Isnin, 9 Mei 2011

~Dugaan~

Umi..Kita yang berbeza, tapi tetap sama disisi Allah..hanya hamba..takwa dan iman menjadi pengukur, siapa yang lebih hampir dengannya..siapa pula yang dikasihinya..tiada upaya juga menjadi kayu pengukur, Allah jua mengetahwi segalanya.

Umi..Kita, diberi dugaan, dan cubaan berbeza..melihatlah diantara satu dengan yang lainnya..kerana disitu ujud keinsafan yang menjadi kekuatan..terasa begitu terbeban, sedangkan lebih dari itu bagi yang lain. Ingatlah.. Allah memberi sesuatu dugaan kerana kita mampu laluinya..gagahilah..

Umi..Yakinlah..apapun yang harus kita tempuh..apapun juga yang diberi Allah sebagai ujian, hanya kerana dia mahu kita kembali kepadanya.. supaya kita tidak menjauh.. semuanya telahpun diaturkan... setiap soalan telahpun ada jawaban.. janganlah gusar.. bersabarlah.. bertawakallah.. berdoalah.. kerana segala amalan itu mendekatkan kita padanya..dan menjadikan kita memperoleh kasih sayangnya..Insyallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan