Isnin, 25 Januari 2010

Bidai oh bidai

Tetiba jadi excited nak beli pulak, bila terjumpa bidai masa beli barang dapur kat Carefour minggu sudah.

Yes...hanya kerana 'hijau'....

Asalnya, memang tak ada dalam senarai benda yang nak dibeli pun..itulah...pentingnya bila masuk ke pasaraya dan terus tuju je ketempat yang perlu...tak payah nak round2 dulu..bila dah ternampak itu ini, ha....dah jadi lain pulak ceritanya..tak kisah sangat dengan warna lain yang ada kat situ..tapi bila ternampak 'hijau' je..tak fikir dua kali dah...terus je dapatkan ukuran sesuai untuk tingkap dapur aku tu..

Sampai je kat rumah..bidai tu juga la yang dibuka dulu..'hijau' memang cantik sangat dimata aku ni..'nak pasang hari ni jugak'...abby memang saboo tul bab melayan aku yang tak reti nak bersaboo nih...he he

Sayang sangat..entah macam mana boleh tak perasan tersangkut pada kepala paip sink...sensitif sangat rupanya 'slice' bidai nih, buat daripada apa tah, aluminium ker...??.terus je bengkok..puas dah gosok2..urut2 nak bagi lurus, tapi tetap macam tu jugak...urgggh..!tensennye..buat macam mana pun tetap jugak nampak regangnya...bila tutup baru nampak ok sikit..tapi tak ada maknanya la kalau asik tutup je kan..

Ei...buat sakit mata je..

Bila tutup, baru nampak ok sikit..

Em..oleh kerana nak rasa berbaloi membeli, aku usahakan la jugak baiki bidai ni. Turunkan semula dan leraikan. Buangkan 'slice' yang bengkok tu dan tukarkan dengan slice baru yang aku ambil dari bahagian bawah sekali bidai tu..Bunyinya macam senang je kan..tapi rumit la jugak nak siapkan..Aku ni memang pentingkan kesempurnaan...akhirnya berjaya juga..


Ha..tengok la hasilnya..cantik je bila dibuka..

Cantik juga bila ditutup semula..hem..barulah boleh senyum..hu hu hu

ni slice yang aku buang tu ye..

4 ulasan: