Rabu, 18 Mac 2009

Warna warni Duniaku DIYANADANIEL...



Salam dari Kakak Errin@ARRIN NUR DIYANAH ..Lahir pada 31 Julai 1996, Kakak dah form one pun sekarang...orang kata dah 'anak dara" dah..Memang betullah macam orang kata, Bertuahnya dapat anak sulung perempuan, bila dewasa cekap membatu ibunya dirumah. Tegas orangnya, lebih-lebih lagi dengan adik-adik.Alhamdulillah..banyak yang boleh diharapkan pada kakak kita ni...apa yang penting...sentiasa tahu dan sedar tentang tanggungjawab..kan kakak..!...



Yang ni Abang Arasy@MUHAMMAD ARASY DANIEL , Lahir pada 27 Julai 1998..Sekarang Abang dah tahun lima dah..peranannya orang kanan kakak, maklum je la kalau 'orang kanan' tu...orang penting abang ni..payah kalau dia tak der..huhuhu...juga penyabar orangnya...


Tarra...!

Ni la Baby Miqail @ MIQHAIL ARIEF DANIEL..Lahir pada 20 Disember 2008, berbeza umur 10 tahun dengan abangnya.. sekarang Qail dah masuk tiga bulan dah..dah mula mengenal orang sekeliling...dah bertindakbalas bila diagah...Biarpun sedikit cerewet..tapi tak la selalu meregam..pendek kata tak la susah menguruskan baby shummmil ni...

10 tahun cuma berdua je..buat kakak dan abang 'excited' sangat dengan kelahiran Miqhail..maklum je la, bila asik kena pandang muka tu je agaknye..huhu. Kadang tu macam dapat anak patung mainan..masing-masing nak pegang adik, nak jaga adik. Harap-harap biarlah sampai Qail besar ye...dapatla bantu ibu tengok-tengokkan adik..

Ciuman ke 100 kali..kerja kakak la tu..siapa lagi..Miqhail biarpun masih kecil dan belum tahu apa-apa tapi macam faham je bila tengok gerak geri abang dan kakaknya...lebih-lebih lagi kakak..bila nampak kakak je muka dah mula 'cuak' dah..tu yang buat kakak semakin giat nak mengusik..tarik kaki lah, cubit pipi lah..bab cium tu jangan kira la..paling tidak pun..''eee..geramnye"..dia la tu..kadang tu naik rimas Qail dibuatnya..apa lagi menangis la kawan tu..Abang pulak jadi tukang gelak..Kerjanya buat 'report' bila tengok kakak ter'over'..nampaknya sesuai betul jadi 'peguam bela' bila besar nanti..biasanya secara senyap la..maklum je..'lane' dengan kakak kena jaga juga kan..x nak la nanti sampai jadi krisis..tu pun kadang 'kantoi' juga..lebih-lebih lagi bila ibu memanjang asik tiup 'wisel' jer...huhu..Nampak abang lebih berhalus dengan adiknya..nampak 'ngam' je dua tu..biarlah sampai besar kan....orang jawa kata apa...'GUYUP' gitu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan