Alhamdulillah.. kerana hari ni ialah harinya mak dan bapak dapat panggilan dari Tabung Haji dan kabar gembira tarikh penerbangan ke tanah suci pada hari Isnin 17 oktober ini. Akhirnya..! terserlah kegembiraan dari suara mak masa telefon tadi..apa x nya, dalam pada semua kawan-kawannya dah dapat tarikh penerbangan, tapi mak masih gagal dalam ujian kesihatannya, sampai dua tiga kali app. doktor..tapi x ada perubahan pada jantung mak..takutnya kalau2 doktor x luluskan mak ke Mekkah tahun ni..baru terfikir 'kalau' pun aku dah sedih mengenangkan mak. Lebih mengembirakan, bila terikh dapat secepat ini, sedangkan kesihatan mak baru je diluluskan doktor dan kad kesihatannya dihantar ke Tabung Haji petang jumaat lepas. Terharu sangat la dia..bersyukur sangat2..
Bila lulus je ujian kesihatan, aku mula beli saki baki keperluan untuk mak dan bapak, mana yang belum dibeli dan mana yang kurang..alhamdulillah rasanya semuanya dah cukup..tinggal lagi nak tukar matawang 'riyal' je..esok lusa pun boleh..
Malam jumaat ini keluarga di kampung adakan kenduri doa selamat, mungkin aku x balik lah, sebab penerbangan mereka nanti pun di KLIA sekali dengan Kak Long dan Abang Long..so aku tunggu kat sini je la. Kalau sempat mungkin akan datang kenduri doa selamat Kak Long je kot..Rasa lega sebab mak dan bapak dapat ketanah suci sekali dengan Kak Long, dapatlah tengok2kan mereka nanti.
Alhamdulillah juga, hari ni paper terakhir PMR kakak, semoga diberkati Allah S.W.T dan dapat keputusan cemerlang...aminn..mintak juga mak dan bapak doakan kakak dapat cemerlang didepan 'Kaabah'..insyallah...dengan izinNya..
Alhamdulillah, Syukur... Tumpang gembira bile dgr berita gembira ni.. Moga perjalanan wak2 sekalian selamat pergi dan balik... InsyaAllah... ojo kelalen tuku opo2 seng patut yor... wekekekeke...
BalasPadamAlhamdullilah...
BalasPadamAkhirnye.. dapat g jugak.
Akak doakan selamat pergi & kembali semoga mendapat haji yang mabrur. Aminn
tima kasih semua, insyallah harapnya begitulah, dikurniakan kesihatan disana, dapat jalankan ibadah sesempurnanya,selamat pergi dan balik kepangkuan keluarga..
BalasPadaminsyaAllah semua selamat...dapat haji yg mabrur amien3x
BalasPadamamin...tk amna..
BalasPadam