Rabu, 3 Mac 2010

1st Day Miqhail di PERMATA

PERMATA Miqhail...

Akhirnya pada 2 Mac '10 Qail mendaftar di Permata Negara. Ibu dia la yang paling lega sekali cos x yah la nak berulang alik dari KL lagi kan..hu hu...memang lega sesangat..Ditempat dan suasana yang baru ...maklum je la..bab nanes2 tu..ehem2 la..tapi tak le ditahap membimbangkan sampai mengusutkan keadaan..mungkin kerana Qail masih kecil lagi..dan mudah nak dipujuk atau dialih perhatiannya dengan barang2 pendidikan bercorak mainan yang ada. Kalau nak dibanding dengan budak2 lain yang lebih umurnya dari dia...memang 'gamat' taska tu dibuatnya...ada seorang dua budak tu yang emaknya terpaksa ambil cuti kerana menangis x berhenti, meronta2 jangan ceritalah..ye la kalau aku pun, kita nak buat kerja pun x senang bila teringatkan anak je..baik cuti je kan..

Bagi Qail, hari pertama, ialah hari menyesuaikan diri disitu...so cikgu2 pun belajar la pengenal perangai anak2 didik mereka..hari pertama aku jemput Qail petang tu memang la banyak komplen..kita faham la, bukan senang nak mengasuh bebudak..'dengo' aje la..hu hu hu..

Komen untuk Qail ye:

1-Tak mau pegang botol sendiri-dia boleh sebenarnya, manja je lebih..mak pengasuh dulu pun
manjakan dia juga..dah dia jaga Qail sorang je kan..so x peliklah..esok lusa misti ok..

2-Tak nak berjalan..asik2 nak dukung jer-Sama gak alasannya, Qail satu2nya anak yang mak
dia jaga, anak dia pun dah bujang2..suka sangat ada adik kecik kat rumah tu..sampai rumah
pun sama juga, kakak dan abangnya pun dah besar..memang besh la, kalau nak dukung
je..conferm ramai yang 'volunteer'..

3-Bila nak sesuatu tu, dan tak dapat atau ada sesiapa je ambil/rebut dari dia, conferm jatuhkan
badan, nanes2 dan guling2...-Dah budak biasa dimanjakan..tak de sesiapa ganggu selama
ni..faham2 je lah.

Aku pun kena la 'explain' pada cikgu apa yang patut..tak leh la wat bodo je...sian cikgu tu..yok yok o...je dia mengadu kan....macammanapun untuk tempoh seminggu ni, banyak dah perubahan..Qail dah pandai berdikari, pandai berkawan..yang kelako..dah pandai 'mengecek'..pantang nampak kawan dia bawak mekanan ke apa..cepat2 dia g dekat...sukaaaa sangat tengok dia...hu hu hu..bila anta waku pagi, dah x de nangis2 dah...terus je g playground...ramai kawan kan..aku pun tinggal je la...semuanya semakin mudah...alhamdulillah..


Permata 2, Presint 16 Putrajaya, pangsapuri dibelakang tu blok rumah kami ye..sebelah jer..

Permata dari pandangan sisi

Tempat Qail makan

Qail yang x reti duduk diam..

Leka di play ground

Tengok tu..

Masa ni dalam kelas ye..ibu intai je dari luar, x leh ganggu Qil tengah belajar..

Ummi yang sangat penyabar dan penyayang..

Qail suka yang ni...

Biar Qail tunjuk Ibu yang ni...

Syok main gelung ni tau...

Bila tengok Qail happy je kat situ...tentulah aku lah yang paling lega sekali..tak ada perkara yang lebih melapangkan dada bila dapat pastikan anak kita berada ditempat yang selesa dan selamat bila kita keluar berkerja...Semoga anak2 disini sentasa berada dibawah perlindungan Allah s.w.t, membesar dengan sihat dan selamat selain mendapat pendidikan sempurna..aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan