Jumaat, 11 Jun 2010

Jiran

Bila bercakap tentang jiran..Sepanjang 16 tahun perkahwinan, berkeluarga dan duduk dirumah sendiri, aku dah berpindah rumah sebanyak 6 kali, maklum la abby aku kan Navy, bab kena posting sana-sini, pindah randah tu memang perkara biasa la..tapi bila posting KL je , aku x ikut dah bila dia kena posting semula ke Lumut , sebab dah berkerja. Walaupun kerja swasta..tapi sayang pulak nak berhenti..lagi pun, bukan senang nak cari kerja kat Lumut masa tu..gaji pun 'ciput'je alahai..x berbaloi nak membayar pengasuh, memang elok pun duduk rumah je.. n jaga anak2...

Rumah pertama kami-Kuaters Navy di Blok A, Lumut Perak, masa tu aku x berkerja dan berjiran dengan orang berkerja, sangat peramah dan baik orangnya, walaupun berkerja, bila balik tu, masih sempat lagi bertandang kerumah, tanya kabar aku dan anak2..lebih2 lagi bila abby aku kena 'operasi'. Aku pun banyak minta bantuan pada dia juga bila perlu, maklum je..anak2 kecik g masa tu..Dia juga orang yang paling bersemangat mengajak aku 'berkerja'..agaknya risau kot tengok aku duduk je kat rumah ...ye la..dia berkerja , dia je la yang tahu rasanya. Tapi aku, tak terfikir pulak nak kerja masa tu..selesa jaga anak2 je kat rumah kot..entahlah..

Ruamah kedua-Abby aku kena posting ke KL-Dapat kuarters di AU2, Keramat. Pun berjiran dengan orang berkerja juga, bezanya berkerja dengan kerajaan, ada tentera, cikgu, Cuma sorang je kerja swasta, tu pun keja opis jugak..cara hidup diorang pun berbeza..berbeza la dengan zaman aku kat Lumut dulu..rasanya masing2 dengal hal sendiri..tak de la episod tandang bertandang..tapi kalau tersua tu..bertegur sapa la juga..dan masa ni juga aku mula berkerja ..

Rumah ketiga-Rumah sewa, terpaksa menyewa bila abby aku kena posting ke Lumut semula, (tidak ada peruntukan kuarters bila kena posting ketempat lain ye..)..berjiran dengan sorang makcik lingkungan 70an. Selalu bersendirian dirumah bila anak2 berkerja. Rutinnya duduk diberanda bila petang, so bila aku balik kerja je, memang jadi rutin juga berhenti sembang2 dengan dia..kesian pulak..sunyi sorang2 di rumah..suka dengan anak2 aku..tapi aku tak galakkan anak2 kerumah dia..cos dia memang cerewet bab harta benda..orang tua, paham2 je..ehehe..rumput panjang pun, berhari2 dia membebel.. ulang2 juga cerita yang sama...adddeh...la..

Rumah keempat-Bila abby dapat posting ke KL semula, kali ni di kuarters AU3, Keramat. Masa ni kebanyakan jiran suri rumah tangga.. dan masa ni juga aku dah mula menjahit, so ramai customer, ramai la kawan..banyak la bercampur dengan orang..dan...banyak la ceritanya..Aku dah jadi macam biro pengaduan awam..consultant pun ada sikit2..tapi kadang tu, tak tahu nak percayakan siapa..last2, dengar dan angguk2 je..macam hal2..pukul anak orang, pasal basikal pun bergaduh, pasal pokok bunga pun nak bergaduh, tu beluam beli perabut baru lagi tu...eii...mujo la aku dah kerja, kalau nak jumpa pun time malam atau weekend je...serabutnye weyyy....!!!

Rumah kelima- Menyewa di Bandar Tun Razak, cos suami posting ke Lumut semula ye..kat sini kebanyakan jiran pun tak berkerja, tapi alhamdulillah semuanya rukun dan aman je..seronok juga duduk disini..cuma salah sorang darinya India je..time kita solat, dia pun sembayang juga, tak cukup dengan asap dan bau2an, siap loceng2 bagai...hadeiii..mula2 rasa serabut, tapi lama2 tu..jadi ok je..ye la nak wat macam mana kn??..satu lagi jiran..suami isteri bila marahkan anak, ya allah.. rasanya sampai dengar selang dua tiga rumah..kadang tu siap hamun2 bagai..astarfirullah..jangankan budak2 tu..tapi kesian sangat pada anak2 yang terpaksa mendengar...dan masa ni juga la aku dapat kerja ngan gomen..dan terus je apply kuarters di Putrajaya.

Rumah keenam-Ialah rumah yang aku diami sekarang ni..Kuarters Kerajaan di Putrajaya, harap2 tak perlu berpindah lagi selepas ni..dari segi persekitaran, mungkin lebih baik dari sebelum2nya, alhamdulillah..rasanya tempat yang sesuai untuk anak2 aku yang sedang membesar..insyallah..kesemua jiran pun berkerja, aku tak kenal lagi kesemuanya..yang x pernah nampak pun ada..he he..ada la sorang dua yang selalu terserempak di lif masa nak pergi kerja. Tak bersembang mesra pun, tapi tetap bertegur sapa...untuk permulaan, ok dah tuh....ahu hu hu



2 ulasan:

  1. dah la tu mi...x yah pindah lagi....tau doh penatnyyer cam ner..

    BalasPadam
  2. ha ah kak..harap2 x yah pindah2 dah..cam da tobat jerh..penat seh...

    BalasPadam