Khamis, 18 November 2010

Salam Aidil Adha~

Dikesempatan ini 3D ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua followers2 3D, kawan2 dan semua pembaca Islam keseluruhannya. Semoga kehadirannya akan membuka lembaran baru dalam hidup kita semua, diberkati setiap pengorbanan yang telah kita lakukan selain beroleh rahmat kesejahteraan hidup di dunia dan ikhirat, insyallah dengan izinnya.

Seperti yang menjadi lumrah, bila tiba saja Aidil Adha, dimana2 saja ada lah lembu yang bakal dikorbankan, kadang tu bukan setakat seekor dua, Alhamdulillah sekarang ini lebih ramai yang berkemampuan, apa yang lebih baik..lebih ramai yang sanggup berkorban..

Dalam ertikata lain, pengorbanan itu bukanlah setakat wang ringgit saja, tapi 'skop' pengorbanan tu lebih luas sebenarnya. Lebih2 lagi dalam mencapai cita2 kita sebagai pencinta keamanan dan keharmonian dalam negara. Dalam mencapai wawasan gagasan 1Malaysia, dalam mencipta sebuah perpaduan, semuanya takkan tercapai tanpa 'Pengorbanan' dari semua masyarakat negara ini yang jelasnya berbilang bangsa dan fahaman selain mempuanyai agenda dan kepentingan masing2. Namun, demi perpaduan dan keharmonian, masing2 tetap sanggup berkorban untuk turut sama menjaga kepentingan pihak yang lain juga. Insyallah.. pengorbanan itu pasti kan berbaloi.. berbaloi kerana apa yang kita nikmati kini, belum tentu mampu dinikmati negara lain. Pastinya kita sangat bersyukur...

Ye...adakah aku sedang menulis 'speech'...???:P
Apapun, aku sengguh serius tentang 'Pengorbanan' ye..

Macam kat tempat aku ni, tahun ni 3 ekor Lembu yang dikorbankan..tempatnya dibawah blok aku je....Arif pun x yah susah2 turun kebawah untuk tengok..memang boleh nampak dari beranda rumah. so..aku cuma hantar 'yash' je untuk jadi kameraman kat bawah..

ini ialah Lembu no. 2..:P..bukan senang nak jatuhkannya..nampak je x berapa besar..tapi memandangkan mungkin dia tahu nak di sembelih..berusaha sedaya upayalah dia untuk ..lariiiii...ye la kan..kalo korang nak????

apa yang aku dapat rasakan..waktu ini dia sudah 'pasrah'..

lebih 'redha'

semuanya bermula..dan berakhir disini...Alhamdulillah...dan dia terus ke syrga Allah...

sessi melapah..

selepas ni, daging2 ditimbang dan seterusnya proses membahagi2 kepada penduduk..

Dimana2 juga ada kekurangan...kerana manusia itu tak kesemuanya ada yang sanggup berkorban..lebih2 lagi soal 'nafsu'...Dalam soal pembahagian daging korban ni...sangat sedih sebenarnya bila ada desas desus ujud ketidakadilan disitu.. kepada yang dipertanggungjawabkan..bukankah itu amanah??..bila bercakap tentang amanah..buakankah ada yang terbeban dibahu mu??...dan kalau kau ingin tahu..bebanan itu sebenarnya sangat berat..bukankah kita semua menyedari?? selainnya hanya Allah maha mengetahwi...namun bagi aku...andai itu menjadi hak ku...dan kau terambilnya...maka akan ku halalkan....janganlah kau bimbang..tapi orang lain macam mana ye????...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan