Selasa, 23 Mac 2010

Cerita Miqhail

Tentang anakku yang demam semalam..

Seperti yang dijanjikan, lunch time aku datang la ke Permata, tengok keadaan Qail macam mana. Siap balik rumah dulu amek payung bagai..maklum la..cuaca panasnya ya amat..sampai sana Qail tengah lena, kata cikgu tak lama lepas makan ubat tu, dia terlena..tengok keadaan budak2 dalam tu...elok je, tidur ditempat masing2..sangat selesa nampaknya. Sementara cikgu, masing2 tengah sibuk melayan 'Adviser' dari Kementerian Pendidikan yang datang buat tinjauan. 'Puan' tu siap datang g kat Qail...'its ok la'....katanya pada cikgu kat situ...dah makan ubat kan..suhu bada pun dah turun...dah ok la..Tak lama tu bila dengar suara aku je..dia terjaga..macam mimpi agaknya, celik2 mata je, ibu ada pulak..seyum2, terus je la mintak riba..sambil2 minum air masak dalam botol dia tu.

Qail ni nakal gak..bila ada kat riba aku je, semacam je dia tengok cikgu tu..siap buat2 mata g...kelako tul...

cikgu: amboi Qail...cikgu ni la yang jaga kao tau...(ayat selamba cikgu)
aku: Napa ni adik...kan cikgu tu...sayang cikgu...tak baik tau..
cikgu:Qail ni kak, suka lagu..denga lagu je, joget2...kalau buat satu perkara tu..cepat bosan, kalau main pun macam tu...

Aku pun perasan gak...kat rumah pun macam tu..sebab tu semua benda pun dia nak jadikan mainan..kalau beli mainan baru pun..sekejap je dia main, lepas tu...cari benda yang lain pulak.

Walaupun qail dah nampak ok, oleh kerana aku memang dah niat nak bawa dia balik, aku ambik la jugak..

cikgu: Tak apa ke kak..
aku: Tak apa la cikgu..nanti bila kakak dia balik dari sekolah, saya masuk la ofis semula..
cikgu:Tadi memang badan dia panas, kita dah lap2 kan badan dia...bagi makan ubat..sekarang dah ok dah, betul nak bawak balik ni..
aku:saya bawak balik la cikgu..tapi esok saya hantar ye..
cikgu: ok..ok..

Sampai je dirumah mood Qail ok je..boleh pulak main sendiri..dan aku dengan Qail petang tu, sampai la abang dan kakaknya balik dari sekolah...siap 'excuse' dengan bos..masuk lewat sikit..'ok..no problem' katanya...lega tul hati aku.....


Qail memulakan xtvtnya.

Jom tengok tv bu..

sambil makan 'chips more' ee...comot nya dia..

Leka cuba masuk duit dalam tabung..

comel je jari2 Qail bila pegang duit syiling tu.. he he

satu persatu...sampaila selesai semuanya...

pandainya Qail...sayang ibu sikit...he he

2 ulasan: