu hu hu..malunya aku..rasa nak jerit kat situ jugak....syyyyaithhooooon nirrojim tul...la..!

Kisah padan muka ku yang dengan selambbbeernya melanggar lampu merah pagi tadi...dah lambat la ceritanya..! ingat nak celok-celok lah tu...(siyes......aku berani tul hari ni..) biasanya aku tak buat keja-keja samsing jalanan ni...uhhhhhhhuk!

Tetiba kat next trafic light, ada satu mamat ni berentikan moto dia dekat dengan aku.. sumpah!..aku memang tak perasan dia panggil aku..apa tak nya..dengan helmet ko..dengan cover lagi..memang 'blank'..tak dengar apa pun...tetiba aku macam perasan mamat tu terhanguk-hanguk menghadap aku..(macam tengah cakap la..) aku pun toleh dia..apehal mamat ni...aku tak perasan g ni...mungkin dia ingat aku nak melawan la ni kan...dia naik angin ko...lepas dari tu..aku dengar butir-butir apa yang dia cakap....sudah...

'kenapa langgar lampu merah..?..saya tanya ni, awak dengar ke tidak...' aku tetiba debo...debo gila..baru aku perasan seluar dia jalor putih ko..aku jeling lagi...jeket dia...adeh mak, polis trafic....mati la aku..! cepat-cepat aku menoleh ...yang kelakonya..aku tak terfikir langsung nak bukak cover helmet aku tu...'awak ingat, saya nak mengorat awak ke..?..(adeh....sadisnya soklan)...aku terhangguk-hanguk jerh...dia cakap aku hanguk, dia cakap aku hanguk lagi...'saya ulang ni, kenapa langgar lampu merah'..hanguk lagi..'awak nak saya saman ker..' kang saya saman kang..baru merasa..' aku hanguk lagi..sungguh aku tak berniat nak melawan...gabra gila mak...tah naper aku panik tak tentu pasal..'ha..! nak kena saman..???'..hangguk lagi..lepas tu bila aku perasan apa dia cakap..cepat-cepat aku geleng kepala...'tahu pun tak nak...lain kali, jangan langgar lampu merah..! fahammm!....aku angguk lagi....lepas tu dia membebel ..aku tak berani nak toleh-toleh dah le..

Tak dapat bayang berapa kuat dia cakap...tak berani langsung nak toleh-toleh belakang..malu gila tu..! tak lama tu lampu pun hijau....piunggggggg! dia pecut laju...aku kan main mengucap panjang...debo dalam dada aku sampai ke ofis pun tak hilang...sepanjang jalan aku asik fikir pasal mamat trafic tuh je...

'eleh.....! dengan perempuan..boleh la nak 'x'...'

wah!..........tak serik-serik tuh.......dah salah tu mengaku je la...........

wwwwaaccha..!

MIQHAIL is 1

Happy Birthday Adik..!

Ahad yang lepas, 20 Disember 2009 cukup la setahun umur MIQHAIL....seperti biasa 'trend' sambutan famely kitaorang..temanya sama je setiap tahun dan setiap kali..
'kita-kita aje'..wa ha ha..

First Birthday katakan...tiup la lilin tu.. sayang....dia nak pegang pulak..Miqhail dengan imej 'bangun tidur'..hu hu..

Miqhail is 1..tu yang aku tulis kat kertas yang 'awek' kedai kek tu bagi...lorh....! ini pulak jadiknya......suruh tulis la sangat....

Walaupun kita-kita aje...meriah gak...!

Bila boleh start makan ni....(Yash..tak sabo-sabo..)

senyum..senyum..(tu yang ibu sengih tu..ngeh..ngeh..ngeh) over sokmo..

kita nyanyi sekali lagi k...'Eppy beday 2u....Eppy beday 2 Qail...Eppy beday 2u.....'

Khamis, 17 Disember 2009

Asam rebus batang keladi..

Lega .....

Apa tak leganya...bila dua orang pembantu peribadi aku dah balik dari bercuti..hu hu hu..Aku ni..Masa awal-awal diaorang balik bercuti kat kampung hari tu..sehari dua tu lapang la..lepas tu, kalut tak tentu pasal....ye la..biasanya ada orang kat kanan kiri nak mintak tolong kan..

Sampai je diaorang kat rumah kemarin..Miqhail la nampak sangat seronok...aku macam tak perasan pulak yang dia macam 'kehilangan' dua minggu sudah...tapi bila tengok air muka dia bila nampak kakak dan abangnya balik..baru aku tahu.....sianye dia..lepas dari hari tu...aku jadi 'lapang' la sikit..ye la, dah ada orang melayan dia kan..

Macam biasa..kalau balik dari kampung, macam-macam yang atuk diaorang bekalkan..mak aku tak terkecuali lahkan....sampai lauk dalam periuk kat rumah tu pun, habis ditapaunya untuk aku.....'nanti tak ada sapa yang nak makan' katanya.....sampai-sampai je kata yin, 'bu..atuk bawakkan lauk ni...kata atuk bawak aje...ibu suka sangat ni...' aku apa lagi..sungguh ko..'asam rebus batang keladi'....siap dengan nasik..daging ungkep bagai..complate..pendek kata aku tak payah masak dah malam tu...makan bekalan mak aje..ha ha...gummbiraa sungguh..!..

Rasa air tangan mak aku..memang la tak boleh nak kata apa....melain sedap dan lazat saja..he he he..

Bila tiba dugaan...

Ingat tu..

Bila tiba sesuatu dugaan dalam hidup..tak kiralah dalam bentuk apa juga pun.....kewangan ke..masalah kerja ke..masalah famely ker..atau macam yang aku hadapi sekarang ni.....tak berapa sihat lah..'demam' pulak..sebaiknya eloklah bermuhasabah diri..janganlah asik mengeluh saja..!..anggap lah dugaan yang diberi itu, sebagai pengukur kesabaran, ketakwaan, dan kebolehan kita mencari pendekatan untuk menyelesaikan permasalahan itu...setiap dugaan itu ada hikhmahnya..untuk aku yang tidak begitu arif ni..setakat basic-basic tu..insyallah lah...

Dah berapa hari macam ni..untuk yang jarang-jarang deman macam aku ni..rasa sengsara jugek...tapi macam yang aku kata tadi....aku selalu mengingatkan diri..jangan sesekali mengeluh..(sendiri ingat...sendiri selalu lupa..hu hu hu)selain hikhmah mengurang dosa yang ada..dari situ lah kita belajar juga untuk menghargai waktu-waktu sihat...mengimbas semula punca-puncanya..mungkin dari pemakanan dan sebagainya...belajar untuk kesihan dan sayang dengan diri sendiri..ingat..! tubuh kita ini perlu rehat dan dimanja juga....

perasan atau tidak..waktu-waktu beginilah bisanya kita akan lebih kerap beristighfar...bukan kita saja..siapa saja yang hilang kegembiraan..waktu itulah biasanya mereka akan jadi lebih dekat dengan 'allah'..itu juga salah satu dari hikhmah....jadi..sesekali kita diberi dugaan begini..terima lah dengan penuh kesabaran...dan laluinya dengan tenang.

hujjah ku ini..adalah untuk diriku.....kerana seringkali aku..berkata pada diriku sendiri untuk sentiasa tahu dan sedar siapa diriku ...;)

Isnin, 14 Disember 2009

Batuk pulak...

Uhuk..uhuk..uhuk...

Pagi tadi, bangun je tido..peritnye mak ai..tekak aku ni...
sudah...!!!!
sah nak batuk dah ni...menjangkit Miqhail pulak.....adeh...cukup la si kecik tu je sorang yang batuk.....ibu pun kena jugek ker....adoh mak...!
Sampai je ofis, dengan econ macam kat kutub utara ni.....conferm buat aku lagik keritikal.......jangan la demam ...sia-sia jer cuti aku esok tau...

Time ni..makin kuat pulak batuk aku..masa call abby aku td..lebih batuk pulak dari bercakap...em..berapa lama la kali ni agaknya...menongang ubat sebotol pun..tak boleh jugak sembuh dua tiga hari...serba payah ceritanya kang ni..nak tido susah, nak makan susah..mau jadi sakit seluruh badan...em....mak......

Baru batuk je...dah carik mak...hu....hu..hu.. ngada sungguh!

Jumaat, 11 Disember 2009

Sticker x ada ke..???

Hari ini yang terlambat..

Macam biasanya bila lambat....speed tu...tapi agak-agak la ko...nyawa tu kena hargai beb..nak kejarkan sangat 'thumb prin' tu...kalau dapat...kalau tak...ngeh ngeh ngeh...'saya lupa la..' bulleh..?????

Sampai je kat gate utama..apesal la jem plak....apehal..???

pb: Cik sticker tak ada ker..
aku: er...er...tak de la cik...
pb: berhenti kat tepi sana ye..diaorang nak check hari ni..
aku: (huggggggh.....!!)dalam hati jer...ok-ok cik..
polis: berhenti depan sana cik..
aku: ye..tuan..(tuan tu..)
polis: kenapa tak tampal sticker ni..
aku: ada orang kopek la tuan..diaorang memang suka sticker JPM ni...tampal je, diaorang
kopek..tampal baru je..diaorang kopek..(ceh..confident je aku...)

polis: ye ker...dah aply baru..?
aku: dah tuan..(padahal, haram aku tak buat pun lg..)

Tanya aku daripada jabatan mana dan amek detail bagai..lepas tu baru bagi aku jalan..entah apa pulak la kali ni...kalu tak ada apa-apa, tak la rajin dia orang operasi macam ni..dah le aku lambat..ngam-ngam jer kurang seminit pukul lapan aku 'thumb print'..Tah paper pb kat opis aku tuh..dulu aku buat aduan hilang..kata tak ape...kan dah jd macam ni..banyak la dia punya tak apa..aku buat aduan kang..kang..ha..
(sebenarnya aku tak le marah sangat, he he ..)
bukan kena masuk 'lokap' pun....:P

Khamis, 10 Disember 2009

Birthday Yin & Yash..


Hari ni free............

Ye...duniaku terasa sangat indah...

Datang time banyak keja...and urgent...(he he he...kesian ko mi...)

Hari ni aku nak singkap lagi album. Kali ni masa Birthday Yin dan Yash beberapa bulan lepas.Tak ada la 'celebrate' sakan...as usual...'kita-kita aje'...


Kak Birthday...sangat simple...


anak-anak ku yang sudah 'besar'.....tahukah maksudnya..?????


satu dua tiga.....siup............!


dirumah, sempat 'pose' sebelum g makan KFC

Yash...

Ala...lomey Qail...

Yash dan Yin yang lahir pada bulan yang sama..tarikh je lain-lain...tu pun tak jauh mana 27 dan 31 jerh..biasanya memang kitaorang calebrate sekali....

Qail..yang buat hari itu seperti hari jadi 'dia'...he he he

Isnin, 7 Disember 2009

The chicken rice shop...bukan sekadar nasi ayam....

Tergiang-ngiang je 'jingle' The chicken rice shop kat telinga aku ni...

Kita singkap album aku sebelum Yin dan Yash balik Kampung ye..

Masa ni kitaorang shooping barang dapur kat Tesco Cheras...so sebelum balik tu kami singgah la makan kat chicken rice shop...Kalau nak ikutkan sedap lagi nasik ayam kat kedai makan kat luar tuh..tapi dek kerana keceriaan restoran ni...rasa teringin pulak bawak anak-anak rasa masakan kat sini...tengok moskot ayam kat luar tu..kan main g melambai-lambai...wah.....

Lawanya anak bujang aku wat macam tu...

ayah melayan Qail dengan penuh kesabaran..(ayat..hu hu)...kejap nak itu, kejap nak ini, kejap nak minum...kejap nak bangun...bebagai....

makanan yang kitaorang order hari tu... tengok macam terlebih order..tapi boleh 'clear' pulak...macam mana tu????

aku gemo yang nih....sedap dan rangup..krup..krup..krup..

rojak buah pun ada gak....... yang penting, sedap...

tengok rupa budak nakal....

eleh....malu pulak...

Qail x malu pun....hu hu hu

The chicken rice shop, Tesco Cheras


Bowling-Airport Limo VS PPM

06 Dis '09
Kejohanan Bowling antara Airport Limo dengan opis aku..

Berkobar-kobar tul semangat aku, rasanya aku orang yang kedua awal sampai semalam..sebelum 'cc' rasanya......tiba kat 'ARL Powerball' je..semua orang tak sampai lagi..perut pun dah berkeroncong..maklum je la pukul satu ko..bila diberitahu makanan siap pukul 4.00 ptg...aku pun apa lagi...food cort pun ada kat atas je...'kita makan dulu...'...
(tak pasal-pasal aku kena 'pow' dengan mamat yala...ngeh..ngeh..ngeh..)
x per...macam adik-adik aku jerh...sekali-sekala kan....

Hari ni..tak berapa nak 'luck' la..main pun tak menjadi...(tapi...tak der la masuk longkang...ye sory..) ni la masaalah aku..langsung x consistent...tournament lepas, 'best player' la kononnya...kali ni 'down' terus...kwang..kwang..kwang..
macammanapun..dah namanya rezeki, menumpang la tuah 'team' aku..
dapat no. 2 ko..ok lah...

suasana hari pertandingan..

kononnya malu la nak amek gambo diri sendiri ...tu yang tak nak bagi orang perasan tengah bergambo tu..tah paper la...

team lawan..gambar ni masa diaorang buat latihan..team aku warna biru, baju team diaorang warna kuning sebenarnya...tapi tahulah aku ni...masa main tak hengat langsung nak amek gambo.

lagi....

Tournament selesai lebih kurang pukul 4.30 petang..siap ada 'lucky drow' bagai....dapat gak aku bawak balik 'hemper'...'lucky' sungguh...! he..he..banyak sangat part yang aku tak amek gambar...asik lupa, dan lupa saja......harap maklum..

Jumaat, 4 Disember 2009

Quarters

Akhirnya akau dapat jugak kuaters kat Putrajaya nih...

Hanya kami je yang tahu.....(suspen jerh bunyiknye....)

Ye la...bukan senang nak dapat Kuarters kat Putrajaya ni...Selain permintaan melebihi peruntukan...macam biasa la kena Q panjang tuh.....tak cerita lagi proses rayuan dan 'follow up'...adoh mak...! letih.......bila dah dapat tuh...lega..! selain redha je la dengan rumah yang diperuntukkan untuk kita tuh...kalau banyak sangat 'cekadak' kang.......(uhuhk..!...terus tersedak aku bila teringat dengan si Ct Zawiyah...!...ai ya cik ct.........!) huhuhu..

Kalau ikut plan, nak pindah masuk rumah tu bulan 12 ni....ingat nak kejarkan cuti sekolah, senang la nak tukarkan sekolah anak2..tapi bila tengok keadaan rumah tu, biarlah diaorang siap baiki dulu, kemas siap-siap..kalau tak , banyak nye kerja kena buat....bila barang dah masuk baru nak repair...leceh pulak....aku pun tak yah la tergesa2 pack barang....(boleh tunggu abby aku buat...!)huhu 'motif'............

Tadi aku pegi la tinjau rumah tu...diaorang tengah baiki.....cat pintu..pagar..pas ni misti cat dinding...aku dapat bayangkan...pergh...!! misti lepas ni macam baru la rumah tu nanti...tu yang fikir balik...sabar la sikit....yang penting hasilnya.......

Ada yang kata, aku bernasib baik dapat rumah kat sini...walau pun rumah lama....tapi strategik lokasinya...dekat sekolah, dekat alamanda, dekat pasar, segala-galanya dekat. Pegi kerja pun tak jem, besar pun besar...persekitaran yang baik la, insyallah..selesa lah untuk anak-anak aku yang tengah membesar tu........mintak2 jirannya pun baik2 jugak la kan...

Cabinet masih ok g..

Wha...ruang yang paling aku sukek.....

dari pintu masuk ke bilik utama..

bilik untuk kakak dan Yash..

mamat 'endon' ni tengah mengecat pintu....aku nak amek gambo lebih2 pun nanti mengacau pulak... ni pun..kejap2 warning..'kak ati-ati kak, ini baru di cat ni...'

yang ni dari dapur ke ruang tamu

toilet dalam bilik utama, yang kat luar pun sama jugak macam ni..

Ini bilik...tiga-tiga sama jerh...saiz je yang berbeza..

Nanti bila dah siap touch up semua rumah ni...aku up date keh....