Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan, ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas. Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini, kita pula akan ditanya di akhirat nanti, adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang, terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini, terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir. Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak. Ingatlah, Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan, SALAM PERINGATAN…..
Same2lh kita saling ingat mengingati demi utk kebaikan bersama...
BalasPadaminsyallah...
BalasPadam