Khamis, 25 Mac 2010

Miqhail lagik..

Perihal dak tecik yang tak reti duduk diam..


Malam tadi masa kitaorang tengah layan slot Samarinda. Qail memang tak duduk diam langsung..kejap tu tolak kerusi...dah bunyi bergema satu rumah dibuatnya...tu tak ambik kira orang tingkat bawah g..so cepat2 la suruh Yash ambik semula kerusi.

Lepas tu tuju ke bilik air pulak...kelentang kelentung, bunyi gayung, sebab ke memang tak de air tadahan..so tak le nak bimbang sangat...bila panggil je nama dia dua tiga kali...muncul la dia.

Tak abis kat situ, tuju ke dapur pulak...mengemas kabinet la...tahu dah, masa aku kat dapur pun..kabinet tu la yang dia tuju...dah.. macam2 bunyi keluar dari dapur pulak..memang tak ada barang kaca pun yang aku simpan di kabinet bawah, tu yang tak kisah sangat...tiba2 tu dia muncul..dan buat kami semua ketawa besau...hu hu hu


Apa taknya..tengok tu..mangkuk 'mixer' aku dah jadi topi dah...lawak tul Qail ni...

Dia boleh wat dek..je...Qail..Qail...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan