Sabtu, 27 Februari 2010

MIQHAIL

Dua jam selepas dilahirkan,Sabtu 20 Disember 2009 di HUKM jam 8.15 pm.

Ketika usia sebulan..perkara biasa la...masa ni sensitif sangat lagi..ni pun lepas menangis nih..huhu..macammanapun alhamdulillah..tak lah cerewet sangat baby nih..

Miqhail ketika usia 2 bulan,masa ni dah mula belajar beri tumpuan.

Masa ni usia 3 bulan..mula berminat dengan bunyi-bunyian..suka pada warna..menoleh bila dipanggil namanya dan mula pandai ketawa bila diagah..

Sekarang ni usia Miqhail dah 4 bulan, suka pada warna,gambar-gambar dan barang permainan..mulut pun bukan main bising g..dah pandai mengapai dan mengemggam..cuma pegang botol sendiri je tak pandai lagi..memang suka dengar muzik dan nyanyi...

Qail dah lima bulan dah pun. Dengan berat 7.1 Kg, masih juga belum pandai meniarap sendiri. Masih lagi dilatih dan dibantu ibu.bila dah berjaya tu, cepat-cepat pulak dia lentangkan badan.Suka sangat masukkan jari-jemari dalam mulut..bila dapat tu,bukan main leka lagi..huhu

Miqhail ketika usia 6 bulan..semakin cerdik..dan dah pandai banyak perkara..paling seronok bila buat buble...habis air liur menyembur..dah pandai meniarap..dah pandai 'drive' baby walker jugak...so, tak boring la kan...x der la sikit-sikit nak merengek je...qail juga dah mula makan..nampaknya lebih suka yang pejal2 je...kalau bagi yang lembik atau bancuh tercair ke...pendek kata habis semua jadi buble.....huhu

Qail ketika 7 bulan, semakin lasak dak cummmil nih..dah patahkan dua roda walker baby nye...semakin cerdik juga..tengok la tu...

Gambar Miqhail ketika 8 bulan. Dah pandai duduk sendiri dan semakin bijak mengakal, mula belajar memapah..tu yang kadang tersembam...sian dia..sekarang ni, apa yang kami makan semua dia pun nak makan sama..pendek kata kecuali cili je ah..heheh

Usia 9 bulan, Miqhail dah ligat merangkak dan memapah juga. Aktif sungguh anak ku ini.. Pendek kata tak boleh lepa sikit pun misti ada je lebam sana sini..suka bola..dan pantang jumpa benda..semua dikutipnya..esy...esy..esy...

Sekejap jerh dah sepuluh bulan usia Miqhail, dah pandai menari tau tak..lawak gila kalau tengok dia menari..pantang dengo lagu, start le dia goyang-goyang...comel tul..

Miqhail di usia 11 bulan..dah mula jalan jatuh dan lebih sensitif dengan sekitarnya. Budak ni memang manja sangat..

Miqhail dah genap setahun pun. Semakin cekap berjalan dan baru mula belajar pakai kasut masa berjalan..mula-mula tu kekok jugak..tak lama tu, ok dah..sekarang ni semakin panjang jugak langkahnya..kadang tu xtvtnya lebih dari biasa.....adddehh...

Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H, Selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.w..sama2 lah kita berselawat serta berusaha menegakkan sunahnya.

Hari indah itu tiba juga. Hadir bersama penghulu segala hari, semoga menambahkan keberkatan kepada mereka2 yang menjiwainya.

Pagi itu aku yang terlewat kerana tidak dimaklum waktu sebenar untuk berkumpul..maka terhegeh2 lah aku, dan berlari2lah mengejar rombongan yang lama menanti..mujo x kena tinggal, kalo x maka hilang lah segala kemanisan fadilat perarakan beriringan selawat yang sama 2 dinanti...

Diaorang tiba sewal 6.45 pg lagi..siap bersarapan bagai..dan aku..keroncong diperutku ini bernanyi seiring alunan merdu selawat ke atas Rasul Junjungan..itulah pengorbanan namanya..dan aku redha...hu hu hu

Kami berkumpul didalam masjid putra, dengan lokasi strategik ber'econ', dihidang dengan alunan nasyid, marhaban, ceramah agama dan penganugerahan tokoh maulidur rasul dari tuanku.

Hari berlalu dengan kenangan indah saja...mengeratkan silaraturahim antara aku dan seseorang yang ?? bagiku..itu hikhmah yang amat jelas..tak kenal maka tak cinta...alhamdulillah...seharusnya kita sentiasa berusaha memahami dan berbaik2 sangka sesama insan dan menerima kelemahan mereka seiring kelebihannya..begitu juga sebaliknya.


Liza dan Sue diperkarangan Masjid Putra, sempat lagi...

Kami yang terlibat..

Suasana sebenar..

Tetemu dari lain2 jabatan..dengan tema pakaian berwarna-warni mengikut Jabatan..kebaikannya, memeriahkan majlis..dan keburukannya pulak..asik nak compare je baju sape cantik...astarfirullah...

Aku dan Ina..ini adengan sewaktu selesai majlis ye..

aku dan sue..sue ni masih single g ..(siap promote..hu hu)

aku dan liza...

dengan ina, masa ni nak balik dah...dan kami tinggalkan Masjid Putra dengan kenangan indah..


*lupa plk nak cerita...cuba perati baju aku....(baju kak Gee le tu...he he he)

Rabu, 24 Februari 2010

Seragam untuk Maulidur Rasul1431H

Purple untuk 1431H

Baju kurung untuk kontinjen opis aku, sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H jumaat ni,baru je siap. Tailor tu hantar kt ofis petang td. Purple lagik..ok gak, sangat santik dimata mommy nih...hu hu..

Sempat jugak siap..dalam x sampai sebulan rasanya, kitaorang g beramai-ramai amek ukuran kat pantry hari tu...diaorang ni macam2 peel..nak fesyen macam tu..macam ni...naik pening akak tailor tu...tahu2...cuma boleh baju kurung dan baju kurung moden jer..hu hu hu...untuk mommy, baju kurung lah...sangat sesuai dengan penampilan rasanya..(perasan santek pulak..hi hi..)

Tengah-tengah aku menaip ni tetiba diaorang call suruh aku turun ke aras 1, diaorang tengah cuba baju masing2 kat bawah dan katanya macam2 masalah pulak dah...dan masa sama suruh aku cuba baju aku nih..adeh...setakat baju kurung, x der masalah kot...tengok ok jer...(tailor..tau la kan...) aku turun la gak tengok diaorang apa cer......

Hi hi hi..kelako tul...rata2 baju kurung moden la yang ada masalah...yang macam ketupat pun ada...macam mana pulak akak tailor tu ukur hari tu...teramek ukuran orang lain kot...nak jadikan cerita..kami bertukar2 bajulah ni...nak 'oter' pun dah tak sempat kan...memandangkan aku buat baju kurung..dan nampak longar2 je..Kak Gee pun cubalah sarung baju aku tu...ok pulak...aku pun sarung la baju dia...boleh pulak masuk..walau nampak gedoboh sket, tapi sesuailah dikenakan dengan kain susun tepi tu...lagipun aku ni kan tinggi, bila kenakan dengan 'hill' lagi...nampak anggun la jugak...(nak kredit gak tu....hu hu hu) yang lain pun macam tu jugak...bertukar2 lah baju yang ada mengikut kesesuaian...kelako tul...untuk 1 hari ni je ye....lepas tu pulang semula.

siap dengan tudung sekali

baju aku

rasa memang longgar la ni...memang besar sikit pun..tu yang Kak Gee muat tu.. hu hu hu

Isnin, 22 Februari 2010

Tahun Baru Cina di Cameron Highlands

Singkap album Tahun Baru cina ye..sehari selepas majlis kawin anak sedara abby aku je, kitaorang terus drive g 'makan hangin' kat Cameroh Highlands..kira 2nd time g sana..so pergi melawat tempat yang x pernah pergi je la ,contoh macam kilang 'Teh Boh' ni...

seyyyyyyum...

Kilang Teh Boh tu letaknya nun jauh diatas bukit ..untuk ke sana kita kena naik tangga ye ..masa ni sebelum panjat tangga lah...

rilex jap..n amek gambo...tinggi jugak kena panjat tangga nak sampai ke atas

lagik..

kesayanganku..

huh..dah sampai...angin sejuk kuat ya amat kat sini...menggggigill...


minum teh di 'TEA Centre'

Qail yang cool je...kat tempat cool kan...

Kilang Teh Boh..

Qail diperkarangan..

Jumpa 'taxi' Parit Sikom...hu hu hu.. x le..zaman aku dulu...banyak texi macam ni kat Kg aku...sekarang ni..macam tak pernah nampak 'kelibat' dah...


antik kan..

peace....

Ok..sekarang kita turun ke Strawbery Farm...



shummil Qail..

terus ke ladang 'Kaktus'..besaunya mak ai..

g chuchi..mataa...


adehhh...bebudak nih...

Rabu, 17 Februari 2010

Fahmi Vs Nurul Aini

Sekian Lama tak mengupdate blog ini..

Imbas balik tarikh 13 Feb '10, Bertempat di Sri manjung, Perak..Selamat pengantin Baru. Majlis sanding gilang gemilang..anak sedara abby aku-Ahmad Fahmi dan pasangannya Nurul Aini... Balik kerja hari jumaat tu bergegas kitaorang berangkat ke sana..Pengantin yang sama cantik sama padan..sama kecik sama molek..duduk sama rendah tapi berdiri tak sama tinggi ..he he..x per...lelaki tinggi sekit memang nampak lagi cantik gitu...temanya biru-putih..kecuali aku n famely yang tak tahu menahu ada tema2...macammanapun alhamdulillah..dapat hadir pun dah memadai sangat..ceh..tercakap 'bagi pihak' tuan rumah pulak....hu hu hu..:P

Abby aku....bahagian lauk2 pengantin..kita bagi kat dia ye..

antaranya..

ops...ehemmm....jangan mara da....

...hu hu hu...bagi laluan tuan punya blog bersanding dulu ha...

Semoga bahagia berpanjangan...cantik sangat dengan kostum ala2 'pengantin jowo'..

Bersama Ayahnda Bondanya..dan adik beradik..bondanya tu kakak abby aku eh..

pengantin muda katakan...dah macam majlis reunion pulak nengoknya..penuh ngan bebudak dan cikgu-cikgu sekolah jer...riuh rendah...hu hu hu