Rabu, 21 April 2010

Saya tertidur dengannya.

Astarfirullah.....

Kisah ini aku petik dari pengalaman peristiwa orang sekeliling sepanjang pengalaman kehidupan 35 tahun ku.

Bukan dari majalah mahupun kisah benar dalam tv, tapi apa yang kulihat dan dengar dari telinga asliku sendiri.  Dalam melalui susur jalur kehidupan, mungkin ada yang dapat kita jadikan iktibar dibalik kehilafan itu,  dan apakah itu yang dikatakan hikmah, yang tidak dapat kita lihat apa sebenarnya baginya tapi begitu jelas untuk renungan kita bersama.

Hampir lapan tahun perkahwinan ini, mungkin ada hikmahnya kami tidak dikurniakan zuriat, hingga saat ini aku masih gagal memahaminya. Begitu juga dia, tapi mereka memandang itu lah kekurangan, Aku yang gagal melahirkan zuriat untuknya. Kehilafan aku kah??..Mengapa mereka begitu pasti, aku??. Tidakkah mereka memandang itu hikhmah, mungkin kerana suatu ketika nanti kami tidak lagi saling cinta.

Z datang kembali dalam hidupku. Biarpun bertahun segalanya berlalu, tapi aku masih memandangnya dengan perasaan itu. Tiada yang kurang, malah kini.. aku benar2 mahukannya dalam kehidupan ini. Adakalanya terfikir dibenak ini, untuk apa dia hadir kembali?..sebagai ujian atau takdir ku?..mengapa dia hadir dikala L juga ada seseorang dalam hatinya..? Itukah takdir kami sebenarnya. Ya, apa yang telah menjadi realiti kini, Aku relakan L pergi. Kenangan lapan tahun itu entah dimana aku kuburkan, kerana waktu ini aku hanya mahukan Z.

Z adalah cinta pertamaku, mempunyai isteri dengan seorang cahaya mata...menurutnya dia hanya kawin terpaksa, dia..dia tak sukakannya..malah anak itu pun..kerna dia tertidur dengan isterinya. Dia tak pernah pun mencintai wanita itu. Seperti aku, cintanya hanyalah satu. 

Mengapa kau menipu Z, dan mengapa aku tak pernah peduli kalau kau membohongi aku dalam setiap perkataanmu. Dia isterimu, dia isterimu yang sah. Mana mungkin kau terpaksa untuk menidurinya. Mengapa perempuan yang bergelar isteri itu terlalu 'lemah ' , terlalu banyak kekurangan bagimu Z. Tentu kau lakukannya hanya kerana aku kan?...dan kerana aku mengertilah, aku takkan pernah peduli dengan pembohongan  mu itu.

Kini kita bahagia Z, pastinya aku terlalu ingin untuk hidup bersamamu. Tapi esok lusa bukan ketentuan kita. Andai itu takdirnya, aku rela. Rela berkongsi mengasihimu. Melengkapi segala kekuranganmu. Adakah dia 'rela' Z..atau kau harus memilih, sama ada Dia ataupun Aku.

Sebenarnya sampai kesaat ini pun, belum ada sebarang penyelesaian bagi hubungan itu. Sejauh mana hubungan, dan bila akan mengakhirinya dengan perkahwinan pun semuanya masih menjadi rahsia mereka. Sebagai insan, kita telah lakukan apa yang perlu, selainnya hanya mampu mendoakan .Semoga mereka sentiasa berada dibawah perlindungan Allah s.w.t dan sentiasa berada dilandasan yang benar.

4 ulasan:

  1. utamakan Allah...insyallah selamat....

    BalasPadam
  2. aku> Terima kasih kerana suda bertandang, itu harapan kita,mudah2han jadi pendiriannya juga.


    My fun> Sayang sangat,Saya x pandai berimaginasi.Terima kasih cos sudi singgah eh.

    BalasPadam
  3. Salam ziarah dan terimakasih atas sharenya..
    Sukses selalu

    BalasPadam